Tuesday, 5 March 2013

The Weeding Blues

Biasanya dimusim hujan rumput rumpai pun tumbuhlah dengan galaknya, lebih cepat dari tanaman walaupun seminggu sebelum tuh dah siap merumput semua. Hendak dibiarkan terasa sakit mata memandang, hendak dikerjakan pulak adalah pula sekian sekian alasan...huhuh. Lihatlah keadaaanya pada hari sabtu yang lepas...


Dalam pada dok berpikir2 apakah yang patut dibuat, tukang kebun terpaksa gagahkan juga tenaga yang ade untuk melupuskan 'busy body' kebun nie, nak tunggu big boss asyik sibuk manjang, mintak tolong Aidan kang ngan tanaman2 sekali dicabutnya..hishhh. Part by part dengan menggunakan tangan dan juga cangkul, berdiri dan mencangkung  mereka itu semua dikerjakan..Pantang melihat pemandangan yang semak..inilah hasilnya setelah sepagian..


Masih ade yang belum setel..berserabut lagi ..namun tenaga lak pulak tak sekuat sewaktu berbadan satu..huhuh.. ingatkan nak sambung lagi esoknya...namun malamnya pulak hujan lebat seolah-olah hendak banjir hinggalah kepagi ini... 


Pemandangan kebun tropika dipagi ini yang bertakung dengan air..namun dengan hujan juga nampaknya semakin membesar tanaman..alhamdulillah.. Pun begitu tidak dapatlah meneruskan kerja merumput lagi..bertambahlah lagi semak2 dikebun nie..ini belum lagi dibahagian lain..

Macam manalah dapat kukerjakan semuanya ini....

Monday, 4 March 2013

Tangisan Sikecil Dipagi Isnin

Hujan lebat seolah-olah hendak banjir dari malam tadi hinggalah kepagi nie..cuaca masih mendung, hujan lebat on and off..

Pagi ini ade check up kat klinik, dalam bersiap2 untuk keluar, tiba2 satu teriakan dari luar rumah..diiringi dengan seorang ayah mendukung anaknya masuk kedapur meminta berikan ais dan plaster...sianak pula mula menangis teresak-esak.

Ego seorang budak kecil, setiap kali hendak masuk dan keluar dari kereta mesti hendak 'do all by himself' tutup ngan buka pintu kereta. Kalau kita tutup untuknya, dibukanya balik dan ditutup sendiri...ego kan nak tunjuk yang dia dah pandai buat sendiri semuanya..

Begitu juga dipagi ini..awal2 dia dah masuk didalam kereta sedang ayahnya sedang mengisi barang2nya dibelakang.. dengan toy sebelah ditangan..sebelah tangan menutup pintu kereta. Kerana memegang at the wrong place, tangan pun dimakan pintu..terserlah sedikit isinya..


Memang menyakitkan..walaupun bagi orang dewasa bila tangan tersepit begitu.. tangisan yang susah nak reda hinggalah didalam kereta, menjadikan ibu yang garang di Pasifik nie pun jugak sebak, terasa begitu kesian dan tak sampai hati.... terpaksalah siayah pergi lewat sikit kerja menemankan anak sementara siibu meneruskan check-up beliau..Nampaknya seharian nie kena ikut jer kehendaknya untuk elakkan dari rintihan demi rintihan kesakitan.

Dengan cuaca lembap begini, nampaknya tidak ramai yang diklinik..dapatlah giliran yang pertama..


Alhamdulillah segalanya berjalan lancar, tiada blood test this time..the rest was ok, setengah jam dah siap. Nampaknya berat siibu melampau2 bertambah2nya..dalam almost 6 months dah naik lebih 10kg!! kalau another 3 months will be?? Mungkin akan jadi mcm whale kan...huhuhuh. ms Aidan dulu pun lebih 15kg put on weight..adiknya nie pula mungkin lebih kurang jer kot..nasib baik breastfeeding nanti bolehlah turun cepat..inshaallah.

Sunday, 3 March 2013

Rahsia Jarang Ditimpa Sakit atau Demam

Ini hanyalah perkongsian berdasarkan pengalaman sendiri sahaja. 

Seingat-ingat masa dok Malaysia dan bekerja dahalu kerap sangat ditimpa sakit seperti demam selsema mahupun batuk. Kadang-kadang setiap 3 bulan mesti jatuh sakit, tak cukup rest sahaja..cepat jer demam..travel jauh2 pun boleh dapat sakit..lemahnya antibodi.

Namun begitu semenjak tinggal dibumi Pasifik ini lebih dari 4 tahun, alhamdulillah boleh dikatakan jarang mendapat sakit demam..paling teruk pun mungkin 2 kali setahun..begitu juga waktu peknen dulu dan sekarang alhamdulillah dipelihara dari ditimpa sakit. Begitu juga dengan ahli keluarga yang lain seperti Aidan dan Ayahnya jarang mendapat sakit. Kalau kami terkena demam selsema pun kerana perubahan cuaca yang mendadak..seperti dari cuaca yang panas tiba2 hujan, berubah2..waktu tu memang ramai orang yang akan jatuh sakit dan mungkin jangkitan virus.

Bila direnung-renung dan dipikirkan..punca utama senang mendapat penyakit waktu dahulu adalah kerana terlalu terdedah kepada air-condition. Sedangkan disini kami tidak menggunakan aircon, penyejukan udara yang natural sahaja. Didalam kereta pun jarang sangat digunakan..buka tingkap sahaja most of the time. Awalnya rs kekok, lama2 sudah menjadi biasa dan tiada kekurangan. Begitu juga kipas, tidak dipasang direct pada muka sewaktu tidur dan menggunakan no. yang paling kecil sahaja untuk tidur. 

