Wednesday, 31 October 2012

Cucumber - Yang Betina Dah Keluar, Berbuah Pun Sudah

Inilah dia bunga betina yang boleh menghasilkan buah

Kalau seminggu yang lepas mengadu tentang semuanya bunga jantan, namun hari ini alhamdulillah tiada lagi aduan2 yang tidak bersemangat itu. Selepas beberapa hari, seperti kata Ibu Qistina (tunggu ia akan muncul kemudian), bunga pompuan (errhh..bunga betina) pun muncul dengan galaknya. Alhamdulillah dengan izinNya banyak yang telahpun menjadi buah. Jom layan gambar buah2 kecil dengan pelbagai rupa bentuk. 


 Yang ini berbuah diatas tanah


Inilah pokok2 yang telah berjasa.

Setelah pokok2 ini berbuah nampaknya kena mula menanam batch yang baru kerana jika ditunggu selesai menuai buah2 ini baru hendak menanam akan mengambil masa yang agak lama pula untuk menunggu untuk hasil yang baru pulak..eloklah ditanam berterusan. Sedang mencari ruang yang sesuai...

Harvest 4 Capsicums

Selepas masaknya yang pertama dahulu, buah-buah yang lain juga masak dengan cepat hingga tukang kebun tidak memberi perhatian kepada mereka-mereka ini hinggalah Abuaidan berkata "why don't you harvest the capsicums, if u leave for too long the skin will be spoiled". Sebenarnya tak harvest lagi sebab belum ada idea nak buat apa dengan capsicum nie. Dah bos cakap camtuh, kena taatlahkan, so pagi nie harvest lah yang mana-mana ready. Masih ada lagi beberapa biji yang sedang masak..namun tunggulah.




Bila dah jadi banyak macam nie macam tak tau nak buat apa pulak. Agaknya nanti kena buat ChopSuey ataupun sayur goreng campur ataupun buat pizza ker. Kalau makan sebagai salad macam tuh jer pun sedap cuma letak sikit salad dressing jer lah. Thousand islands pun sedap...

Tuesday, 30 October 2012

Kobis Yang Di Musim Panas

Mari kita cerita lagi pasal kobis yang korang geram-geramkan nie. Yang sebenarnya berbelah bagi nak tanam kobis nie sebab dahlah musim panas, kemudian ujung tahun musim hujan pulak. Nak cukup 4 bulan tah boleh sampai ker tak.hmmm. Sebenarnya surprised jugak bila tengok kobis2 nie lately...:)

Inilah batch kobis yang ditanam setelah berakhirnya musim yang lebih sejuk. Yang dari varieti Eureka dan KK Cross, ditanam pada 4/8/12 sekarang hampir 3 bulan usia. Eureka's banyak yang mati kerana tidak tahan dengan cuaca panas.  Yang ditanam 3 minggu kemudian daripadanya juga telah berusia lebih 2 bulan.

Batches yang awal dan kemudian lebih kurang pembesarannya

Batch yang kemudian sekali ditanam

 Hujan yang kerap dalam minggu lepas menggalakkan pembesaran mereka 


Diantara yang terbentuk dengan elok

 Yang diserang penyakit - fungus atau afid, atau bena tidak pasti

 Diserang ulat pada awal berpucuk - lambat discovered

Yang diserang ulat terlambat diselamatkan kerana masa hujan setiap hari cepat meneutralkn racun

Yang terjadi 'bakul sampah'..(tah sapa yang buang sampah padanya)

Nak kata subur rasanya taklah sesubur sewaktu musim lebih sejuk, namun lebih baik daripada batch yang terdahulu yang mana kobis terbentuk dimusim panas. Hujan yang banyak membantu pembesaran mereka ini. Baja cuma sekali diletakkan namun kelihatan agak panas bagi daun, banyak daun yang macam 'terbakar', rosak dan kuning setelah diletakkan baja. At the end decided tak perlu letak baja, biarlah natural dengan sumber asli yang ada pada tanah sahaja. Untuk mengelakkan kekeringan pula diletakkan rumput2 kering sebagai sungkupan. Watering tetap dibuat sekurang-kurangnya sekali sehari dimusim panas ini.

Bila Kebun Tidak Terurus

Perlukan sesebuah kebun itu free dari rumput rumpai, bersih dan tidak bersemak? Macam mana kalau kebun itu tetap dijalankan aktiviti bercucuk tanam namun ruangnya bersemak dan tidak terjaga? Boleh mengutip hasil namun pemandangan tetap menyakitkan mata...

Inilah yang terjadi pada kebun ini bila tukang kebun tak larat nak menguruskan kebun, hujan pulak tidak menentu menggalakkan pertumbuhan rumput rumpai manakala kerja-kerja pembersihan kebun adalah amat slow...lihatlah semak samun ini..

