Tuesday, 6 August 2013

It's All Homemade

Beginilah gerabak tempat simpan kuih muih serta kerepek merepek kelihatan bila raya dah nak tiba..


Teringat dari hari pertama buat kerepek raya, bila siap simpan dalam nie..Aidan plak bila bapak dia balik dari kerja cepat2 jer dia cakap ngan bapak dia.."come,I show u something.." sambil bukak gerabak nie,...hisshh nak buat surprise dekat big boss pun takleh..:) , begitulah tiap2 hari, tiap kali buat something.. hinggalah pintu gerabak di tutup kemas sementara waktu...asyik dok bukak tutup, order kerepek jerr manjang....huhuh


Alhamdulillah dalam less than 2 weeks projek membuat biskut dan kerepek raya telah selesai..cukuplah bekalan untuk anak beranak yang tidak kemana2 di hari raya kerana masih dalam pantang kan..kalau ade tetamu pun bolehlah jugak merasa..


7 jenis kerepek dan biskut - Biskut Suji, Almond, Tart Nenas, Kerepek Gunting, Sweet Puri, dan Gujiya serta Marukku..sebetulnya 8 tapi 1 botol yang terawal dah dihabiskan oleh pelanggan kecik..hihihi.. Feveret tukang masak adalah tart, kuih gunting serta suji..manakala small boss lak Suji, Kerepek Gunting, Marukku serta Jem yang dalam tart (bukan tart...huhuh)..dan big boss lak..semuanya menjadi feveretnya..:)

Semuanya homemade dengan cost dalam $50 (+/-RM70.00), alhamdulillah boleh menghasilkan sebanyak tuh..sangat menjimatkan daripada beli diluar..tp yang M'sia nyer mmg  tak boleh dibeli  dimana2 disini..kenalah buat sendiri.

Bila dipikir2..nanti bila balik dok M'sia..inshaallah akan kubuat sendiri biskut2 raya daripada diorder diluar..hehehe, mungkinkah?

Monday, 5 August 2013

Nasib Yang Tak Tergulung

Punyalah semangat nak buat tart nenas gulung..dari hari sabtu dah mulakan kerja-kerja membuat jem..


Dengan nenas dalam 10 biji, Abuaidanlah yang membuat kerja2 memotong, membersihkan serta memarut nenas untuk dimasak. Dok atas api dalam 3 jam, lps Iftari baru masak. 

Namun demikian dek kerana terlalu kering air, jem yang telah dibulat2kan untuk buat inti, letak dalam fridge, esok bangun check ..tersangatlah kerasnya..melekat pada bekas ketat-ketat..hehehe..kena tambah air, masak balik to fix it..alhamdulillah jadi elok semula..:)

Kemudian semalam perlahan2 memulakan operasi dalam tengok rentak Arissa dan tunggu En.Abuaidan siapkan kerja2 dilaman.. membuat adunan mengikut 2 resepi..

Resepi pertama, ok namun rasanya tidaklah sesedap dan secair dimulut..macam tak kena taste big boss lah..sib baik setengah adunan jer sebagai percubaan..rupa pun kurang elok..cam ulat gitu guna penggelek plastik..huhuh

Kemudian guna resepi kedua yang pernah digunakan sebelum nie yang memang cair dimulut dan sedap..namun jenuh nak membuatnya ngan takder proper alat..dalam10 kali tekan, 2 kalau nak menjadi..


Menggunakan acuan marukku dan penggelek ...acuan marukku, bentuk yang keluar asyik putus2 jer dan susah nak menjadi ..manakala penggelek lak tak sesuai ngan adunan, tak leh nak tekan..

So blur kejap, ngan adunan yang dah ready dan jem yang banyak  nie camaner nak buat nie..En.Abuaidan pun dok keluarkan idea gitu gini, namun tak menyelesaikan masalah jugak..dahlah suntuk masa...huhuhu..

Tetiba teringat tart nenas Sis Lemongrass yang ditayang dalam blognya..yang bukan gulunglah..

Ngan acuan yang ade kat umah yang bukan acuan tuk tart..percubaan dibuatlah untuk membuat tart biasa..En.Abuaidanlah yang menggunakan kekreatifan untuk mencorak..

Nie jer acuan yang paling boleh pakai..

Try punya try, improvement dan inovasi akhirnya dapatlah kami menghasilkan tart yang agak memuaskan hati walaupun tak secantik yang orang lain buat.huhuh

Big boss yang dah excited lak nak menjayakan projek tart nie..dia amek alih sepenuhnya untuk mengetart berdasarkan citarasanya...heheh..Hasilnya,
Inti besar agar inti cepat habes..heheh

Yang baru keluar oven

Alhamdulillah inilah hasilnya penat lelah dan masa yang diperuntukkan..sib baik setel problem kan...

Dalam 200 lebih tart yang dihasilkan..yang botol kecik tuk big boss bawa kesekolah.