Alhamdulillah dengan kehidupan yang simple begini banyak kebaikannya kepada kesihatan. Malah kebanyakkan penduduk disini lebih suka menghirup udara semulajadi dibawah pokok ketika waktu panas dan juga rumah2 dibina dengan tingkapnya yang boleh memberikan aliran udara yang maksimun.


Mengamalkan meminum air yang banyak tiap2 hari (iaitu 2 liter min) mampu membantu mengekalkan kesihatan setiap individu..dan ini terbukti dari pengamatan sendiri..malah warga tua berusia 80an ini kurang mendapat sakit berbanding dengan orang yang lebih muda darinya...:). Juga elakkan daripada tabiat meminum air sejuk dari peti ais..sekali sekala tidak mengapa..jgn tiap2 kali minum, tiap kali juga air sejuk..mudahlah terkena selsema...

Kalau kita pikirkan orang2 dizaman dahulu jarang sangat ditimpa penyakit malah mereka hidup sehat dan panjang usianya dengan kehidupan yang natural...:)

Saturday, 2 March 2013

Thai Green Curry Chicken - The Experiment

Selalu sangat masak hidangan yang sama setiap hujung minggu pun boleh menjadi kebosanan jugak kan...sekali sekali perlulah jugak tukar resepi..tambah pula bila big boss ade kat umah dihujung minggu. 

Dari pagi sibuk berpikir2 dan mencari2 resepi untuk masak ayam. Awalnya teringin nak buat butter chicken, namun takder yogurt, tak sempurnalah pulak kan. Kemudian teringat plak akan thai green curry yang selalu Sis LG tayang kat blog dia..dia mmg dah expert daa masak green curry nie. 

Anyway tak pernah makan pun kat Malaysia before seingatnya..ini kira percubaan pertama lah..mcm gamble lak. takut tak sedap lak nanti sia-sia pulak. Alhamdulillah inilah hasilnya.


Sedap sebetulnya green cury nie dan berbeza dengan kari Melayu mahupun kari Indian. Namun bahan2 yang digunakan lebih banyak macam bahan melayu kitalah dengan serai, lengkuas, kunyit, halia dan pelbagai (Thai kan lebih kurang kita gak). Yang bezanya pengunaaan thai basil dan ketumbar didalam rempah, jus lemon juga sos ikan.  Bau bahan tumisan dan yang telah masak memang menggoda...wangi dan sedap sesangat..


Tidak perlu menunggu lama setelah masak..makan panas2 dengan nasi panas...peehhh..memang puas ati..oleh kerana curry yg dibuat tidak pedas (kerana 2 yg tak makan pedas didalam rumah) terpaksalah makan ngan cili hidup bersama-sama nasi...ulamkan timun mentah..


Kebanyakkan bahan2 adalah dari kebun. Nasib baiklah ade serai, lengkuas, kunyit, ketumbar dan basil yang ditanam dikebun..juga baby corn...kalau takder semua nie memanglah takleh buat..nasib baik tanam sendiri kan...hehehe

>> Resepi yang diadaptasi dari sini

Friday, 1 March 2013

Cili Fiji, Cili Malaysia, Orang Tetap Melayu

Penggemar cili yang tegar tidak boleh berpisah dengan cili. Alhamdulillah dibumi pasifik nie tidak susah untuk mendapatkan cili sebab iklim tropika yang lebih kurang sama ngan sama membolehkannya hidup dengan mudah. Pun begitu limited lah jenis2 cilinya..tak seperti di Malaysia yang lebih dengan pelbagai baka cili. Apapun baiklah ade dari takder langsung kan.

Cili Kecil :
gambar credit samapndya.truspas.alibaba.com

Cili kecil yang mula didapati kat sini adalah cili yg sangat kecil ataupun dipanggil wild chilies. Mungkin saiznya 1/3 drp lada burung yang biasa. Wild chilies nie macam tak puas nak makan..tak terasa sangat sebab kecik..so kalau nak letak dalam budu atau dalam masakan kenalah letak banyak2.


Cili kecil yang hampir sama ngan cili di malaysia pun ade..tp rsnya agak lain sedikit, so untuk kepuasan tukang kebun masa balik M'sia tahun 2010 seludup sikit cili burung tempatan buat tanam disini.

Cili Besar,


Cili besar yg terdapat disni pula memang sejenis sahaja (didalam gambar diatas)..sebesar jari telunjuk dewasa. tidak boleh bermimpilah untuk makan cili yang besar rangup letak dalam sayur mahupun dibuat solok. Lepas tuh plak tersangatlah pedasnya. Cili kering jugak adalah kecil seperti cili besar yang fresh, so kalau nak mesin kena beli banyak2...hhuhuh.

Namun begitu cili malaysia yang ade dikebun sekarang nie mcm tak berbuah pula sejak sebulan yang lepas, sedangkan local fiji pula banyak dijual dipasar. Cili2 besar plak semuanya dah mati kerana serangan taufan yang lepas. Yang pokok cili besar benih dari M'sia pula habis dimesin pemesin rumput. Maka dengan kekangan cili2 nie, tukang kebun telah mengadakan back-up plan dengan menyemai kembali cili2 besar dan kecil dengan benih daripada fresh cili yang beli dipasar.

Cili Fiji, Cili Malaysia, Orang Melayu tetap Melayu yang susah kalau hidup tanpa cili...:)


Nuffnang Ads