Wednesday, 14 August 2013

Kacang Botor Berbuah Kembali?

Pepagi hari nie turun kekebun sementara che mek kecik masih tidur..meninjau2 keadaan kebun yang dah lama ditinggalkan..begitu tak terurus dan bersemak sekali.

Dalam pada menengok2 akan pokok2 cili, tiba-tiba terpandang akan pokok kacang botor yang berdekatan dengannya..terkejut jugak melihat ade banyak buah yang masih belum matang..sungguh tak percaya masih hidup lagi..lebatlah jugak buahnya..

 Yang diatas bumbung greenhouse usang..banyak buahnya kat atas tu..tak terambik jerr

 Inilah pokok kacang botor yang berkongsi tempat dengan bunga telang..tak perasan lak bila berbunganya..

 Sedang pokok yang kat luar dah mati kekeringan..

Selamat dituai sebagai ulaman sempena lepas pantang..

Rezki kan..walaupun kita tak ambik peduli namun yang Allah jaga dan tetapkan sebagai rezeki kita akan sampai jugak pada kita akhirnya...ingatkan kenalah tanam balik..namun alhamdulillah..sib baik tak cabut pokoknya dulu..

Tuesday, 13 August 2013

Bukan Salah Kuali Yang Dilengser

Rempeyek adalah kerepk no.1 kegemaran tuan tanah..sejak zaman bebudak lagi. Bila dah besau2, tiap2 kali nak raya mesti ngendeng rempeyek kat jalan TAR ..ajak balik umah, setelah dibayar regenya..hehehe

Kemudian bila dah dok ditempat orang yang tak pernah kenal apa itu rempeyek..tak berjumpalah lagilah ngan rempeyek....hanya tinggal kenangan dan angan2 untuk merasanya lagi...

Kemudian lagi..terdetik dihati untuk mencuba buat sendiri berdasarkan resepi2 yang ade kat internet..berkali jugak mencubanya..namun tidak menjadi seperti yang diingini..lemaulah..teballah..tak sedaplah..hampehlah..huh..segala macam..

Kemudian tutup chapter rempeyek dah hampir 2 tahun sudah dilupakan..

Kemudian hinggalah berblog, berblogwalking..jalan2 nampak orang buat rempeyek..teringinlah kembali...

Dipikir-pikir, kalau nak cuba lagi sekali semangat kena tinggi, takut keciwa lagi ..teknik kena betul sebab takder acuan ...satu jalan jerlah untuk memiliki rempeyek..iaitu ngan melengser tepi kuali..

Dipikir-pikir jugak, mungkin pada percubaan2 dahulu gagal kerana kuali yang digunakan tidak sesuai..tidak dapat melengser dengan sepatutnya...

Kemudian disuruhkan big boss beli kuali baru,

Hanya kuali nie jer terdapat dikedai yang mengikut spesifikasi walaupun tak sepenuhnya..abaikan rupa kuali tuh.baru beli, sekali guna  tapi nampak dah buruk..bukan salah tuan tanah..salah tukang jual..:)

Percubaan melengser yang diperbaharui tekniknya setelah tengok kat youtube..huhu

Nampaknya boleh menggelengser kedalam minyak dengan mudah..cuma kuali nie cepat panas..lama sikit biarkan dah jadi perang..

Kemudian dicuba lak ngan kuali hitam kecik yang dah sedia ade dirumah,

Boleh melengser dengan baik jugak nampaknya...

Inilah hasil peleseran dan penggorengan ngan kuali hitam kecik..

Alhamdulillah hasil dan rasanya sangatlah menepati yang dingini tuan tanah..dalam pada dok men'try' tuh dah separuh habes masuk dalam perut..sib baik dah tak berpantang..sib baikjugak anak bujang suka rempeyek nie walaupun first time cuba..sold out!

Sebenar-sebenarnya, bukanlah bentuk kuali yang menjadikan rempeyek tuh jadi ker tak..yang pentingnya adunan tuh mesti kena..tak pekat sangat atau pun  cair sangan..sedang-sedang agar boleh melengser dan hasilnya nanti nipis dan mudah garing..

Haiiyaa..buang karan jer beli kuali hampeh cepat panas tuh..huhuhu

Monday, 12 August 2013

Hari Yang Ditunggu-tunggu

Hari apa yer?

