Monday, 3 December 2012

Dari Taugeh Menjadi Meehon Soto

Inilah salah satu sebab kenapa bersemangat nak buat taugeh sendiri. Biasalah orang2 tempatan bukanlah culture ataupun makanan diorang taugeh nie, ada yang tahu tapi taklah sampai boleh didapati dimana2 pasar mahupun supermarket. Jadi orang Asia macam kita yang dah biasa dengan taugeh dalam masakan mahupun ulaman..nak jugak ada taugeh untuk melengkapi masakan.

Bila tengok kat blog rakan2 ada tayang mee soto tiba2 rasa macam terbuka keinginan dan selere walhal blom pernah buat sekalipun, cuma biasa buat meehon sup jer. Kalau nak mee kuning tuh agaknya kenalah belajar cara2 nak buat homemade mee kuning..mesin pun takdak...huhuhu..

Meehon soto yang dibuat semalam dinikmati seisi keluarga dengan penuh rahmatNya. Meehon atau maggie nie Aidan panggil TUNDEL..(noodles la tuh)..dari kecik sampai sekarang. Ini tanpa taugeh.

Bila dah masuk taugeh lagi complete kan..tambah2 carik2 ayam yang agak malas, namun meehon dengan jayanya berwarna kuning gak. Alhamdulillah SOLD OUT. cuma taugeh yang belum sold out lagi.

Resepinya sebijik-sebijik tiru kat Myresepi, cuma dia letak santan, tapi tidak diletakkan. Sesaper yang tak jumpa nak cari rempah soto bolehlah cuba2 resepi ini. Berbaloi.

Malam ni inshaallah kami sekeluarga nak pergi majlis Doa kat umah kawan rapat. Ayahnya sakit tenat, nazak. Diorang nie pelik jugak bila orang sakit, panggil orang buat kenduri doa, pastuh ada selawat lah pulak (style Milad group). Beberapa hari yang lepas diorang buat sedekah binatang untuk kesihatan si ayah. Tapi bukankah yang selalu kita buat bila ahli keluarga sakit tenat adalah dengan menghidupkan bacaan2 Al Quran dan Zikr....


Ada Apa Dengan Baldi Merah


Baldi yang telah dibelikan Abudaidan untuk suatu membuat projek yang telah menjadi tanda tanya ramai kawan2. Sebenarnya setelah melihat entri Kak Puteri Purnama, bagaimana beliau membuat taugeh sendiri dirumah berdasarkan video yang ditonton didalam youtube, terdetik dihati ingin mencuba. Melihat kepada hasil beliau lebih elok, segar dan banyak serta caranya pun praktikal, maka setelah study betul-betul step by step maka percubaan telah dijalankan pada hari rabu yang lepas. Inilah yang diusahakan selama 4 hari dengan baldi merah....,  







Taugeh yang segar serta panjang2 dan gemuk, lebih baik dari hasil kaedah sebelum ini malah sebaik yang dibeli dari pasar. Daripada secawan kacang hijau.

Thanks kepada Kak Puteri Purnama diatas perkongsian experiman yang dibuatnya...dapatlah hasil yang better.

Bagi sesiapa yang berminat untuk membuat sendiri dirumah dikongsikan kaedahnya seperti dibawah ini. Boleh refer kepada entry blog Dalam Lingkaran ini untuk mendapat lebih idea lagi


CARA MEMBUAT TAUGEH DIRUMAH

Peralatan2 yang diperlukan :


1. Baldi yang sederhana besar, ditebuk lubang diawahnya menggunakan paku panas. (boleh gunakan tong sampah besar yg baru kalau nak buat banyak)
2. 4 keping kecil tuala yang telah dipotong ikut saiz bersesuaian dengan baldi/ tong. Boleh gunakan guni jut juga. Yang mana dapat menyerap air dengan baik.
3. Jaring penapis atau dawai nyamuk atau sieve yang tidak digunakan.
4. Tungku/ stand samada diambil dari tungku dapur atau dibuat dengan menggunakan kayu. Ini untuk mengelakkan kacang dari teremdam dalam air yg mungkin berlebihan didasar. Tapi kalau tebuk lubang dibawah, tak payah tungku pun tak per.

Langkah2 :

 Rendamkan kacang hijau sekurang-kurangnya 3 jam.

Letakkan tungku pada dasar baldi. Tak letak pn tak per jika dasar dibuat lubang.

Kemudian letakkan jaring/ dawai nyamuk diatas tungku tadi

Tuala diatas jaring/ dawai sebagai penyerap air.

Taburkan kacang diatas tuala secara rata, jangan padat sangat. Sekiranya padat nanti ada yang tidak akan memanjang dengan sempurna. Ratakan serata mungkin

Untuk lapisan kedua, letakkan jaring diatas lapisan kacang hijau, kemudian tuala kemudian tabur kacang diatasnya. Mungkin boleh letak hingga 3 lapis bergantung pada saiz baldi/ tong

Tutup dengan tuala diatas lapisan paling atas

Siram dengan air secukupnya, 2 kali sehari.

Biarkan air mengalir keluar melalui lubang-lubang yang telah dibuat pada dasar baldi.

Tutup baldi dengan penutupnya atau tudung periuk besar pun boleh..simpan ditempat yang tidak mendapat cahaya matahari.

Dibuka selepas 4 hari,

Inilah hasilnya yg berganda-ganda.
Cara2 pembersihan :

Basuhkan dibawah paip air yg mengalir dan air yg banyak didalam bekas 

Potong pada bahagian diantara tuala dan penyaring dengan pisau

Potong akak2 yang masih terlekat pada tuala

Setelah dipotong

Bahagian akar yg melekat pada 'siever'

Membuat sendiri dirumah adalah lebih bersih, menjimatkan dan healthy. Selamat mencuba.

