Kerana nak sangat makan keropok goreng, aku pun importlah from Kelate..order lepas raya haji tahun lepas, naik kapal 3 bulan sampailah kat sini awal bulan 2 alhamdulillah...naik kapal terbang boleh tapi tak berbaloilah tambang lagi mahal dr kopok..
Oleh kerana limited editionnya maka aku makanlah secara berhemah dan berjimat cermat..sebulan pun tak sampai 3 kali goreng..huhu..
Actually aku simpan tuk makan ngan hidangan yang lebih best lagi seperti makan ngan nasik kerabu atau makan bersama2 bihun goreng..kalau makan gitu sahaja memang cepat sangat abesnya kan..
Hinggalah sebulan lebih yang lepas aku perasan yang ade macam serangga atau binatang kecik menghuni didalamnya..masa tuh tak parah lagi so aku jemurlah.dan simpan dalam bekas botol yang besar..
Kemudian baru2 nie bila aku bercita-cita hendak buat nasik kerabu, aku bukak botol dan alangkah terkejutnya bukan main banyak lagi binatang tuh berumah tangga beranak pinak didalam tuh selama aku tak usik jenguk...menyesal..menyesal..
Begitu banyak kerja2 penggerudian kopok aku nie..kenyanglah sungguh mereka dok bertapa dalam botol..
Memanglah macam tak luak kan..tapi ngan corak2 gitu serta baunya tuh ..bolehker dibuat makan lagi?
Aku cuba keringkan balik, buang binatang2 kecik tuh..letak dalam fridge pulak..tapi bila aku keluarkan dan cuba goreng macam tak selera plak tengok rupa kopok goreng gitu dan baunya jugak ...sudah kurang enak..huhuh
Nampaknya it's overlah for me rindu nak makan kopok..kena tunggu balik nanti jugak barulah boleh makan...kopok lekor pun dah bertahun2 tak makan..rendunya...:)