Monday, 21 October 2013

MonsterChef & Cubaan Memasak 20 Jenis Masakan Berasaskan Daging

Monsterchef adalah chef yang cabut pumyalah, yang main hentam jer ikut suka ..bukannya terer masak pun..cuma sejak jadi surirumahtangga, bendul,tiang..nie barulah mula belajar memasak..tuhkan bila dah takder orang disisi nak ajar..maka belajarlah dengan che tenet...tuhpun belum tentu menjadi mahupun sedap..bergantung pada nasib..huhuh

Since monsterchef nie ade berkilo2 daging dalam freezer..maka terpikirlah dia yang inilah peluang tuk belajar memasak daging dengan pelbagai resepi..asyik dok masak daging goreng kunyit, sup tulang, singgang..tuh jer yang dah monster, lagi satu masak megi letak daging..hampeh kan..so kenalah cuba2 resepi lain gak kan..

Target monsterchef nak cuba masak 20 jenis masakan yang berlainan jenis, inshaallah..bukan hari2 tau..mungkin 3 kali seminggu maksima..monsterchef pun takut NAIK DARE jugak...hihih

So inilah Cubaan Masak Daging No.1 monsterchef - Blackpepper Steak, sebagai dinner untuk santapan western night kitoranglah kunun2..


Steak nie monsterchef cuba masak guna 2 resepi berlainan, nak tengok result mana yang lebih sedap..1 guna JamieOliver nyer style..1 lagi yg common lah gudik2 gugel, rata2 guna resepi nie..guna perapan pelbagai sos. So verdict nya..yg guna perapan tuh lagi sedap..yg Jamie tuh tak perap, cuma sapukan bahan2 direct atas daging..sos pula cara yang senang sekali tuk orang malas..guna baki sos perapan tuh masak jerlah ngan butter, air,susu, gandum dsbnya hingga besstt..so monsterchef ingat next time daging steak yang dok ade lagi tuh nak masak guna cara perapan jerlah..malas dah nak gugel2..janji  ade unsur lazzatun sudah!

Cubaan No.2 - Hati Masak Berempah


Dalam demam2 ari sabtu tu sempat lagi..hehe...Hati lembu bukanlah feberet monsterchef, tak seperti hati ayam..biasa masak goreng kunyit ngan kacang jer..tetapi since nak try lain macam sikit, tiru cam Kak Hanieliza nyer resepi..monsterchef sendiri tak makan sebab takder selera demam,cuma big boss yg makan..katanya lazzatun jugak..:)

Cubaan No.3 - Sup Tulang


Sup tulang nie actually feberet monsterchef dan dah banyak kali masak..so tak perlulah rujuk mana2 resepi sebab memang dah lekat dah dalam kepala resepi mana yang menghasilkan sup tulang yang lazzatun..heheh. Kemain lagi monsterchef taruk daun ketumbar,bukan sebagai hiasan tetapi penambah rasa..so biarkan saja wpun nampak bersepah..huhuhu.


Next menu apa plak nie..hmmmm asyik2 nak  makan goreng kunyit jer rasanya..

Sunday, 20 October 2013

Sleepless Mom Tumbang Jua Akhirnya

Perkara yang paling ditakuti ditimpa sewaktu ada baby kecik akhirnya terjadi jua..dengan tidak mendapat tidur dan rest yang cukup, akhirnya mesin pun buat onarlah..tumbang jua akhirnya.

Dari semalam dengan rasa tak sedap badan ngan angin, seram sejuk serta selera makan tetiba hilang menandakan nak demamlah tuh..akhirnya terkena jua since the last time masa alahan awal2 peknenkan Arissa. Susah kan bila mak terkena demam dengan adanya baby kecik nie..nak jaga diri lagi, nak jaga baby lagi..badan lemah pun kena gak dokong baby daripada dok nangis..

Alhamdulillah taklah teruk sangat..masih lagi mampu gagahkan diri tuk masak for dorang nie..serta menguruskan Mem Kecik...sib baik hari minggu, Abuaidan ade kat umah..kalau tak larat nak handle ..dia take over...tuh pun banyak kerja cleaning compund yang dia kena setelkan weekend nie sebab ade campaign..so sampah2 besar cam dahan2 pokok bolehlah longgok kat depan umah..

