Saturday, 3 November 2012

From Adelaide With Love

Alhamdulillah semalam sampul yang ditunggu-tunggu telah tiba. Kali ini dari Australia pulak, dari tukang kebun blog Kebun Melayu - Kadazan dan Kebun Bahagia Bersama. Actually giveaway dari tukang kebun  Melay-Kadazan yang bermurah hati nak beri benih2 onion to few bloggers all over the world. Mungkin dah rezeki kami untuk merasa tanaman2 & bunga-bungaan dari negara pacific juga kali ini, alhamdulillah hadiah Diana sempena akan hadirnya  ahli baru dalam keluarga kami, inshaallah.

 Alhamdulillah sampul tiba in good shape, tidak dibuka mahupun disuruh buka.

Benih2 sayur-sayuran dan bunga-bungaan yang akan menambahkan koleksi dan variasi kebun melayu di Fiji ini, heheh.

Thanks a lot Diana atas kemurahan hati, setiap yang diberi walaupun kecil atau besar Allah tetap akan membalas dan gandakan lagi kepada kita atas keikhalasan kita dalam memberi. Teringat dulu masa buat teka carrot masa awal2 blog beroperasi, tak seberapalah sangat yang diberikan kepada kawan2 sebagai hadiah saguhati, namun alhamdulillah sehingga hari ini rezeki dari blog tetap mendatang..syukur kepadaNya yang tak terhingga. Kalau tak ,sampai bilalah duduk menanam dan makan benda yang sama kat sini....

Actually saya pun baru kenal Diana ni kerana masa saya buka blog nie beliau cuti maternity. Kagum dengan blog Melayu-Kadazan yang kelihatan exclusive, segan nak berkawan dengannya..namun Diana yang humbly down to earth mula2 menyapa saya..hmmmm..malu jugak kan..

Jomlah kawan2 berkenalan dengan Diana jika ada kesempatan..sesiapa yang berminat untuk mendapatkan pelbagai benih yang bermutu juga boleh berkunjung ke blog beliau dan order..inshaallah. Beliau tidak menjual untuk mendapatkan keuntungan, namun cukup untuk cover modal dan membantu rakan2 yang minat berkebun untuk merealisasikan impian berkebun mereka, inshaallah. Thanks a lot and All the Best Diana, moga cepat2 disatukan dengan your hensem boys..:)
  

Friday, 2 November 2012

Garden Updates - November'12

Lama dah tak letak perkembangan kebun kat blog, bukan apa sbg future reference. Next time boleh tgk balik perubahan2 didalam pada kebun..satu kepuasan jgk kepada tukang kebun.

Gambar yang diambil hari Rabu baru2 ini, semalam & hari ini tak turun kebun lagi..tah apa dah jadi pn wallahua'lam...

Tengok yang kat luar greenhouse dululah sebab yang kat nie Abuaidan yang habis kerja2 penyelenggaraan dan pembersihan..

 Ini pemandangan kebun diluar greenhouse..untuk tanaman yg lebih tahan panas. Fencing tu dlu buat utk aidan, takut dia main sedap jer menjelajah dalam kebun, tp useless jugak sebab dia tahu masuk ikut mana2 yg ada ruang tambah2 pulak bila kucing tinggal dalam kebun sekarang nie...huhuhu

 Bahagian sebelah tepi greenhouse - kelihatan ada pokok2 bendi, timun batang, jagung

Sebenarnya kat bendi ada tanaman campur2 - timun yang dibiarkan menjalar dibawah, tomato pun ada. Alaa sebagai ujian jer sesuai ker idak sebab tomato kan boleh jd menyemak bila meninggi, pastuh lak mudah patah kalau tak beri sokongan.So cuba tanam dengan bendi ngan jagung agar mereka boleh menumpang ngan jagung & bendi kalau mrk nak. Timun pulak sebab abuaidan kata kat sini mereka biar jer timun menjalar atas tanah. so masa dia bersihkan kat sini membebel jgk sebab susah nak bersihkan rumput. dahtu sapa cakap timun elok menjalar atas tanah..hehehe.



2 gambar tempat yang sama pada sisi yang berbeza. Sebelah belakangnya agak terang sebab baru habiskan kobis2 bulat. Dahtu yg kat pagar tuh pokok kacang yang masih berjasa sampai hari ini. Yang sebelah kanan bendi tuh dah hampir habis dah tu buahnya. Jagung pula tengah tunggu matured utk dituai. Ruang yang ada tuh untuk tanam jagung lagi tu..

Di tengahnya pula. Pada kirinya pokok bendi yang masih kecil 1 barisan, kemudian kacang panjang yang belum berbunga lagi (utk kacang kacang yang dah tua tu), kemudian pokok cili & capsicum disebelah kanan 

Yang dikawasan menjalar tapi tak terjalar  sangat pun. Yang tepi kiri kacang panjang lagi dari depan kebelakang. Kemudian labu kuning yang dah tinggal sepokok yang berbuah, yang lain dah di'clear'kan oleh abuaidan. Pokok terung masih disitu jugak tak ditebang2 lagi sebab pokok ganti masih belum cukup besar. Yang belakang terung, petola2 dan petola ayut yang asyik terbantut penghasilan buah dengan hujan panas hujan panas, bila hujan tak kerap petola itu berhasillah, inshaallah.


