Ini adalah pokok tomato yang dahulunya ditanam pada musim yang lebih sejuk dan lebih sesuai dengan meletakkan sokongan pada keliling pokok agar dapat membesar keatas.
Kadang2 amat melecehkan kerana bila dahan patah, pokok jadi cepat mati dan tidak subur, buah pula mejadi kekeringan.
Dua bulan yang lepas, saya menanam lagi tomato didalam musim yang lebih panas agar kami dapat merasa tomato dari kebun sendiri, inshaallah. Namun kali ini saya menggunakan pendekatan yang mudah dan malas, apatah lagi bila Abuaidan membawa balik tomato yang diberikan oleh kawan lebih besar dan cantik elok yang mana pokoknya dibiarkan hidup begitu sahaja tanpa sokongan. Jadi ditambah dengan ketidaklaratan untuk menghabiskan masa dikebun, maka saya juga membiarkan pokok2 tomato ini 'menjaga' diri mereka sendiri, inilah so far keadaan mereka....
Dah berbuah, tidak dahan2 yang patah, pokok alhamdulillah sehat walaupun separa berbaring.
Yang lain pula, sama juga keadaannya.
Yang ini benih tumbuh sendiri dibatas kacang panjang, biarkan sahaja mereka jaga diri sendiri, sihat jugak, walaupun tumpang2 air siraman pokok kacang.
Yang ditanam diantara pokok2 bendi, semakin membesar, alhamdulillah.
Pokok tertua, yang dari penghujung musim dahulu. Namun setelah dibiarkan hidup secara natural nampaknya mereka lebih panjang umur dan berbuah pulak lagi (walaupun tukang kebun tak sabar nak remove pokok ini)
Jadi itulah cerita pokok2 tomato yang hidup secara natural, diandaikan mereka ini hidup sendir dan tidak ditanam dan dijaga dengan rapi. Rasa saya mereka lebih baik dari pokok2 yang saya jaga beriya-iya dahulu, tambah pula mereka tidak menyusahkan, alhamdulillah.
I