Pagi nie turun kelaman belakang untuk memetik cili dibuat teman dengan meehon..dari banyak2 pokok cili pelbagai jenis yang ditanam..ini sahaja yang mampu dituai..
Cili besar panjang (kulai) pun kelihatan semakin kecil dan kurus ..hasil pun tidak banyak dipokok..tidak seperti sebelum ini yang agak abundant..begitu juga cili2 lain..very little..
Pokok cili kulai yang dulunya lebat berbuah kini susah nak tengok buah bergayutan..berbunga namun buah tidak menjadi sangat..
Pokok cili burung dari Malaysia yang begitu kekeringan dan semakin tidak mengeluarkan hasil..faktor usia pun yer jugak agaknya..faktor tukang kebun malas siram pun yer jugak..
Musim sejuk berlalu..kini musim kering pulak..sementara datangnya musim panas... matahari naik seawal kul 6.00am..by 7.00am cuaca sudah pun panas...anak bujang kecik kena kurung takleh main kat luar..tuh pun dah makin hangus kulit asyik main dilaman jer..
Menanam tuh boleh menanam cuma agak mencabar di musim kering begini...
Percubaan tukang kebun baru tuk tanam kangkung..kangkung yang disemai, rumput & bayam pasir yang tumbuh..agaknya memang susah untuk kangkung bercambah dimusim kering walaupun tanah sentiasa disiram lembap..
Batas yang diluar matahari terik..cuba menanam kacang tanah, roselle dan ulam raja..nampaknya sukar nak tumbuh jugak.
Kalau nak menanam jugak, alternatifnya kena buat semaian dalam bekas,
Macam kailan nieboleh bercambah..syarat kena pastikan disiram dengan secukupnya dan diletakkan ditempat yang tak mendapat full sun.
Tanaman2 yang sedang membesar takder masalah sangat..janji banyakkan menyiram inshaallah boleh hidup subur..
Disebabkan dry season jugak, harga2 sayuran dimarket menjadi lebih mahal..macam sekarang sayuran hijau dan kacang panjang pun susah nak dapat..kalau ade pun memang sangat mahal..jadi survive dengan apa yang ade dikebun sahaja buat masa nie..inshaallah.