Kalau hari raya..dah pun berlalu dan dah nak lemau pun...heheeh

Actually hari ini adalah hari pembebasan..hari pembersihan..bebas dari pantang larang yang digariskan untuk ibu-ibu yang baru bersalin selama 40 hari (ikut adat kelate) ..dan juga membersihkan diri untuk kembali mengadap dan menunaikan kewajipan terhadap Yang Maha Esa...rindukan dan lemas kan 40 hari tak solat, tak baca quran...

So..yeayyy..dah selamat..alhamdulillah

Tak payah pakai stoking sepanjang masa lagi kan..kecualilah hari2 yang sejuk tuh kan..bolehlah bila panas tuh pasang kipas kan..

So life is back to normal..namun ade beberapa perkara lagi yang masih dijaga ..terutamanya dari segi pemakanan..so far berat dah almost back to normal...ade sikit lagi nak kena turunkan..musim raya gini kuat dugaan ngan makanan2 raya..silap aribulan makin bertambah naik lak...

Dan yang paling ditunggu-tunggu adalah saat untuk makan pedas kembali...kurindu cili..hehe,

Alhamdulillah banyak stok cili kat kebun..dapatlah melepaskan gian tuk makan cili sebagai ulam mentah...

Hmm..pas ni nak mulakan projek masak makanan raya yang tertunda, lemang ker..satay ker...rendang ker....hiii..bestnya..:)

Yang paling mencabarnya.....nak kena ganti posa 30 hari ..hhuhuh..good luck to me..:)

Muka che mek kecik yg baru lps 40 hari..

Saturday, 10 August 2013

Lebaran Di Bumi Fiji

Eid Mubarak untuk semua...

Alhamdulillah lebaran disini disambut smalam iaitu hari Jumaat, tiada kedengaram takdir bersahut-sahutan dari masjid besar mahupun madrasah2..mazhab diorang takbir cuma hari raya haji..kenalah pasang MP3 kalau nak dengar takbir..

Awal dipagi Syawal, En. Abuaidan bangkit seawal waktu bersahur..membersihkan rumah serta menyiapkan juadah utama dihari raya iaitu Samai (sebut -Samei)..Ummuaidan kan kena layan Arissa yang nak menenen..

Samai- hidangan Eid dimana-mana rumah disini..suatu tradisi dan kewajipan

Usai makan Samai, En. Abuaidan beransur ke Masjid, Aidan tak ikut kerana bapaknya ade sedikit urusan selepas solat hariraya, urusan Al Islam magazine yang beliau usahakan sepanjang bulan Ramadhan..

Alhamdulillah ..siap jugak majalah nie walaupun susah payah En.Abuaidan menyiapkannya dalam pantang nie..

Beraya di negara bukan Islam, yang islamnya minoriti tidaklah sebegitu meriah seperti beraya di Malaysia..Aidan masih tidak mengerti akan excitement untuk memakai baju baru ataupun duit raya mahupun bermain bunga api..disuruh pakai baju, pakailah dia, dia ingatkan kita nak kemana2.."I want to go to Eid.." katanya..:)

 Tahun nie berkurta..sponsored jugak nie..encem tak? hehe

Anak bujang yang rambutnya dah dipotong oleh maknya sebelum raya..lihatlah betapa tembamnya dak nie..:) 

Tiadalah juadah2 bercitarasa Melayu tahun nie memandangkan masih dalam pantang lagi kan..kena tunggu sikit hari lagi ataupun lps puasa 6 en.Abuaidan inshaallah boleh pikir pasal satay ataupun ketupat pulut..ceehhh...berangan..

Seperti tahun2 lepas raya disini tiadalah semeriah mana..pun tidak dapat berkunjung kerumah kawan2 ataupunj emputan rumah terbuka..hanya menerima kunjungan dari jiran dan rakan2 yang datang sahaja..pun dah cukuplah memeriahkan Eid kami yang simple nie...

Dak gumut first time pakai gown.


Eid Mubarak dari kami semua..



Wednesday, 7 August 2013

Arissa@Week 5 - Senyum Nak Raya

Antara senyuman terawal captured

SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN
untuk semua blog readers & visitors

Nuffnang Ads