Since sekarang adalah musim mengecap hasil kebun, dipaparkan lagi hasil dari usaha kami yang sedikit dengan ganjaran dari Allah yang abundant..alhamdulillah banyak sayur yang kami tidak perlu membeli dari pasar lagi. Kalau nak dibandingkan harga sayur di Fiji jauh lebih murah dari Malaysia dan fresh..kalau ade $10 pun dah boleh beli lebih dari 5jenis sayur.
So skarang bila tanya Abuaidan berapa jimat seminggu duit pasar, katanya more than $10 perweek, alhamdulillah..walaupun tak besar sangat nilainya, namun still will make a little bit of different, kan..
Sekarang nie tidak perlu lagi membeli terung, tomato, sawi putih serta petola.
Kerana sawi putih yang ade diladang pun supplynyer yang cukup untuk beberapa minggu.
Tuaian sawi putih
Terung panjang ade sepokok jer namun tidak putus2 berbuah
Tuaian terung
Selain terung, dalam seminggu juga kami dapat menuai kobis bulat, kangkung,bendi serta bayam.
Kangkung yang semakin sehat dengan kekerapan hujan kebelakangan nie..
Bayam yang tumbuh sendiri..tak putus-putus.
Tuaian kobis bulat
Bekalan yang berterusan kerana kerajinan tukang kebun baru menanam secara berperingkat
Tuaian bendi dalam 4 hari
Pokok bendi yang semakin galak berbuah
Tuaian cili dan tomato
Tomato masih setia berbakti walaupun sudah dimamah saki baki usia..
Pokok cili besar yang lebat berbuah.
Kalau diberi pilihan untuk start keta untuk pie beli cili, pandan atau kunyit kat kedai atau bukak pintu umah jalan setapak dua untuk petik atau gali jer mana anda pilih?
Berkebun actually bukanlah memerlukan kerajinan untuk menjayakannya..cuma attitude. Tanam cili bukannya memerlukan belaian setiap hari, lengkuas jugak bukannya perlu siram setiap hari..malah terung juga takkan mati pun kalau kita tak letak baja ataupun siram malah makin berusia makin banyak mengeluarkan buah.
Jangan kata takder kerajinan atau masa untuk mulakan usaha yang kecil.. kalau dok aparment boleh dimaafkan, tetapi kalau dok rumah teres sekurang-kurang nya anda boleh lagi gunakan bekas kalau setakat nak tanam cili...
Salam UA, syukur nikmat sayuran segar dari kebun...dpt jimat plk tuh...kalau $10/week, $40/mth n $480/year! tahniah ummu
ReplyDeleteAssalam Ummu..betul tu byk kebaikan nya bila bertanam sendiri ni... sayur2 yg dihasilkan pun fresh..nak makan pun semangat..hehe
ReplyDeleteBaba Pa'e skrg dah start tanam sndiri... Serai, lada, kunyit dah ada belakang rumah..:)
Pokok bunga depan rumah pun hidup segan mati tak mahu tapi nasib baiklah pokok ni jenis tahan lasak kalau pokok sayur dah lama mati kot. Cahaya matahari pun waktu petang ja kena. Macam tulah dok rumah bertingkat2 ummu.
ReplyDeletebila la nk dapat menuai gini....bestnye. :)
ReplyDeletesalam ummu...rezeki dari Allah berkat usaha dari kitakan....Alhamdulilah dengan negerahnya...terung tu sedap buat pajeri tu ummu...
ReplyDeletebestnyer...kalau bole nk petik jer dari belakang rumah, senang, bole jimat banyak..sini semua mahal..tapikadang tiada lagi rezeki, tanam x tumbuh2..hehhe
ReplyDeletesah-sah sy akan pilih buka pintu..petik aja yang ada dilaman umah...dr nak bersiap pakai, make sure pintu semua bertutup rapat, start kete..kunci pintu pagar..hanya semata-mata untuk membeli sayur...memang leceh..
ReplyDeletesalam singgah pagi membaca!
ReplyDeletetengok hasil tuaian ni cam besar jer kebun ummu...macam2 jenis ada..sumer pon fresh dari ladang..agak jeles ni..
ReplyDeleteberbudi pada Tanah begitu lah.. saya pun dah start bercucuk tanam di laman rumah walaupun kecil2an. teruja tengok ummu bercucuk tanam dlm melayan kerenah anak dan rumahtangga. thumbs up
ReplyDeleteSo much harvest sis! terung & kangkung so subur. my mom like the bayam liar that u shown in pic. she said more wangi.
ReplyDeleteTerbaik drladang ummu, kalau dkt hari2 knor beli dr ummu...tak cari lain dah....
ReplyDeleteSelain dari meringankan beban kewangan, tanam sendiri juga dpt memastikan kita makan sayur segar tanpa bahan kimia...
ReplyDeletePembekal Peralatan Pertanian dan Fertigasi ... dapatkan keperluan seperti benih, baja dan lain-lain di http://romatechagro.blogspot.com
ReplyDeletedapat petik dari halaman rumah sendiri lagi puas hati dari beli kat pasar..;)
ReplyDeleteSalam Ummuaidan,
ReplyDeleteAlhamdulillah banyaknya hasil kebun!! Segar dari ladang dan bebas racun!
Ummu tak nak cuba bela-bela binatang ternakan pula ke?
ReplyDeleteIkan tilapia atau keli.. atau ayam... atau arnab (untuk dimakan)
mmg syiklah , geram tgk ni, kalau KA dah dibuat Kari semua ni tidak pun dah sah2 ada pajeri terung sedap !
ReplyDeletenasib baik ummuaidan maafkan sesiapa yg dok kat aprtment. heheh...Yg paling bestnya sayur tanam sendiri ni, kesegaran dan bebas racun tu la. $10 seminggu tu kira banyak dah tu. Sbb yg $10 tu hanya nak beli sayur, tapi benda2 sampingan yang kita rasa nak beli bila dah keluar pegi kedai tu... lagi byk..
ReplyDeleteAssalamualaikum Ummu,
ReplyDeleteAlhamdulillah.. kalau K.Sham.. mcm2 boleh masak ni..
Singgang boh bendi, asam pedas boh tomato, buat sambal tumis terung, then sawi tu goreng ngan mihun, kangkung goreng belacan, sayur tumis bayan..
Subhanallah.. rezeki Allah mana lagi yg hendak kita pertikaikan..
Memang saya teruja melihat hasilnya...
ReplyDeleteSaya nak usahakan menanam sayuran2 yg mudah lepas ni..akan rujuk blog ni...hihihi...Selain jimat, for sure takde guna pesticides ..:)
Wah seronoknya..mesti happy kan tengok sayur-sayuran yang fresh hasil air tgn sendiri..:-)
ReplyDeleteehem...ehem.... ni macam nak perli orang yg tengah komen je ni hehe...
ReplyDeleteLepas ni nampaknya kena cari tanah nak tanam cili....hehe takut mak...kena marah ngan orang tu!