Inilah akibatnya kan bila kita tidak mendapat rehat yang cukup untuk tempoh yang panjang..akhirnya badan yang paksa kita cuti untuk rest...

Hisshh..nak tulis entry nie pun rasa lemah tangan nak tekan keyboard..:)

Saturday, 19 October 2013

Kecik-kecik Lagi Sibendi Nie Dah Berbuah

Bila beberapa hari tidak turun kegarden for inspection biasanya akan ade sesuatu yang surprise kan tukang kebun..salah satunya bendi nie.


Baru terperasan yang ade beberapa pokok yang ditanam sewaktu dengannya telah mula berbuah..terkejut jugak sebab  belum pun sampai 2 bulan usia..namun Alhamdulillah.


Banyak jugak buah dalam satu pokok..buahnya adalah sebesar jari manis..bila berbunganya pun tidak kuperasan..huhuh

 Pokok lain yang sewaktu dengannya jugak mula berbuah..kelihatan masih kecil lagi tuh..ketinggiannya kalau diukur masih lagi dibawah paras lutut nie..

Pokok-pokok bendi yang ditanam..inshaallah lepas nie dah takyah beli kat pasar dah bila nak makanbendi..:)

Friday, 18 October 2013

Nak Buat Inilah Yang Sebenarnya...

Bila sebut pasal coleslaw korang mesti tak herannya kan..bila terasa nak makan boleh jer beli kat KFC..tak pun makan kat western food nyer restauran..mesti sangat sedap kan..

Somehow kalau ade kerajinan nak cuba sendiri kat umah tuh memanglah satu langkah yang sesangatlah bijak..kerana tak susah sebenarnya nak buat KFC like coleslaw nie..tak sampai 10 minit pun boleh siap..janji ade cukup  bahan.

OK yang kerjanya dok buat mayonis hari tuh (citer ade kat sini) adalah sebabnya nak buat benda alah nie lah hajatnya..


Bahan basic yang mudah sangat kobis dari kebun, mayonis buat sendiri..carrot ngan bawang jer beli..:).


Kobis dan carrot yang diparut..nisbahnya ikut suka..yang saya buat 1 bahagian carrot, 4 bahagian kobis. Senang jer, masukkan semua dalam bekas, masukkan mayonis, susu  segar sikit, gula, garam, serbuk black pepper, gula..gaul semua, pastuh trylah sikit nak tahu masam atau manis pada awalnya tu..simpan dalam peti ais kurang2 10 jam..tapi memang tak sabar nak rasa..heheh ..coleslaw ready bila dah macam berair gitu campurannya dan sayurnya pun lembut.


Inilah hasilnya lepas 12jam..hiii sedap dan fresh cam yang Kefcinyer..Kefci pun kadang2 rasa kobis dia agak keras sikit..kalau buat sendiri memang puas ati..boleh makan sepuas atinya dengan masakan western atau begitu sahaja..tak payah susah2 pakai baju, start keta..beratur kat kefci lah bagi peminat tegar coleslaw.

Hmmm kalau mana2 surirumah yang peminat tegar kefci coleslaw yang belum pernah cuba buat nie, baik cuba buat cepat2..kalau tidak nyesal sumur idup..hikhikhik..

Guna resepi nie lah tuk buat coleslaw yang mebeles nie (sumber sudah lupa daa..webpage matsaleh mana tah..)

Bahan-bahan:
1/2 cawan mayonis
1/3 gula
1/4 susu segar
2 1/2 sb lemon jus
1 1/2 white vinegar
1/2 st garam
1/8 st pepper
8 cawan kobis
1 medium carrot
bawang tuh sehiris 2 jerr

- Gaul semua bahan2, kemudian biarkan dalam peti ais selama skurang2nya 10 jam..pastuh baru leh makan..nak cilok sikit2 pun boleh sblm masanya..:)

Thursday, 17 October 2013

Cerita Raya Korban

Semalam alhamdulillah barulah kami merayakan Hari Raya Aidhuladha..dengan solat raya dan ibadah korban lah..kunjung mengunjungi dihari raya ini tidak menjadi amalan disini..so jgn wat muka tak malu gie umah orang. 