Sunday, 2 December 2012

Black Pepper Chicken Chop Yang Diidamkan

Sudah lama sebenarnya tak makan western food nie. Pertamanya sebab susah nak dapat dimana2 restauran yang halal, keduanya agak malas nak membuat. Namun semalam ketika Abuaidan tiada dirumah kerana bermalam menyertai camp, tiba-tiba keinginan datang lagi. Ada kerajinan, menggodek resepi dan memulakan operasi. Alhamdulillah tercapai jugak hasrat...

Ala-ala western - Potato chips, kentang putar dan Black Pepper Chicken Chop

Masa muda2 dulu kalau teringin western food selalu pergi ke Uptown Hawkers kat PJ takpun kat Bangsar..memang feveret. Kat sini? Takkan jumpalah nice western food yang halal. teringin buat sendiri..boleh jer dapat sebest yang dijual kat gerai2 western food tuh...cubalah...

Resepi Black pepper Chicken Chop :

Ayam (Untuk perapan)
- 1 paha  ayam yang dibuang tulang (ketuk2 pastuh buanglah)
- 2 ulas bwg putih (ditumbuk kasar)
- 1sk halia yg telah dikisar
- 1sb Sos Tiram
- 1sb Sos Tomato
- 1 sb Kicap
- 1sb madu
- 1 sk lada sulah
- 1sk lada hitam
- 1/3 cawan fresh milk (tak letak tak per)
>> gaulkan semua bahan2 perap..cucuk ayam ngan garfu sikit2, balik2, perapkan kurang2 3 jam (kalau tak sabar)
>> Untuk salutan sebelum goreng
- tabur sedikit gandum, golekkan dalam telur yg telah dipecahkan..kemudian salutkan lagi dalam tepung gandum sehingga sempurna.
>> gorengkan dalam kuali leper menggunakan sedikit minyak. Api kecil agar masak dalam juga.

Black pepper gravy
- 2 ulas bawang putih (mayang halus)
- 1 biji bawang besar (didadu)
- 1 sk black pepper ditumbuk
>> panaskan butter atau minyak, goreng bawang hingga wangi. Masukkan sekurang-kurangnya 3sb kuah perapan ayam diatas.. didihkan dengan api kecil. Masukkan air jika kering. Gunakan 1sk tepung jagung untuk memekatkan kuah.

Kentang putar
- Rebus kentang yang telah dipotong kecil sehingga masak dan lembut, letak sedikit garam
- Lenyekkan ketang sewajarnya, masukkan dalam periuk, tambahkan dalam 1/3 cawan susu dan 2 sb butter, sedikit lada sulah (1sk). Boleh tambahkan air juga, namun masak sehingga kering dan pekat.
- Tutup api dan sejukkan.

Other side dishes bolehlah goreng kentang dan buat coleslaw, telur goreng pun boleh.

Kalau makan kat luar dah RM8.00 kot (harga dulu2)..kalau buat sendiri jimat kos lagi..puas pun puas..

(kredit info kat sini)

Labu Diatas Pagar

Labu yang tumbuh dari halaman sebelah rumah yang kosong, nampaknya telah menguasai pagar dan pokok2 pagar.

 Pokok-pokoknya memang kelihatan subur, walaupun dah dicantas beberapa kali namun tidak mengalah, masih jugak mahu mengasak sebelah laman kami.

 Dah memanjat hingga kebumbung 'greenhouse'..kalau berbuah nanti tak tahulah camaner..

 Bunga betina dan jantan ada tapi belum disatukan lagi. 

Agaknya inilah yang dinamankan vertical gardening.. kalau dibiarkan mahunya berbuah pada pagar. Banyak pula kerja nak kena support buahnya nanti. Abuaidan pun dah penat mencantas sulur2 yang memaut pada pokok2 pagar, namun 2, 3 hari selepas itu banyak pulak yang menerjah lagi...

Saturday, 1 December 2012

Menang Menanam, Kalah Memakan

Kalau 2 bulan dulu rajin sangat nak bertanam..apa sahaja yang boleh ditanam nak ditanam. Dah tu bila tanam tamak pulak tuh..bukan nak tanam sikit-sikit, mesti nak tanam sebanyak yang mampu. Akhirnya setelah tanam mula mengeluarkan hasil, tidak berhabisan pula untuk memakannya..akhirnya banyak yang menjadi terlebih matang kerana lambat atau tak dituai...

 Bendi dah keras, tak lama lagi boleh buat benih pulak..

 Celery/ saderi, tanam beriya-iya..gunanya very minimal..akhirnya pokok dah kekuningan 
dan terlebih matang.

 Radish, dalam sedar tak sedar pokok dah besar dan berubi..namun dah ovedue jugak

 Kobis, dah sebulan lamanya, banyak yang dah dituai namun masih banyak lagi yang tak berhabisan.. stok  dalam fridge pun masih tak bergerak-gerak.

 Kacang panjang galaxy berbuah tak berhenti-henti namun tukang kebun yang tak  tertuai..

 Petola juga akhirnya dah jadi keras diatas para.


 Cili-cili yang tak pernah sampai masak sebelum ini..abundant pulak masaknya di beberapa pokok.

 Yang ini lagilah lebat dan menunggu masa untuk masak..sebenarnya sejak conceive nie, selera untuk cili jadi hilang, agaknya pembawakan budak kot.

Ketumbar, entah kali keberepa berbunga dan berbuah setelah tidak dipetik

Nampaknya tak boleh bertanam banyak-banyak walaupun ruang yang ada untuk bertanam memang lebih dari cukup. Tambah lagi bulan Dec dan Jan boleh jadi musim hujan mahpun cyclone bila-bila masa.

Nuffnang Ads