Assalamualaikum & peace be upon you all.....
Dalam seminggu dua ini setelah kacang panjang dari kebun mula mengeluarkan hasil, alhamdulillah hasil yang banyak dengan 3 tempat yang berbeza kacang ditanam. Boleh dikatakan setiap hari kena harvest kacang panjang.
Makan untuk berdua sahaja, pun bukanlah hari-hari masak kacang panjang, sekali dua dalam seminggu oklah, kalau tak nanti naik bosan makan kacang panjang selalu. Daripada yang kami tidak memerlukan, dikongsikan dengan kawan-kawan yang berdekatan.
Hasil tuaian kacang panjang yang berlebihan
Yang seronoknya bila berkebun adalah bertukar-tukar hasil kebun, kadang-kadang boleh mendapat yang tidak ada dikebun kita. Seperti kata AbuAidan, kalaulah diantara kawan-kawan semuanya rajin berkebun dan menanam sayuran, alangkah baiknya jika setiap orang menanam sayuran berbeza dan setiap minggu boleh dijadikan tukaran dan tidak payah bersusah-susah menanam pelbagai jenis. Namun tidak semua ada masa untuk berkebun, kan.

Hasil tuaian dari kebun lain yang dibalas balik - tomato dan kacang merah
Dengan penukaran hasil tanaman juga boleh menambah kekurangan kita dari segi ilmu bertanam bila kita lihat orang lain mendapat hasil yang lebih bagus lagi. Lihatlah tomato diatas yang diluar musimnnya, yang diberi oleh family friend kami - cantik, subur dan besar- katanya benih daripada pokok yang kami berikan dahulu. Hampir tidak percaya kerana hasil kami memang tidak memuaskan - buah yang merekah-rekah, pokok cepat mati dan tidak subur.
Barulah kami tahu rupanya mereka menggunakan sejenis baja yang lain untuk mendapat hasil sebaik itu diluar musimnya. Mereka juga membiarkan pokok tomato merangkak diatas tanah begitu sahaja tanpa support dengan kayu atau tali, pokok berbuah diatas tanah dan tidak mudah patah dahannya berbanding dengan yang diikat pada kayu.
'Hai orang-orang yang beriman, nafkahkanlah (di jalan allah) sebagian dari
hasil usahamu yang baik-baik dan sebagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi
untuk kamu. Dan janganlah kamu memilih yang buruk-buruk lalu kamu menafkahkan
daripadanya, padahal kamu sendiri tidak mau mengambilnya melainkan dengan
memincingkan mata terhadapnya. Dan ketahuilah, bahwa Allah Maha Kaya lagi Maha
Terpuji'. (2:267)