Wednesday, 23 January 2013

Ada Apa diKampung Mereka..

Setelah memasuki beberapa kampung mengikut En. Abuaidan dengan misinya, dapatlah melihat dengan lebih jelas gambaran kampung mereka ini yang terletak lebih kepedalaman tanpa sistem jalanraya yang baik. So mengabadikanlah sedikit akan pemandangan2 biasa dikampung mereka ini..

Cerita sambil bergambar lebih mudah kan..

Kampung yang dekat dengan pantai diatas bukit.. kena naik bukit yang agak tinggi dengan kereta..risau takut kereta tak dpt naik sebab jalan memang tidak sesuai untuk kereta biasa..4 wheel drive sesuailah..

Pemandangan dari atas bukit..yang lebih detail di paparkan didalam entry terdahulu..

Perkampungan yang dikelilingi bukit bukau..tenang sahaja pemandangannya.

Banyak penduduk kampung yang memelihara horshey2 (panggilan aidan untuk kuda)

Pemandangan begini mengingatkan tuan blog akan perkampungan di kawasan pergunungan di utara Indonesia..

Ayam2 kampung

 Itik2...(tapi...sampai hari ini cari telur itik nak buat telur masin tak jumpa)

Kambing diternak secara besar-besaran..

Lembu2 juga banyak diternak memandangkan kawasan ragut yang subur dan luas..bila nampak lembu dari dekat Aidan cakap "don't take me to cow, cow will bite me'.. kalau takder nak sangat dia tengok..

Tali air seperti yang biasa ditanahair..

Pemandangan ketika senja, hampir maghrib daa waktu nie..


Disebuah kampung yang lain pula, walaupun pemandangan tetap cantik..namun yang tak cantiknya ade anjing garang dok nunggu, tak boleh kuar keta..tunggu dlm keta hingga misi selesai..hehe


Ini sahaja yang mampu dirakam ketika didalam keta...

Perjalanan balik kerumah ketika langit sudah hampir merah kekuingan...



Tuesday, 22 January 2013

[Our Garden] Cerita Ketumbar dan Katak

Walaupun sekarang nie cuaca tersangatlah panas untuk percambahan tanaman, namun semangat bertanam tidaklah pudar begitu sahaja. Masih memikirkan alternatif yang dapat membantu. Memandangkan sudah lama tidak bertanam ketumbar dan stok dari kebun pun sudah kehabisan, dipikir2kanlah cara terbaik untuk percambahan mereka ini. 

Kotak untuk penanaman dibersihkan dan ditabur dengan benih ketumbar dan disiram air sekucupnya.

Ditutup pula dengan green shade agar cahaya panas terik dapat dielakkan sekurang2nya 50%..so adalah kelembapan yg dapat dikekalkan.

 Esoknya bila dibuka terdapat pasangan bahagia yang mula mendiami kotak nie.. nak cool kan badan mereka kot..Bersabar jer dulu..

Lps beberapa hari ketumbar dah banyak yang bercambah..katak pun semakin ramai yang berkampung untuk dapat  free aircon kat sini..tanah digali2 mereka buat lubang.. mmg cukup mengganggu benih2 ketumbar yang dah bercambah.


 Geram jugak dengan mereka ni. Nak coolkan badan yer..? Nah rasakan free shower,do u feel  cooler now or want some more? ..

Enough is enough, tak larat dok menyiram hari2 dan yang menikmati kenyamannya adalah sang katak, sedangkan ketumbar yang ditabur pun tertanggu..bagi pun bukak the green shade..biarkan jer begitu, open ditengah2 panas..bagi jer tempat nie ntuk mereka for free..duduk boleh, tapi air kena taruk sendirilah che2 katak yer...

 Terpaksalah guna plan lain..tanam dalam kontainer... letak ditempat yang lebih redup..

 Disungkupkan dengan rumput2 kering dan disiram kurang2 2 kali sehari agar sentiasa lembap tanahnya...

Semoga tumbuhlah hendaknya..kalau tak kena guna plan no.3 pulak...huhuhu



Monday, 21 January 2013

[Dibumi Yang Dipijak] Beautiful View of RaviRavi Seaside

Alhamdulillah baru balik dari kunjungan kesebuah perkampungan yang terletak berhampiran dengan laut. Nama tempat nie RaviRavi. Sebenarnya niat kami kesini untuk menyampaikan pemberian a brother in islam untuk keluarga mangsa taufan kat sini. Terpesong pulak sedikit melihatkan keindahan pemdangan tepi laut tempat dimana rumah penghuninya teruk dilanda taufan. Tidak dinafikan kerana kawasan ini adalah diatas bukit dan lebih terbuka, jadi serangan taufan pun lebih kuat.

Somehow sambil mendoakan agar kehidupan mereka semakin pulih, kita nikmati pemandangan indah yang mereka miliki dalam kesempitan hidup.., kita yang hidup lebih senang pun tidak dapat menikmati pemdangan setenang ini setiap waktu...

Barangkali lebih hampir dengan muara sebelah nie..

Indahnya pemandangan, namun perhatikan ada rumah kelihatan seperti rangka dimana telah lenyap dilanda taufan, kini didirikan kembali..

Aktiviti2 nelayan kelihatannya..

