Saturday, 4 January 2014

Semuanya Terbantut Kerana Serai..

Adakah duit dapat membeli segalanya..? Of course lah semua orang tahu jawapannya 'NO'..kann?

Salah satu sebabnya tak boleh beli ngan duit kerana benda yang kita nak tuh takder dijual..dan jalan untuk mendapatkan apa yg kita nak tuh cuma samada mintak ngan orang yang ade ataupun cuba adakan sendiri jerlah kat tempat kita kan...

Ok..samalah cam kes aku nie..serai sebetulnya ade kat sini...tetapi bukanlah item yang dijual dipasar2 mahupun supermarket..macam limited itemlah nie.. namun gitu hanya sedikit sahaja ditanam oleh orang2 yang berminat untuk menanamnya..sebabnya?

Mereka tak gunakan serai dalam masakan ..mereka gunakan cuma sebagai perubatan tradisional seperti merawat demam dan sewaktu dengannya..dan..mereka bukannya gunakan batang seperti kita..mereka amek daun untuk direbus dan dapatkan air rebusan tuh...(blh baca cerita konflik pasai serai nie kat sini..)

Cuma rasanya aku sorang jer + mereka yg dok kat embassy tahu gunakan serai nie tuk masak..Al maklumlah masakan melayu memang banyak gunakan serai untuk menu yang specialnya...

So learnt from previous lesson..kami pun tanam serai kat laman..yang generasi pertama tuh membiak berumpun2..tak berhabisan nak tuai..gunanya pun bukanlah selalu kan..hinggalah beralih tempat sebab En.AAA kata dia nak reserve tempat tuh tuk projek lain..

Bila beralih tempat..jadi tak segemuk mana..tambah2 tempat agak terlindung ..maka tak terjagalah..last2 terperasan yg mereka tuh hampir pupus..aku cuba selamatkan dengan tanam kat tempat yg lebih baik..namun nampak tak menjadi..alih lagi..dan inilah yang tinggalnya..

Berbulan dah..tapi tak beranak pinak jugak...mcm mana nak beranak kurus jer badannya

 Yang nie plak yg aku tanam asalnya kat tempat lain..dek kerana terlindung cahaya matahari sebab kena blok  ngan ulam raja..akhirnya tak jugak berkembang-kembang..

Haruslah aku risau jika tak ade stok serai kan...camaner aku nak buat satay nanti? kuah kacang..? tomyam..? Jadik aku pun ngan muka tak malu mintak kepada orang yang ade dilamannya..dapatlah beberapa pokok tuk dimakan & ditanam..

Namun En.AAA tidak lagi percaya akan keupayaan aku menanam serai nie..bila aku nak tanam dia mula bising..katanya yg nie dia biar dia yg tanam & jaga..so taknak gaduh2 aku pun biarkan jerlah dia tanam..nampak bagus jugak perkembangannya walaupun baru berusia sebulan..eloklah dari yg aku tanam tuh..

Nampak gayanya semua serai2 belum ready untuk dituai..jadi terpaksalah aku menahan keinginan tuk memasak rendang mahupun Thai green curry mahupun kuah kacang..melihatkan kepada pokok tuh haruslah tunggu setidak-tidaknya 3 bulan lagi tuh...haaiii kempunanlah nak makan Thai Green Curry gini gayanya...

Friday, 3 January 2014

Apam Gula Hangus & Kepanasan..

Dah lama sebenarnya aku berangan2 nak buat apam gula hangus. Seingat aku tak ingat pernah makan ker tak masa kat bumi tercinta dulu.. tp mmg bukan my febret, cuma bila terbaca kat blog orang lain katanya sedap apam gula  hangus nie..aku pun jadik teringin jugak nak mencubanya..


Tak tahulah macam nie ker ghupanya apam tuh..acuan aku takder ..so potong cam kek biasalah. Tapi dari segi taste memang sedap wpun En.AAA pada mulanya cakap apa ker rasanya cam tepung gini..tengok2 beberapa ketul jugak dihabeskannya bersama teh kosong..sedap lah tuh kan tandanya...heheh

Beberapa hari nie cuaca teramatlah panas kat sini dengan hujan yang sudah tidak turun seperti dahulu lagi..kalau turun pun cuma sekejap jer..malam2 pun terpaksa tido ngan kipas yg laju gitu..cuma pagi jer terasa sejuk sikit..

