Hari ini masih lagi sibuk ngan urusan anak2 yang dikebun...beberapa hari ditinggalkan banyaklah kerja yang menanti, tambah2 pulak sebelah petangnya hujan. Sakit mata melihat rumput rumpai yang menebal namun digagahkah jugak merumput walapun terpaksa mencangkung duduk bangun...
Lihatlah betapa bersemaknya... Aidan tolong merumpat sambil cakap "I remove like a goat.."...heheh
First thing yang diperiksa masa sampai kat umah hari tu adalah anak2 dikebunlah walaupun belum masuk rumah lagi..hehehe...alhamdulillah, Allah adalah sebaik2 Pemelihara yang dilangit dan dibumi..lihatlah perkembangan mereka2 ini setelah ditingglkan...
Anak2 semaian semuanya telah membesar dengan sehatnya malah dah pun ready untuk dialihkan...tuh yang sebuk dan letih sangat pepagi nie...
Sawi putih alhamdulillah dahpun masuk sekolah menengah, namun nak sunting tuh tak boleh lagi..kena tunggu kurang-kurangnya seminggu lagi..:)
Cik2 bayam yang muda remaja, sehat2 kerana hujan..telah pun sedia untuk disunting dan dah sunting dan dimasak dah pun..:)
Ulam raja pulak dikhuatiri wrong location kerana tempat mereka didominasi oleh pokok melon..kena alihkan ketempat lain jawabnya nie...
Pokok keledek..masih awal untuk berisi tu.sapa berminat nak buat sayur daunnya bolehlah datang amek yer..hehehe
Petola - memanjat, berbunga dan berbuah. Namun dek kerana hujan yang kerap buahnya tidak berapa menjadi sangat...kena tunggu cuaca panas sikit kalau nak berhasil pun...
Encik2 jagung... alhamdulillah telah pun berbuah kesemuanya..dalam sebulan lagi inshaallah dapatlah merasa hasilnya..kalau nak buat sayur pun ade yang muda jgk tuh...
Tuaian setelah balik...sebelum pergi kutip bendi, balik pun bendi jugak...tapi yang kali nie lebih sehat...sebiji petola dari pokok yang lama, petola ayut...masak apa yer kali nie..ulam cicah budu pun sedap kan...
Kepenatan dan mengantuk lak nak habiskan entri nie...nak kena masak lunch plak nie...masak apa yer...hmmmm, chop suey lah yg paling mudah...