Ketenangan diwaktu petang..

Hari semakin senja..

Kami pun beransur untuk menuju kedua buah rumah lagi ditempat yang berlainan..kelihatan seperti ada air mata bergelinangan dikelopak mata milik ibu yang mendiami rumah ini sewaktu mengucapkan 'khuda hafiz'...
..... semoga Allah tetap memelihara mereka..

p/s ; oklah goodnite semua..waktu entry nie ditulis kul 8.30pm kat sini..beza masa kita adlh 4 hrs..esok2 yer balas komen..inshaallah..

Tanaman Yang Mampu Mengubah Persekitaran Kediaman

Dipetik dari Harian Metro, namun di tambahkan gambar untuk mendapat lebih gambaran..

Tanaman hiasan bukan sekadar mampu mengindahkan suasana kediaman malah boleh dimanfaatkan bagi mewujudkan persekitaran segar.

Tanaman juga bertindak sebagai penyelamat dan menghindari pencemaran di ruang atau taman anda. 
Kajian United State Environmental Protection Agency (US EPA) mendapati tahap pencemaran udara dalam ruang bumi adalah dua hingga lima kali lebih tinggi berbanding pencemaran udara di luar ruang. 

Hakikatnya pencemar udara seperti formaldehid sukar dikesan kerana terlalu berseni, tidak berwarna dan pengeluarannya berterusan pada tahap rendah, kadang kala mengambil masa bertahun-tahun. Antara bahagian tanaman yang menyerap racun adalah daun dan akar.

Berikut tujuh tanaman yang mampu mengubah persekitaran kediaman anda: 

1. Yellow palm atau chrysalidocarpus lutescens. 

•Tanaman yang mempunyai pelepah panjang dan batang beruas.
•Mempunyai ketinggian antara satu hingga enam meter.
•Perlu berada di tempat lembap supaya tidak mudah terjejas tumbesarannya.

2. Bamboo Palm
•Memerlukan cahaya terang untuk tumbuh subur.
•Sesuai di kawasan lembap dan tidak perlu kerap disiram.
•Berfungsi menyedut pencemaran.

3. Rubber Plant
rubber.jpg

•Dikenali sebagai ficus robusta dan menyerap formaldehid serta menghasilkan oksigen.
•Sesuaiberada di kawasan yang redup tetapi mempunyaicahayamatahari.

4. Rhapisexcelsa atau lady palm

•Antaratanaman yang tahan lasak dan sesuai untukpelbagai jenis cuaca.
•Mudah dijaga tetapipertumbuhannya sedikit perlahan.

5. Dracaena Deremensis

•Antara tanaman yang mudah dijaga dan memerlukan cahaya terang untuk tumbuh subur.

6. Peace Lily

Peace Lily - Click to enlarge picture.

•Amat sesuai untukmembersihkan udarapersekitaran.
•Antara tanaman yang mampu menyerap formaldehid.
•Memerlukan kelembapan tinggi untuk hidup subur.

7. Pakis Boston

•Berperanan menyerap formaldehid.

P/S : Rasanya cuma ada yang pertama sahaja dirumah ini. Yang lain tuh mana nak cari yer kat sini..^-^

Sunday, 20 January 2013

[Our Garden] Yang Subur dan Banyak Anak..

Siapa sangka dinegara yang penduduknya tidak pernah mengenal mahupun mengetahui keistimewaan daun dari pokok ini, pokok pandan dapat hidup subur seperti dinegara asal ianya dibawa masuk iaitu bumi Melayu. Asalnya dibawa masuk oleh kakitangan kedutaan Malaysia disini dan juga diberi kepada rakyat Malaysia yang duduk dinegara 'jin bertendang' ini. 

Asalnya cumalah 2 pokok kecil yang ditanam berasingan,  namun telah berkembang menjadi lebih banyak pesat lagi dengan anak2 yang baru tumbuh. 


Didua tempat yang berbeza, namun kesuburannya tetap sama. Walhal tukang kebun bukanlah rajin menyiram pun, harapkan air hujan sahajah mereka ini. Pertumbuhan mengatasi penggunaan, almaklum sahajalah bukanlah super rajin nak buat kuih manjang..nasi lemak pun sekali sebulan. So hiduplan mereka ini dengan sedikit sahaja ancaman kena potong. 


Begitu juga dengan pokok kunyit. Masa belum ade memang tak sabar2 nak tanam, nak jugak ade kat laman..namun bila  dah ade, banyak pulak tuh..tak juga digunakan seberiya mana pun...


Pokok yang asal ditanam tidak sebanyak nie, cuma bila disemai tuh, 1 tempat tumbuhlah 1 atau 2 pokok. Tak lama kemudian pokok lupus atau dormant, isi tidak digali keluar dibiarkan sahaja didalam tanah. Namun Alhamdulillah sejak beberapa bulan kebelakangan nie, nampak mereka mula berkembang biak dengan suburnya.  

Selalu teringin nak letak dalam gulai kuninglah,buat rendanglah, namun masalahnya adalah malas nak kuar korek isi musim panas2 begini. Mungkin suatu hari nanti kalau ade kerajinan boleh usahakan buat serbuk kunyit plak kan..jimat duit takyah beli serbuk lagi..

Nuffnang Ads