Bila dipikir2 balik, benda2 cam acuan biskut nie, seeloknya pilih sendiri, barulah kena..sebab bukan semua orang arif kan dalam bab nie kalau nak kirim-kirim....

Saturday, 3 August 2013

Sesuji Lebaran

Lambat bersiaran hari nie..ingatkan malas nak bersiaran tapi since ade kesempatan nie, dtg jugaklah penyakit bersiaran nie. Actually baru ade kelapangan sikit nie..dari pagi hingga kul 2.00pm begitu sibuk ngan Che Mek Kecik ngan dapur.

Since En.Abuaidan ade kat umah hari nie ade lah helping hand nak buat sesuatu projek walaupun on and off kena layan Mek Kecik..

Hari nie sibuk dok buat biskut badam dan juga membuat jem nenas untuk tart.Tart blom siap lagi..buat jem pun makan masa..inshaallah esoklah projek mengetartnyer...leh suruh En. Abuaidan tolong kan...

Yang telah siap last week,


Biskut suji, abaikan ceri yang serongeh tuh. Actually dah 3 tahun berturut-turut buat biskut nie. Mudah dan sedap, gentel-gentel, letaklah ceri diatasnya..disukai ramai walaupun pertama kali merasanya.

Resepi Biskut Suji yang tidak pernah mengecewakan
(Sumber- majalah rasa)

Bahan-bahan

250g minyak sapi
150g gula aising
150g tepung suji
300g gandum
30g susutepung
secubit garam
ceri merah - untuk hiasan
Cawan kertas secukupnya

Kaedah

  1. Pukul gula dan minyak sapi hingga kembang
  2. Masukkan garam, tepung suji, tepung gandum dan tepung susu
  3. Adunkan hingga jadi doh yang lembut, rehatkan 15min
  4. Bulatkan dan masukkan dalam mangkuk kertas. Hiaskan dengan ceri.

Hmmm...dapat membayangkan keseronokan nak balik kampung waktu nie kan..sibuk dok kemas baju, dok servis keta..dok siapkan kuih muih...takperlah blom rezki kami nak balik kampung lagi..inshaallah soon..:)

Friday, 2 August 2013

Fresh Harvest From Cooler Season Garden

Sekarang nie, tanaman yang tinggal dikebun tiada lagi yang tropikanya..semuanya telah expired dan mengering..kalau teringin nak makan kacang panjang kena belilah kat market.

Yang ade dikebun nie pun hasil daripada yang diusahakan 3-4 bulan yang lepas, alhamdulillah kini masih dapat menikmati hasil yang berterusan.

Pagi nie menuai sedikit sayuran untuk menu pada hari ini inshaallah..

Sawi Putih, tomato, kobis bulat dan brokoli .. ingatkan nak masak chop suey tuk En.Abuaidan


Alhamdulillah kerana hasil tanaman sedia dituai sedikit demi sedikit, kalaulah sekaligus nampaknya tak termakan dan cepat sangat habes..macam brokoli boleh dikatakan setiap 3 hari dituai..tomato pun dalam 2 hari dah ade yang ready..cuma sawi putih matang hampir serentak..sekali tuai jer lagi mungkin dah semuanya matang..lain kali mungkin sekali tanam kena tanam 6 pokok jer dalam tempoh yang berlainan agar stok vege berterusan.

Thursday, 1 August 2013

Jangan Tertipu Ngan Karipap Nie..

Busy sket pepagi nie..biasalah ngan baby kecik yang tido kejap-kejap bangun, ngan anak kecik yang membuat segala sepah2an kat umah dan segala macam yang memeningkan kepala...

Pun begitu mak dalam pantang nie tetap jugaklah menyiapkan yang telah ter'plan' dalam kepala dalam kelam2 kabut tuh... sebenarnya bukan rajin, tapi macam ade suara2 halus yang dok suruh 'buatlah cepat...buatlah cepat'..kalau tak buat, tak aman jiwa lak rsnya...

Nie haa..pepagi nie cuba siapkan sedikit karipap feveret 'tuan besar'...


Karipap eh? raya-raya pun makan karipap ker? macam dah takder idea lain ker tuan tanah nie..

Ini 'isi hati' sebenar karipap nie,


Ini kuih muih orang2 tempatan..dorang panggil Gujia..luar macam kulit karipap..dalam isinya dibuat dari suji dicampur ngan bahan2 lain..pada dorang memang bestlah..manis2 gitu, inidan sweets kan..pada kita yang kempunan karipap bila lama tak jumpa, macam nak lanyak2 jer Gujia nie..macam mempersendakan orang yg kempunan kan..hihihi

Ok..don't hate Gujia yer, kalau dah boleh berkongsikan kulit karipap  ngan benda lain yang bukan berasa masin  lama2 boleh terimalah Gujia nie..sedap jugaklah...:)

Nuffnang Ads