Showing posts with label Aidan. Show all posts
Showing posts with label Aidan. Show all posts

Tuesday, 25 November 2014

Your First Big Day..

My dear  boy..

Ibumu coretkan disini sedikit kenangan terakhir buat kamu disekolah tadikamu ini dibumi Fiji ini..supaya nanti kamu dpat mengimbau kembali kenangan manis yang takkan berulang ini..unless ibumu tutup blog .

Kamu begitu excited for the big day, almost setiap hari pada minggu sebelumnya kamu akan bertanya 'tomorrow is the parents day,mummy?'

Hinggalah tiba harinya semalam, bapakmu menghantar kita betiga diawal pagi sebelum ketempat kerjanya..dia tak  dapat bersama2 on yr big day..

Tetapi sempatlah kita posing satu family buat kenang-kenangann..kenalah baca sampai habes baru boleh tengok gmbar yg limited edition tuh kan..:)

Kamu begitu excited tuk memperkenalkan kami your BFF,

Raeez..nice boy kawan kamu from the first day of kindy..

 Sepanjang masa kamu berdua sahaja bersama2 ..begitu akrabnya..dia begitu sedih kerana kamu tak dapat bersama2nya di class one nanti..

Adikmu plak,

Takmo dok dlam stroller..bergantung tak lepas pada ibumu..'go down..mummy go down.." nanges2 ..tak biasa dengan persekitran yang crowded begini..


Dapat main jam ibumu..,maka diamlah dia sekejap..lepas tuh nanges lagi takmo duduk

Persembahan nyanyian dr rakan2 tadikamu..kamu tk dapat join sebab banyak tuang kelas..tak cukup latihan..nanti suara  sumbang..

Your show time now..

Ahh..ibu Nahesh tolong  pakaikan kamu jubah sebab ibumu tak cukup tangan..payah dengan adikmu..

Nahesh yang comel..yang kamu selalu tumpang balik dengan keretanya..nanti 20 tahun lagi auntie hantar rombongan yer Nahesh..tunggu tau


Beratur tuk naik kepentas tima sijil..tiba2 ibumu terkenang her big day dulu .


Kamu dengan topimu yang asyik nak jatuh jer sebab longgar...heheh..dibelakang kamu adalah Mustapha the most hencem boy in yr class..kamu ditpt no.2 lah..hehe

Look..kamu sudah diatas pentas..ready tuk dipanggil nama..

Yes..that's my boy..Mohd Aidan Husaynie..susahnya nk amek gambar smbil dukung adikmu yg sedang tidur lagi

Bersama2 sebahagian rakan sekelasmu..too bad cikgu2mu tidak berjaya mengumpulkan kesemuanya..:(

Gambar family yng sempat kita amek  sblm bapakmu beredar..nie kira ibumu belanja rakan2 maya beliau lah  nie yer..heheh

Thursday, 25 September 2014

Anakku Hampir-Hampir Pneumonia

Perkongsian sebagai pengajaran buatku dan sesiapa yang mahu mengambil ikhtibar..inshaallah..

Alhamdulilah maknya sudah sembuh, bapaknya dan adiknya jugak finally free dari batuk yang menyerang hampir setiap family disini pada musim cuaca sejuk yang berlalu..

Namun dia bertemankan batuk sudah 5 bulan..atau mungkin lebih...tidak pernah betul2 fully recover..
Berulang alik keklinik swasta..berbotol2 ubat melalui lubang tekak..namun tiada improvement...

Hinggalah ketika menemankan bapaknya servis keta, dia batuk agak teruk waktu tuh dan pemilik bengkel mencadangkan agar bawa dia kehospital dan cuba jalankan X-Ray..

Bermulalah episod berulang alik ke hospital setiap minggu 2 kali ...kata doktor ade mucus atau kahak didalam paru2nya yang menyebabkan batuk berpanjangan...tanda2 lain jugak adalah hidung berair serta tidur malam kuat berbunyi dengkuran pelik...

