Makan diluar sudah menjadi lifestyle bagi kebanyakkan Malaysian namun tidak bagi masyarakat disini. Kebanyakkan mereka lebih suka makan dirumah yang homemade. Restauran atau gerai2 makanan pun tidaklah banyak seperti kat Malaysia, kalau ada pun belum tentu halal dan bersih.
Oleh kerana sudah terbiasa dengan makanan dari pelbagai citarasa seperti Melayu, Western, Indian, Chinese dan sebagainya kadangkala keinginan untuk menikmati makanan lain dari yang routine terbit jua bila hiduo dirantau orang nie....namun tiadalah choice melainkan kena buat sendiri..huhu...
Salah satu makanan feveret masa kat Malaysia adalah roti naan yang dimakan bersama Tandoori Chicken...namun pagi ni takderlah buat tandoori sebab tak ready kan..cuma buat roti naan yang dimakan bersama fish curry sahaja...
Lazat dan cukup mengenyangkan
6 biji roti naan dibuat menggunakan 2 cawan tepung gandum. Chef habis 2 keping, big boss 3 keping dan small boss 1 keping..alhamdulillah memang menyelerekan..
Resepi roti naan yang terbaik (setelah dicuba dari pelbagai resepi)
Bahan2
- 2 cawan gandum
- 2 sb plain yogurt
- 1 sk garam
- 1 1/2 sk gula\
- 1/4 cwn susu segar
- 1sb yeast (sepeket kecil pun boleh)
- 1sb minyak masak
- sedikit air suam
Method
- Panaskan susu (suam2 kuku) dan campurkan gula didalamnya, masukkan yeast kedalam susu suam, biarkan sehingga yeast berbuih.
- Gaulkan rata tepung gandum, minyak, yogurt serta garam
- Masukkan susu suam yang mengandungi yeast tadi..digaul dan uli rata
- Kalau campuran kering tambahkan sedikit air suam sehingga boleh membentuk doh yang bulat dan tidak melekat ditangan..
Biarkan doh sehingga sejam atau naik 2 kali ganda
Setelah kembang, buang angin, bahagikan kepada beberapa bahagian dan jadikan bulat2 kecil
Leperkan bulat kecil dan balik-balikkan didalam tepung untuk tidak melekat pada papan gelek
Gelekkan dengan roller sehingga menjadi nipis, 1cm pun cukup
Setelah kuali leper yang tebal cukup panas, masakkan diatasnya tanpa minyak dengan api kecil dibalik-balikkan dua kali hingga kembang.
Angkat dan sapukan dengan butter atau margarine pada kedua2 permukaan. Siap untuk dihidangkan dengan sebarang kari kegemaran. Makan begitu sahaja pun sedap.
Rasanya tetap sama dengan yang kita beli dari kedai walaupun tidak dibakar didalam tempayan besar seperti dikedai mamak. Gunakan kuali tebal bakar tanpa minyak..jika takde gula tebal boleh cuba guna non stick frying pan. Tertunailah hasrat nak makan roti naan... :)