Cam anak dara kecik nie pun cepat betul berpeluh..panas sikit jer dah berpeluh2 kat kepala..nak selesa bagi dia dok move around bawah kipas...pakai diaper jer, takyah seluar-seluar....hehe


Anak dara kecik yang semakin aktif sekarang..sedang belajar menguatkan otot2 tangan & kaki tuk merangkak plak..skrang kami terpaksa buang katil buat sementara takut terjatuh kang budak nie dari katil tak pasal2 nyesal lak..

Oklah aku nak tutup komputer, solat isyak pastuh tidur..hisshhh panas-panas gini mmg susah nak lena...turunkanlah hujan Ya Allah...:)

Rahsia Baking Tanpa Oven

Bayangkan bagaimana kita boleh memasak makanan yg perlu dibakar menggunakan oven tanpa oven..

Wholemeal bread yang dibuat tanpa oven..

Cookies pun dimasak tanpa menggunakan oven..

Crackers ala2 biskut tawar yang dibakar tanpa oven..

Muffins?

Kek cokelat (abaikan rupa tak siap bhg atas nak letak garnishing..

Bakar kebab pun.?

Malah memanggang daging dengan hasil yang sangat baik sekali tanpa oven..

Biskut raya pun jugak..?

What about pizza..?

Ya ..memang betul semuanya dimasak tanpa menggunakan oven..En.AAA kata tak berbaloi beli ovennak guna dalam tempoh singkat susah nak angkut..

Apakah rahsianya?
Yang pasti bukan pemanggang ajaib..

 Inilah dia...dengan frying pan sahaja..hinsshh

Bila hendak membakar lapikkan dengan tungku besi agar tidak cepat terbakar dibahagian bawah..

Sebenarnya fungsi frying pan nie hanyalah kuali elektrik yang boleh digunakan untuk menggoreng dengan minyak ataupun untuk memasak nasi pun boleh jugak. Sangat convenience sebab boleh dibawa kemana2 dengan saiznya yg tak gedabak dan ringan sahaja..kalau pergi bercuti pun boleh bawa tuk aktiviti2 memasak yang boleh menggunakan elektrik..mudah jer , kapasiti pun besar..

Actually bukan aku  nak promo produk nie cuma nak kongsikan alternatif bagi sesiapa yang takder oven yg teringin nak membakar cam tuan tanah nie.. boleh jer guna benda nie cuma tak sehebat the real ovenlah yg boleh muat banyak. Sebetulnya kuali letrik nie dah ade kat umah nie berzaman dah..tak beli pun..gasakjerlah..hehe

Thursday, 2 January 2014

Azam Tahun Baru Yang Pertama Dilaksanakan

Jangan korang tak percaya dalam masa sehari selepas masuk tahun baru pun azam tetap boleh dilaksanakan..heheh..tapi kena tengok azamlah realistik ker idak..

Actually aku eh aku?? dah lama bercita-cita nak laksanakan nie...dari tahun lepas lagi..so bila masuk tahun baru barulah ade keberanian untuk mula implement kannya..harap2 korang jangan tergezut dan boleh terima yer sedikit perubahan..

Alaa perubahan dalam blog jer...

Bermula tahun baru nie yang pertamanya nak tukar nama dari Ummuaidan kepada UmmuAidan-Arissa ataupun short form nyer UAA..sikit lagi nak sama ngan UAI. Lagipun korang jugak yang sesuka tambah Arissa tuh kan...btul tak Atie..heheh..tapi kalau beranak sorang lagi kot lepas nie nak kena tukar lagi ker? hmmmm..

And En.Abuaidan pun akan bertukar menjadi En.Abuaidan-Arissa ataupun En.AAA..amacam ok tak?

Dan kalau korang perasaan penggunaan kata diri sudah berubah..bolehlah yer guna AKU..baru santai & tak formal sket kan..dah lama dah teringin nak ubah tapi takut macam kasar jer bunyinyer...namun walau apupun ianya tidak mengubah apa2 okay..UAA tetap UAA yang sama..cuma dah bertambah tua  masuk tahun baru..hikhikhik..

Semoga korang tetap setia ngan catatanku ini sehinggalah setidak-tidaknya sampai penghujung tahun nie..mungkin cerita akan sampai klimaks kot kan..heheh..apepun stay tune..:)

Azam tahun baru yang lain..?? packing..packing...heheh

Nuffnang Ads