Pernah dengar atau tengok tak pokok yang dinamakan Bele (sebut 'bear - ley). Seumur hidup saya kat Malaysia belom pernah tengok mahupun jumpa atau makan daun dari pokok nie.. (tak tahulah kot sy ketinggalan lagi kan. ..yg ia sememangnya ade kat M'sia atau wasn't aware..)
Anyway..ms awal2 tinggal kat sini rs pelik sangat ..sebab pokok nie, yakni daunnya yang dimakan sangatlah fofular disini..mesti tiap rumah ade tanam..kat umah kami pun ade..malah daunnya jgk dijual dipasar.
Dipercayai mempunyai sangat banyak khasiat dan sangat baik untuk kesihatan. Orang2 tua disini juga mengamalkan memakan daun Bele nie untuk kesihatan dan juga panjang umur. Malah daun ini juga banyak digunakan dalam masakan bagi kaum Fijian mahupun Indian. Mereka masak seperti masak sayur letak santan, masak bersama kuih muih, goreng..buat sup dan sebagainya.
Daun bele yang bercorak bulat bersegi
Daun bele yang lebih panjang
Pokok bele, sederhana tinggi dan batang jenis lembut..mudah ditanam hanya cucuk batang kedalam tanah, juga tidak perlu banyak penjagaan.
Oleh kerana Ummuaidan nie agak tipikal melayu sikit maka tidaklah minat sangat ngan dan Bele nie. Jarang sangat digunakan mahupun dibuat masakan. Once in a blue moon jer buat sup Bele..
Pucuk Bele untuk buat sup, terlayu sikit sebab terkena panas sikit. Masa kutip pucuk ni si Aidan dok bising cakap '"mummy, u damage Abu's plant''..berulang2...huuuu.. nak explain pun tak paham..amek pucuk jer lah.
Daun Bele yan muda dimasak bersama2 carrot, hirisan bwg besar, tumbuk bwg putih..menjadilah bele sup. Kuahnya agak berlendir sedikit.
Mari kita tengok khasiat bele nie kenapa ia sangat popular di South Pacific ..