Sebenarnya plan nak buat layout kebun kat sini lebih kemas sikit macam Annies's kitchen garden, angan-angannya. Namun kena tunggu pokok2 yang ada expired dlu kemudian tanam balik orderly biar nampak lebih kemas, inshaallah.


p/s : mesti wonder kan ummuaidan ni suka sangat update blog wpun not feeling well. actually mmg tak suka dok diam baring2 jer kecuali lah dah teruk sangat kan...lagipun dengan berblog nie membuatkan minda berjalan dan berpikir (lebih produktif drp dok saja2 tgk tv atau movies).. dan yang paling best adalah dapat berkomunikasi dengan kawan2 dari tanahair tiap2 hari wpun jauhnya beribu batu, setidak2nya terasa dekat dengan bumi tercinta, kalau tak jadilah paus biru yang keseorangan bila pasangannya tidak ada bersama....

Apple Hijau Sebagai Penawar

Assalamualaikum..

Hari ini alhamdulillah feeling better than yesterday. Semalam tak tahu angin apa yang menyerang diawal pagi, terjaga, tiba-tiba rasa sejuk sangat sampai nak menggigil sedangkan pada awal malamnya tersangatlah panas.  Dah terjaga tu tukarkan pakaian Aidan (takut kesejukkan jugak), susah pulak nak tertido lps tu..mungkin dalam sejam kemudian baru tertido, tak lama pulak tu dah kena bangun untuk subuh dan prepare breakfast. 

Bangun subuh tu rasa ngantuk sangat, kemudian bila Abuaidan dah setel semua, pegi kerja cuba baring2 tido.  Kemudian kesejukkan datang lagi pulak sampai kena pakai stoking & baju sejuk. Tak turun kebun, cuba berehat, kemudian bila bangun pulak kepala semakin berat dan tersangatlah sakit. 

Sakit kepala tak jugak berkurangan, gagahkan jgk masak lunch & bagi makan aidan.. lps makan baring plak dgn sakit kepalanya..bila bangn tak lama lepas tuh keluarlah segala isi perut, berulang-ulang.  Mandi pun tak ilang sakit kepala tuh. Makin tido jugak makin sakit. Dok depan komputer kejap2 jer smalam bila tak boleh baring..pun tak tahan lama depan komputer.

Aidan pula banyak jugak dengan requestnya, nak gie toilet, nak minum teh, nak kencing nak makan itu ini. Tak larat nak layan suruh dia cuba buat sendiri yang mana dia boleh. Tengok-tengok sebiji bola dalam mangkuk tandas, biskut pulak bertaburan disana sini..hmmm nasiblah mummynya was sick.

Call abaidan pun tak dapat sebab dia ada busy dan ada kelas masa tuh. Call kali keempat baru dapat tuh pun dah kul 5ptg, dia tgh sibuk bg tuition kat student dan tak der credit nak reply. Suruh dia balik cepat dan belikan apple hijau dan jus on the way balik. So dia pun sampailah umah lepas asar dengan apples, pears dan jus..

Apple hijau agak masam, namun bagus untuk melegakan loya tekak

Apple & pear hijau -kedua-duanya bagus

Tarumba jenama minuman berjus yang popular kat sini..jugak dapat mengurangkan loya

Dah habis sebiji apple ngan segelas jus barulah rasa lega sikit, bila duduk pun dah tak pening kepala lagi.  So by lepas maghrib dah rasa better dah takder sakit kepala dan loya walaupun still frighten nak makan makanan lain. Hari ini alhamdulillah walaupun kesejukkan dipagi pagi lagi terasa namun sakit kepala dah hilang, loya tekak pun belum terasa lagi so far.

So sapa2 (yg tak ada gastrik) yang demam sampai loya muntah tuh elok jugak makan apple hijau atau mangga kerana memang elok. Jus buah-buahan citrus juga elok dan boleh menggantikan tea atau kopi jika tekak dapat dapat menerimnya.

Thursday, 1 November 2012

From River Bank -View of Ba River, Fiji Islands - Final Part

Layanlah gambar2 view of Ba River dari dekat yang telah duduk dlm draft dekat 2 minggu..Ini gambar yang diambil dari tepi sungai..apapun saya tetap admire view nyer...tenang dan releks..




Ba Bridge dari tepian sungai - dekat atau jauh tetap cantik


                        Rain Trees nearby the river, cantik kan..(nanti citer lagi psl pokok nie)

Ducks yang boleh terbang

View from another side



Pemandangan sunset yang indah

P/S: Sorry utk kawan2 mungkin tak dpt jawab komen buat ms nie dan melawat blog..aarhhh (penyakit diawal trimester).. :).takleh lama2 depan PC...

Malang Nasib Si Kentang

Tiga minggu yang lepas rasa seronok sangat melihat pokok kentang membesar dengan cantiknya dan suburnya. Maklumlah baru pertama kali tanam kentang.


Namun hari ini rasa sedih melihat keadaan pokok2 kentang yang ditanam. Gara-gara hujan yang lebat seminggu dua yang lepas, lihatlah 

Pokok dah mengering dan hampir mati. Kesilapannya bila pokok dah menjadi besar dengan batangnya yang lembut, seeloknya membuat sokongan dengan memacakkan kayu dikeliling dan mengikat batang pokok pada kayu. Namun kerana tukang kebun mengambil tidak mengambil berat tentang pokok2 ini pada ketika itu dan membiarkan mereka survive sendiri, nampaknya mereka tak dapat survived. 

 Batang kebanyakkan patah2 kerana ditimpa hjan dan bila patah terus mengering
 dan tidak dapat kekal lama 

Ini pula adalah kentang yang disemai 3 minggu lepas pada batas yang lain. Baru keluar ke permukaan bumi. Ada 5 biji kentang yang disemai, alhamdulillah nampaknya dah bertunas dan semuanya mula keluar. 

Nampaknya kalau nak merasa harvest kentang dari kebun sendiri kena menjaga pokok2 ini betul2, tambah pula hujan yang tak menentu. Masa hujan lebih elok mereka duduk dalam tanah lagi,  bila keluar banyak pulak risiko.

Nuffnang Ads