Showing posts with label Cara Berkebun. Show all posts
Showing posts with label Cara Berkebun. Show all posts

Saturday, 9 February 2013

Bagaimana Hendak Memulakan Kebun - Step 1 : Peralatan

Adakah anda seseorang yang minat berkebun namun belum memulakan langkah2 untuk berkebun? Inshaallah disini dikongsikan sedikit ilmu berkebun yang diperolehi melalui pembacaan. Semoga kita sama2 mendapat manfaat inshaallah.

Sebelum memulakan kebun, perkara yang paling penting yang perlu ada adalah peralatan untuk berkebun. Bukanlah sesuatu yang membazir untuk melabur sedikit wang bagi membeli peralatan berkebun yang lebih berkualiti, ini kerana peralatan yang rosak atau tidak mencukupi bukan sahaja boleh mengecewakan malah boleh menambahkan lagi kos dan masa untuk jangka panjang. Proper tools memberikan keselesaan serta efisien, dimana boleh membantu mengurangkan kerja bagi anda.

Peralatan untuk berkebun biasanya boleh didapati di kedai2 hardware mahupun nurseri ataupun gardening section dipasaraya2 yang besar.

Peralatan yang anda perlukan adalah:
  • Trowel atau Kulir - Untuk merumput mahupun mengorek lubang kecil

  • Gardening gloves/sarung tangan - Untuk memelihara tangan dari kekotoran dan juga serangga serta tumbuh2an yang berduri mahupun tajam.
  • Sun hat/ topi - Untuk perlindungan UV, lebih elok topi yang lebar tepinya, seperti topi petani2..



  • Bekas untuk menyiram air ataupun hose pipe – Bergantung kepada keperluan air kebun anda mahupun jarak tanaman dengan sumber air.
  • Wheelbarrow/ kereta tolak - Untuk kebun yang lebih besar bagi mengangkut kompos, sampah sarap mahupun mulch.
  • Roundhead shovel/ Penyodok - Untuk menggali lubang yang lebih besar.
  • Rake/ Penggarruk - Lebih ideal untuk menyebarkan jerami2 atau rumput kering (mulch) dan juga mengumpulkan sampah2 sarap didalam kebun.

  • Shears/ gunting pemotong - Untuk menggunting daun2 kering mahupun dahan2 yang tidak diperlukan dan juga memetik sayur2an.
  • Cangkul/ Hoe - Untuk membuat batas sayuran dan memecahkan tanah.
  • Bekas/ container - bagi mereka yang hendak menanam didalam bekas



>>ref


Nuffnang Ads