Bila dengar melalui stethoscope jugak ade bunyi2 yang 'not a good news'..bila tengok dalam X-ray memang sah2lah ade cecair dalam paru2..

So apa yang perlu dibuat adalah have to dry out the mucus yang menghuni dalam paru2 tuh..barulah batuk inshaallah akan reda..

The only way adalah dengan pengambilan antibiotik.....injection antibiotik pun boleh jugak tapi takut betul dia kena cucuk jarum...kena sekali injection dah serik, tak nak teruskan..

So terpaksalah dia telan antibiotik 3 kali sehari 6ml ..


Habes 2 botol Amoxillin untuk 6 hari tiada perubahan jugak..masih lagi batuk..kahak masih jugak lagi bertakung..so doctor prescribe antibiotik yang lebih power, Augmentin nama dier. 

Susah betul dia nak telan ubat tuh..telan jer muntah..abes isi perut keluar..selera makan pun menurun..

Dia pun macam dah bosan makan ubat sebenarnya..macam nak cakap ngan kitorang...i can't take it anymore..no more medicine please....bayangkanlah kan berbulan2 dok telan ubat berbotol2..kalu kita pun naik loya..

Tapi kena amek jugak..kalau tidak memang wallahua'lam susah nak elok dan kalau dibiarkan tidak dirawat boleh jadi asthma ataupun pneumonia..nauzubillah...

Terpaksalah ubat tuh diubahsuai dengan elemen2 lain seperti madu dan milo dicampur..barulah dia boleh telan..lepas telan ubat lah mesti ade inisiatif atau hadiah saguhati atas kejayaan menelan antibiotik yang teruk bau dan rasanya itu..

Antibiotik yang lebih power tuh diambil tuk another 10 days..bayangkan...tak boleh miss langsung..

Then last monday bawak dier jumpa doktor again for review...

Alhamdulillah doktor kata mucus dah clear..dah kering..bunyi dalam paru2 pun dah takder daa....syukur sangat2...

Punca paru2 berkahak.itu adalah kerana sejuk...salah kami jugak kerana tidak mengambil serius atau precaution dari awal..

Bayangkan bila dia dibenarkan berendam dalam tub mandi sampai berjam2 hampir tiap2 hari..sebab masa tuh kan musim panas..dan bila dia busy ngan mandian tuh maka kami bolehlah releks2 sikit (tak terpikir langsung akibat2 kemudian hari)..dah tuh plak bila tidur tak maunya berselimut atau pakai stokin mahupun baju berlengan panjang..asal lengan panjang  jer nak singsing sampai ke bahu...hmmmm...

Bila dah datang musim sejuk memang lagilah teruk sejuk dalam badan tuh , tuh pasal yang batuk senang bersarang..tambah2 lagi jangkitan virus ngan budak2 kat sekolah...

Namun alhamdulillah bila dah suffering begitu bila semakin memahami dan mendengar kata..walaupun berpeluh2 tidur..turutkan jugaklah pakai baju tebal sikit...just to protect him from cold...


Alhamdulillah he's getting better now..batuk ade lagi sikit ekor2 tuh tapi doktor kata itu biasa dan tidak membahayakan...tak perlu bimbang...

Moral from the story, kita semua kena take serius pasal kesihatan anak2..tak boleh dibiarkan bersejuk lama..samada berendam dalam air ataupun tak berpakaian..bila sejuk dalaman memang susah nak sembuh...amek masa, sebab nak jadi penyakit tuh pun makan masa jugak....

Dan bila anak batuk berpanjangan..kena take serius action...doktor swasta kebanyakkannya tahu buat duit jer..the real intention nak tolong sembuhkan pesakit tuh macam tidak penting sangat bagi mereka..kitalah yang kena usaha tuk merawat anak kita walau apapun caranya...inshaallah

Friday, 15 August 2014

Zaman Budak Hingusanmu..

