Assalamualaikum & Peace be Upon You.
Pengunjung blogku yang budiman...
Hujan beberapa hari yang lepas banyak kebaikannya, dari menyuburkan tanaman hinggalah menyuburkan rumput rumput dihalaman juga. Semasa musim hujan elok rumput-rumput dibiarkan tumbuh daripada dicabut buang kerana rumput2 boleh membantu mengurangkan hakisan tanah pada batas & tanaman semasa hujan lebat atau dinaiki air. Kalau sewaktu halaman dinaiki air dan batas2 pada waktu itu sangat bersih dari rumput rumpai, jawabnya senanglah tanah2 itu wash away oleh air hujan...
Bila hujan telah berlalu, hari-hari bertukar menjadi panas, rumput-rumpai boleh memberikan pemandangan yang buruk pulak pada sekitar halaman,
Mahu tak mahu terpaksa juga angkat cangkul buat sikit kerja-kerja merumput. Aaahhh terlalu banyak, tak tahu mana nak mula. buat sikit kat sini kemudian bergerak kat tempat lain pulak..tak boleh nak consentrate satu persatu.. sebab kalau dibiarkan untuk setel part by part jawabnya berharilah..by the time part yang last tu finish, part yg mula2 siap pulak ditumbuhi rumput balik.
Dalam setengah jam merumput dihulu hilir terasa penatnya walapun tak berpeluh. Cepat penat, kalau biasa boleh jer buat kerja berat walaupun sejam dua. Ini rasa macam tak cukup oksigen pulak. Tak larat nak meruskan lebih lagi. Malah untuk menyidai kain pun terpaksa dibuat perlahan-lahan mengambil masa., apatah lagi kalau nak menghabisan 1 page Quran termengah-mengah macam tak cukup oksigen rasanya.
Takkan anemia lagi kot....
Ini jer bahagian yang telah di'terang'kan agak sempurna walaupun tak 100% free from weeds.
Lain pulak dengan Abu Aidan, lately tengok dia balik awal jugak from school and ada masa untuk dikebun petang-petang walaupun setengah jam, ini petanda yang baik. Malah dia punya 'department' pun kelihatan beres,
Dan department dia yang satu lagi kat frontyard pun nampaknya dia dah usahakan untuk menanam sedikit pokok buah-buahan, ini sudah bagus.
Frontyard -kawasan untuk tanaman pokok2 besar
Dan yang sentiasa dilanda kerajinan adalah budak kecik ini,
Sudah menunjukkan kepandaian menyapu walaupun tidak diajar atau disuruh. Menggunakan penyapu disapunya semua daun2 kering dan dilonggokkan dengan penyapu pada satu tempat. Wah, surprised jugak. Malah bila penyapu tercabut dari handle pandai pulak dia menyambung balik/ membaiki penyapu itu, menjadi seelok-eloknya. Biasalah mak akan tetap kagum dengan kebolehan anak kecil mempelajari sesuatu kan, walaupun itu adalah normal bagi setiap kanak2 (proses pembelajaran). Alasan yang selalu diberi untuk keluar bermain dihalaman adalah "mummy Aidan want to go outside, Aidan want to sweep the house"..
Yang dilanda cepat letih nie nampaknya nak kena pergi buat air milo untuk tambah tenaga...hmmm