Yang disemai benih pada 2/7/12, dah masuk 2 bulan usia rupanya tembikai ini, yang terawal entri berkaitan dengan bunga pertama yang menunjukkan perkembangan positif pokok tembakai, dua minggu setelah tembikai semakin berkembang dan pagar2 juga untuk diletakkan untuk mengawal penjalaran pokok.
Menjalar melalui pokok labu
Satu lagi penjalaran dari pokok yang sama tetapi pada arah yang berlainan
Alhamdulillah akhir-akhir ini nampaknya makin banyak bunga muncul dan berkembang, juga semakin bepasangan- ada bunga jantan dan betina.
Bunga Jantan
Dua bunga betina setakat ini, tetapi sekarang sukar nak dipastikan samada masih lagi bunga betina atau telah membentuk buah. Pagi ini bunga2 ini kelihatannya tidak mekar lagi, mungkin telah 'tersenyawa'..
bunga betina pertama
bunga betina kedua
Harapnya dalam banyak2 bunga yang keluar, akan adalah bunga2 yang bertuah dan berhasil, inshaallah.
Klik pautan untuk - panduan cara menanam tembikai
tembikai kuning ke?
ReplyDeletetembikai merah yang biasa tuh la..tmebikai kuning takder kat sini
Deletekenapa buah digambar pertama tu ada cop macam simbol jerman, hehehe..
ReplyDelete(mood nak mengusik ummi ni)
ntah la kak..rsnyer mungkin taik serangga kot..heheh..hari ini dah takde lak..
Deletetu dia..bunga dh kuar :) hrap dptla tembikai sebijik nnt.amin :)
ReplyDeleteinshaallah..tp takleh berharap sgt kan..nanti takdek..sedih pulak
Delete