Sedang aku duduk2 memerhatikan anak2 kecil leka bermain sesama sendiri, molampat bergelak ketawa ria, maka terdetiklah dihati..

"zaman aku dah berlalu..kini zaman anak2 pulak bermula..."

Mengimbas zaman anak2 melalui zaman kanak2 anak2 sendiri lebih terkesan dihati..rasa dekat dan begitu menggamit...

Hari terakhir persekolahan tuk penggal ke2 semalam..nampaknya tinggal 1 term jer lagi untuk kami disini..inshaallah..aku dah tak sabar nak packing nie...

Bersama his BFF ...hari2 pun asyik dok mention Rais..Rais..Si Rais pun asyik citer pasal Aidan jer kat umah..sangat rapat dan si Rais takmo pegi sekolah kalau Aidan tak datang..takmo kawan dengan yang lain....hehheh

Budak yang paling chubby dalam tadika rasa aku inilah yang baju biru tuh hehehe..lihatlah keboroian budak sorang nie....batuk tak bagi makan aiskrim pun tak dengar kata nak jugak...terpaksalah turutkan takut bertantrum kang plak, malu mak satu sekolah kang....

Adik bo layan abang2..muka bosan jer...bila aku melihatkan mereka nie lantas terpikir bagaimana yer kalau mereka besar nanti..kalau mereka membesar bersama2...tapi kemungkinan itu tidaklah rasanya...

Adik dikerumumi lebih ramai lagi..cukup suka dorang main cubit2 pipi baby...adik jer cam malas nak layan...sib baik dia diam jer tak nanges...

Kalau Obama ade memori tadika di Indonesia, ade hati nak bandingkan anak hingusan dier ngan Obama lak..huhuhu inshaallah memori tadika di Fiji nie ibunya titipkan tuk Aidan disini...pernah kami cakapkan padanya one day dia mesti balik semula kesini, carik rakan2 sepermainannya..buat kerja2 dakwah bila sudah besar dan berilmu nanti...inshaallah..

Friday, 6 June 2014

Kena Pukul di Tadika

Smalam dia sampai umah,sebaik sahaja masuk tutup pagar, belum masuk umah lagi..katanya "mummy..farhan beat me with train." dengan nada yang sayu dan sedih macam nak nangis..

Ingatkan biasa2 jer, tapi bila dia tunjukkan kesan luka kat dahi tuh terkejut jugak...

wpun nampak kecik tp bg budak2 umurnya kira besarlah jgk kan..

Dia pun bercerita dengan hibanya..

Bila time for playing mereka berebut mainan keretapi tuh, kawannya tuh amek train tuh pukul kat dahinya..sib baik rakan baiknya cepat2 bagitau cikgu..cikgu setel luka dan warning...dan budak tuh bila mak dia datang ms nak balik tuh..kena jugaklah ngan mak dia according to aidan...

Reaksi seorang ibu bila kali pertama tengok anaknya kena pukul  disekolah hingga luka..?

Rasa terkejut, risau, nak marah...bengang pun ada ngan budak yang pukul dia tuh..ya Allah ganasnya budak2  nie..takut pulak nak hantar dia ke tadika lagi..

...tapi berpikir secara waras..anak2 kecik cam depa nie..bertindak tanpa berpikir sebab belum matang lagi pun..main ikut perasaan jerlah...cuma cikgu perlu pantau lah lebih dekat lagilah pergaulan mereka nie..takut berlaku lagi perkara yang tak diingini dimasa depan..

Sebagai ibubapa..bila keadaan begini berlaku risau jugak takut terjadi lagi...harapan kami cuma dia tidak melawan dan berkasar balik just inform kat cikgu..risau takut menjadi habit suka carik gaduh dimasa depan...biarlah dia mengalah & memaafkan di zaman kanak2 nie sehinggalah dia paham akan tindakan untuk mempertahankan diri dengan lebih jelas..

Hmmm..tiba2 aku rasa anak bujang semakin membesar... mula risau akan alam2 yang dia bakal tempuhi...

