Lately dah menjadi kebiasaan pulak kena berehat dan tido waktu waktu dalam kul 9am, lps setel sikit kerja2 umah, tengok2 kebun, bagi makan Si Aidan dsbnya...most of the time tak boleh settle semua kerja rumah cepat seperti dulu, 1 hari cuma limited 1 atau 2 major joblah kan..huhuh..sebab terlebih buat mmg tersangatlah penat. Rumah bersepah sikit pun biarkanlah janji dpt cukup rest...Abuaidan pun sesangatlah paham..buat mana yang terdaya..kerja kebun petang dia balik dari kerja, beriadahlah dua beranak tu sampai almost maghrib baru brenti...
Semalam dia dah bersihkan hampir semua sections yang berserabut, so nampaklah rupa kebun sikit. Dan melihatkan area tanaman beridentiti malaysia tuh teringat yang mungkin boleh update sket dalam blog pasal mini malay garden..bukan banyak pun..yang basic lah..yg orng sini takder kaitan dengannya..cuma orang melayu sahaja paham...betul tak..hurrmmm...
Area yang sebelah greenhouse, dekat ngan longkang mini garden ini terletak. Nampak pokok lengkuasnya yang unstoppable pembesarannya..?dulu amek dari Embassy sebesar ibu kaki jer, sekarang rs menyemak lak. Ingat mesti tanam kerana nak buat singgang ikan, gulai mahupun lain2 resepi melayu sejati mesti ada lengkuas kan..sekarang hampeh..sebulan sekali pun jarang menggali isinya.
Pokok pandan yang ditanam dari anak, dah beranak pinak pulak. Gunanya banyak time nak buat kuih dan nasi lemak jerr..kalau tak duduklah mrk ini aman2 kat sini tanpa diganggu.. masa first time cuba tanam dulu sebesar inilah yang diberikan oleh staff embassy untuk tanam, namun tak idup. Next year pulak gie diorang nyer open house semata2 nak mintak pokok pandan nak tanam huhuuhu...
Pokok yang lain ditanam dibelakang pokok2 lengkuas, tak dpt full sun pun namun tetap membesar jugak..malah menyiram pun cuma once in a blue moon jer...
Lihat banyak pulak anak2 yang muncul dekat pangkal...nanti makin berimbunlah pokok pandan nie nampaknya..sapa berminat nak anak nie bolehlah inform..heheh
Ini pula kunyit..sebenarnya pokok yang asal ditanam dah besar, kemudian mati kerana tidak dijaga, namun isi tidak dikeluarkan. Semalam bila area nie dibersihkan nampaklah pokok kunyit yang baru lak muncul. Tanam nie pun ingat kalau2 nak guna daun nak buat rendang... isi kunyit pun boleh jgk digunakan dalam perubatan sewaktu anak kecil demam...
Serai yang baru dialihkan beberapa bulan yang lalu..dah semakin membesar..namun biarkan berkembang lagi sebelum diusik..
So itulah sikit sebanyak updates tentang mini malaysia garden in fiji islands nie... Hari raya lepas bila jiran Indon datang berkunjung ada offernya pokok2 nie..namun katanya semua dah ade ditanam..siap curik2 bawa masuk dari indon lagi..hhuuhu....dia lagi advanced....