Pernah dengar nama pokok semunggai, remunggai, gemunggal, munggai ataupun kacagn kelor?
Tidak pastilah samada ianya pokok yang biasa dilihat di Malaysia atau tidak sebab tuan blog sememangnyer tak pernah tahu tentang pokok ini sebenarnya sebelum nie.
Berasal dari India, kini boleh didapati dipelbagai negara diseluruh dunia seperti Asia, Afrika dan sebagainya. Kini pokok ni dikatakan 'superfood' kerana kepelbagaian nutrient yang terkandung didalamnya. Namun tidak ramai yang tahu tentang khasiat daripada pokok nie.
Keselurahan dari pokok ini mengandungi protein yang tinggi, asid amino, pelbagai vitamin dan mineral serta anti-oxidant untuk melawan penyakit. Berpotensi untuk meningkatkan kesihatan dan menghapuskan kelaparan diseluruh dunia..(source)
Daunnya yang banyak digunakan didalam masakan samada dimasak sendirian atau bersama-sama dengan makanan lain. Ada yang memasaknya bersama dengan kuah dhal, ade yang memasaknya sebagai sayur air dan sebagainya. Rasa daun nie agak biasa sahaja tak ade lah strong taste yang nak membezakan ngan sayur lain..tapi sedaplah jugak kalau letak dalam dhal tuh.
Buahnya pun juga digunakan didalam masakan. Boleh digoreng begitu sahaja ataupun masukkan didalam kuah dhal juga dapat menambahkan rasa. Sedap jugak rasanya macam lemak2 gitu.
Pokok nie boleh membiak melalu biji benih ataupun keratan batang. Mudah tumbuh dan cepat sangat membesar menjadi rimbunan.
Kalau kat Fiji nie kebanyakkan laman rumah samada Indian atau Fijian diorang tanam pokok nie. Di laman kami pun ade cuma jarang sangat guna sebab tukang masak malas nak uruskan daunnya yang kena cabut satu persatu dari tangkai...