 Menyakitkan mata memandang

rumput rumpai dimana-mana

Sebelah trellis timun, subur betul rumput..kalau bagi makan lembu pun cukup kenyang 

 Hijau dengan rumput rumpai, bukan dengan sayur-sayuran

 Too much.. bahagian kobis nie terlalu banyak rumpai2 yang tumbuh dan besar-besar pulak..

 Rumput jenis ini yang banyak sekarang, nak cabut bukan senang..kalau tak tercabut semuanya boleh tumbuh balik

Progress untuk membersihkan pulak teramatlah slow. Dengan Abuaidan yang mengambil alih membersihkan kebun pada setelah petang tak sampai sejam masanya (terpaksa mengharapkan dia buat masa nie).. nak buat jugak memang 'la hawlaquwwata illa billah'..hmmm.. kadang pikir kalau boleh upah orang tolong bersihkan elok jugak..namun apa gunanya berkebun kan kalau sampai mengupah orang.... 

Nantilah kita tengok berjaya ker tak Abuaidan yg amek kontrak membersihkan seluruh kebun nie... :)

Monday, 29 October 2012

Yang Menjadi Kemestian Pada Hari Raya Korban Setiap Tahun

Assalamualaikum..

Alhamdulillah daging korban yang diharapkan telah datang mencurah rezekinya. Menjelang waktu maghrib lebih 8kg daging (bercampur2daging, tulang dsbnya) telah diberikan oleh rakan-rakan yang membuat korban, sebenarnya tak expect pun. Dan yang paling best sekali adalah 2 batang ekor lembu juga telah sampai kerumah. Sebenarnya ekor lembu memang telah lama booked sebab teringin nak buat sup ekor. Ekor lembu kat sini taklah popular sangat..mereka tak tahu yang bahagian ekor adalah daging yang terlembut. 

Setiap tahun dengan adanya daging korban + tulang kami akan membuat operasi memasak sup tulang diluar rumah. Lebih santai dan menjimatkan gas juga kerana rebusan memerlukan masa yang lama. Ini juga sebagai ingatan yang keluarga ditanahiar juga biasanya akan membuat sup daging/ tulang tiap2 kali raya korban.

Dekat 10 ketul tulang ekor termasuk tulang biasa ready untuk buat sup..nampak kecik/ sikit tu tapi sebenarnya besar jgak tambah lagi dengan sayuran lagi..cukuplah untuk makan 2 kali lunch + dinner, taknak extra-extra.

Persediaan tungku dan menyalakan api, nampak tuh bollywood star ni bakal jadi bahan untuk nyalakan api..hehe

 Letak kayu2 kecik jer buat peridup api..dah nyala dah

 Makin marak, tambah kayu2 lebih besau lak...boleh mula letak periuk

Tukang jaga api yang kena dijaga sebab kalau terlepas mata..tah haper2 yang bakal dia buat dekat fire, merbahaya ..eloklah amek langkah berjaga-jaga.

 Periuk yang hendak diguna disapu ngan tanah dulu sblm guna..supaya tak hitam sangat nanti mudah nak cuci balik..

 Tulang2 yang baru dimasukkan dalam air panas

 Memasaklah periuk nie selama hampir 3 jam, jimat gas sikit kan...daging lebih lembut

Untuk rempah pulak stock sup bunjut tulang dah habis so kena kreatif sendiri nak masukkan rempah tanpa memasukkan biji2 berserabut. rebuskan dalam api kecik sampai kuar air..tapi ter'ralit' baca blog kengkawan sambil merebus..kering semua air, nasib baik blom sempat hangit, tambah air lagi..hehehe 

 Bahan2 rempah disediakan sikit sebanyak based on rempah bunjut yang Adabi nyer + lain2 resepi ...
 Siap, masih panas2 dalam periuk, actually letak sikit kentang. carrot tomato dan celery.

 Transferred siap dalam mangkuk

 Letakkan sikit ketumbar yang byk kat kebun tu.untuk hiasan dan bau...sedap..tapi yang tak best takleh letak cili direct sebab 2 'lelaki' dalam umah ni tak tahan pedas...hmmmm

 Side dish - daging goreng kunyit ngan kacang panjang.. faveret sepanjang masa

Siap hidang..nampak tak sambal belacan lada hijau tuh..hehe takder lada merah...sempurnalah hajat

Namun bila dah pekena kali kedua masa dinner..dah terasa banyak sangat makan daging..dah naik mual..rasanya buat sementara waktu nie kena KIV dulu stock daging2 dalam deep freezer. Ingatkan nak buat some meatballs atau pegedil dengan daging2 yang ada, mak pulak suggest buat serunding...dulu pernah gak buat serunding namun berkurung jugak nak menghabiskannya..kena pikir2 la pulak nak buat ker tak.  

Nuffnang Ads