Malam raya kami kurang ceria sedikit kerana sibujang kecik diserang muntah..tah apa penyebabnya..dari malam hinggalah pagi berulang muntah hingga habes semua isi perut dan lembik jadinya, satu makanan mahupun air takleh masuk dalam perut, keluar balik..risau kami dibuatnya. Selepas solat raya barulah siayah bawak anaknya keklinik..kena 1 suntikan, alhamdulillah bertambah baik, cuma tak selera makan jerlah.

Paginya untuk mengambil mood raya..sempat lagi masak nasi dagang,


Kerana takder beras nasik dagang, buat versi nasi dagang Terengganu - beras pulut campur beras biasa..sedap macam nasi dagang biasa jugak. Ini pun kira balas dendamlah sebab raya puasa yang lepas takleh makan kerana belum lepas pantang.

Lepas setel Aidan, hampir tengahari barulah Abuaidan pergi ketempat korban yang jauhnya 30min memandu. Lama tul tunggu dia balik, kul 3.30ptg baru sampai umah dengan daging. Inilah semua daging kambing yang telah dipotong namun belum diagihkan lagi,


Kerja2 pembahagian daging Abuaidanlah yang membuatnya..hujan lebat pulak tu masa tuh..alhamdulillah selamat dibahagikan kepada penerima2 yang sepatutnya.

Selain dari daging kambing tu, dia pun ada gak buat balik daging lembu korban dalam guni yang orang bagi..senyum sampai telinga bini dier melihatkannya..alhamdulillah rezki sungguh! Murah hati betul pemberinya, siap dengan segala bahagian daging, tulang, organ serta rusuk pun ade...banyak plak tu.

Dalam hujan2 lebat tuh pun, rezki mencurah datang lagi..daripada rakan taulan yg dekat..


Sebahagian daging lembu yang dierima..rasanya lebih 10 kilo. Kemudian kerja2 memotong dibuat bergilir2, maklumlah kena jaga mem kecik pun jugak at the same time. Bila dah siap2 potong dan bahagi dalam bentuk parcel nanti senang sikit nak simpan dan amek dalam freezer nanti.

Lepas isyak, baru hampir siap setel..anak2 pun nak kena tidurkan..badan pun dah mula bau daging..yang pentingnya perut pun dah mula lapar, siap tidurkan mem kecik, maka berdinnerlah ala western gitu, 


Nie yang tengah perap..rusuk kambing grill tuh haa. Gambar yang dah siap tak sempat amek sebab terlalu letih dan lapar.

Bila dah hampir siap tuh, tiba2 ade orang panggil dari luar..ooo ade kawan datang hantar daging lagi..alhamdulillah. Yang bestnya siap ade ekor lembu lagi tuh yang diberi, seluruh bahagian ekor..hiii leh buat sup ekor nanti..

Pastuh Abuaidanlah yang meneruskan kerja2 buat mince meat dalam 4kg jugak..dah hampir nak siap tuh,tiba2 blackout lak..huhuhu..tergendala kerja..akhirnya cuci dan simpan semua daging..mandi, solat isyak dan tidur. Perrggghh penat gilerr...sib baik Arissa tak bangun kerap tuk susu..


Penuh bahagian freezer ngan daging, (cuma 10% jer benda2 lain)..sib baik muat2 jer..dah takleh sumbat haper dah nie, (kalau isi dalam kontainer lagilah tak muat)..alhamdulillah lengkap ngan segala macam daging, tulang, ekor, organ, rusuk bagai. Jadi kami berkira-kira lepas nie every week boleh wat western style dinner, nak masak steak ker, grill ker, BBQ ker alhamdulillah stok ade..

Cuma risau jugak takut terjadi seperti tahun2 yang lepas bila berlakunya bencana alam seperti banjir atau taufan..macam manalah nasib daging nie. ..kenalah carik jalan tuk menghabiskannya dalam masa singkat...

Nuffnang Ads