Thursday, 24 April 2014

Parti Kanak-Kanak Riang

Masa Nenek siNahish (yang dulu aku panggilnya Neha, dia tak mau cakap ngan aku, muka masam jer, konpius kejap aku..rupanya salah nama..heheh sori yer Nahish) hantar Aidan dalam pagar lepas sekolah..katanya "bring some snacks for tomorrow, they'll have party.."

Dan aku belek buku homeworknya pun ade gak mesej..


Party akhir penggal pertama yang mana cuti sekolah akan bermula esok tuk budak2 tadika..selama dua minggu lah.

Mulalah aku berkira-kira berpikir2 nak buat apa yer bagi dia bawak esok? Kek? Cookies? Keropok udang goreng? Donut? karipap?..tah haper2 idea..

Eksaited lah jugakkan sebagai ibu, kalau dulu eksaited sebagai kanak2 riang nak berparti...hehe..seriously memang seronok kalau dapat buat sesuatu tuk anak2 kita dan bagi rakan2nya makan kan..:)

So aku call En.AAA cakap ngan dier, tanya idea dier..dia kata not sure..srh aku pikirkan dulu dan call later tuk order barang2 tuk  buat 'something' tuh..

Akhirnya aku tetap jugak ngan idea nak buat cupcakes plain..so from Maghrib to Isyak semalam berbakinglah aku kununnya...hehe

Inilah hasil yang masih tak seberapa..

Tapi aku hepi jer sebab apa aku terjumpa liners dalam simpanan lama yang dah bertahun aku tak usik..Actually aku ingat nak bake biasa jer cam muffin tp En.AAA bagi idea guna liners yg aku guna tuk Almonds London dulo2 hampeh keciknya tuk letak kek..ms tuhlah aku teringat yg aku ade liners yg slightly bigger than that. Alhamdulillah carik punya carik, masih ade dan menepati requirements..psst yang hias ngan hundred thousand (ker namanya) tuh pun En.AAA bg idea jgk..heheh

Belum siap membaking semuanya, asyik jer yg nak makan tuh tak putus2 mintak..so inilah yang tinggal tuk dibawak kesekolah.. 

Tak cukup ngan cupcakes tak bertopping aku kirimkan camera aku kat En.AAA sruh bagi cikgu amek gambar kanak2 riang berparti..yer lah mana aku dapat tengok kan apa yg mereka buat disekolah..setidak2nya gambar2 tuh boleh dijadikan kenangan buat Aidan suatu hari nanti..inshaallah..

Gambar kelas bersama his teachers..Nahish yg comel tuh takder dalam gambar sebab sakit..

Nie gambar zoom dekat sikit..tergezut aku tengok anak bujang pegang tangan fijian gal bermata biru sebelah dia tuh..tak menahan..barulah aku sedar yang dorang nie kan budak2 biasalah..:). tengok gambar tadika nie teringat lak kesah Lydsunshine yang satu tadika ngan asbennya dulu..dan akhirnya dah besau2 bertemu jodoh..heheh

Kanak2 riang makan aiskrim kat luar kelas...seronok nampaknya mereka..

Gambar bersama2 ngan semua budak2 tadika..aku nak sangat simpan gambar gini supaya one day dia boleh tengok balik.. tak tahulah nanti ade sessi bergambar yang kindergarten buat kan.ceria muka anak2 yg innocent nie kan...:)

Acara makan2...korang tengok siAidan nie kenapa makan sorang2 atas meja tuh..aku pun pelik bila tengok gambar nie...tanyalah dia..katanya sebab dia takder plate, so makan atas tissue jerlah takder pinggan extra...Ohhh rupanya aku lupa bagi pinggan lurus bendulnyer mak dan bapaknya, cikgu tak tulis maka tak dibekalkannya..dia kata tak kesah pun, still very hepi..last2 byk yg dia tapau buat balik makan umah...hmmm

Nuffnang Ads