Thursday, 2 August 2012

Menuai Benih Sawi

Assalamualaikum..

Pagi nie lambat sikit turun ke'pejabat'.. agak sejuk terbanding hari2 yang lepas, tambahan pula kalau sejuk2 mcm ni Abu takkan bagi Aidan keluar punya..dengan overprotective nya takut Aidan dapat sakit, kalau nak keluar kena pakai topi, kena pakai baju sejuklah, itu ini.. tunggu dia dah blah pegi keje 7.30am baru kami kluar. Seperti biasa make round  the whole garden, spot check semua plants, ambik gambar sikit2, menyiram tanaman dlm 15min dan barulah buat special task. Hari ni alhamdulillah tiba waktu menuai benih sawi yang ditunggu2..

Daripada pokok yang telah matang, setengah dijadikan sayur, setengah dibiarkan berbunga berbenih..
Daripada bunga,kemudian gugur dan daripada tangkai bunga  'pods' benih mula terbentuk

12/6/12
Selepas lebih 3 minggu barulah  'Pods' benih nampak ketara..

5/7/12
Hampir sebulan lamanya mengambil masa untuk menjadi matang dan mengering,
 Hari ini barulah dituai daripada 2 pokok,
  Selepas dilurut Pods daripada tangkai2 sebanyak inilah yang kasarnya,
Kemudian berdasarkan 'peralatan' yang agak2 termampu digunakan  yang ada dirumah, ditapis kulit daripada benih
Sebanyak inilah yang dapat, bercampur2 dengan kulit yang kecil2 (takperkah since untuk kegunaan sendiri, bukan untuk dijual)
Tak perlu letak bahan kimia atau awet untuk tahan lama since stok cukuplah untuk ditanam 5 atau 6 kali..kemudian preserve balikdari pokok (takut benih akan expired kalau disimpan lama).
 Alhamdulillah kesabaran menunggu terbalas..
 benih yang sukar didapati dinegara Pasifik

Just imagine duduk kat sini almost 4 years, only this year i was able to eat sawi, couldn't find in the market. Only one chinese gardening shop in Suva sells this seed with the packet name 'Chinese Green"
When i look at it, not sure whether it's sawi or not, almost forgot!

English cabbages - Day 40

- Garden bed ready on 19/7/12

- Transferred 9 seedlings on 20/7/12
- 








- Now 40 days (2 died, 7 still survive)






 

Wednesday, 1 August 2012

Temporary Green House

Assalamualaikum..

Bila kita tinggal dinegara panas dan menjadikan berkebun aktiviti yang serius, salah satu masalah yang dihadapi adalah cuaca yang panas menyebabkan sayuran hijau susah nak membesar dengan sihatnya. Salah satu alternatif adalah dengan menanam dibawah greenhouse atau greenshade untuk meminimalkan cahaya matahari yang diterima oleh sayuran.

Salah satu lagi masalah yang kami hadapi  dekat sini adalah time harvest tebu dan kilang mula beroperasi siang dan malam. Hasilnya..too much dust and dirt on the plants. consequences? tumbesaran boleh jadi terbantut, contohnya pada kobis..lihatlah perbezaannya;

Ini adalah kobis yang telah terbentuk dengan sempurna seberat 1kg, perhatikan pada kelopak atas berbentuk sepert topi manakala bila ditekan terasa padat.
Ini pula kobis yang terbantut pembentukannya disebabkan kesan dari kilang tadi - lapisan teratas tidak cantik bentuknya manakala bila ditekan terasa tidak padat dan longgar.
Yang ini pula kobis yang sedang terbentuk tetapi sudah kelihatan kekotoran dari factory mula menyelubungi dibahagian luar yang masih muda kelopaknya.

Jika mengambil kira masa untuk mengutip hasil kobis adalah lebih 4 bulan, dengan effort untuk menanam dan menjaga, tidak berbaloi jika semuanya ends up dengan hasil yang terbantut.

Memikirkan tentang masalah ini, so saya decided to cover 2 batas kobis yang mula membentuk nih dengan temporary greenhouse. Since Abu Aidan is very busy lately with his school works, voluntary organisation works dan etc, so have to use tenaga sekerat seorang ni sahaja. dan dalam masa 1 jam..

Materials and equipments :
  • The greenshade- about 5m long. Yang paling penting dan perlu ada. This one we've been using  it for more than 10 yrs already, jenis heavy quality, panas atau hujan memang tak rosak atau koyak. Abu Aidan bought it about $11 permeter.
  • 2 pieces lebihan dawai pagar (Lenght 5m, width - 2m). pun dah lama usianya. .
  • Kayu2 untuk buat tiang dan turus, pun yang recycle.
  • Last, hammer untuk kerja2 mengetuk.
 
Steps:
  • Lembutkan tanah tempat yang pacak tiang, tanah terlalu keras, jika tak dialirkan air terlebih dahulu memang tak boleh nak tembus kedalam walupun ketuk sekuat mungkin dengan hammer. Bila dah lembutkan tanah dengan air, ketuk dengan hammer memang senang tembus kedalam tanah.
  •  4 tiang dipacak disetiap bahagian. Buat yang rendah jer supaya dapat tutup lebih banyak ruang sikit.
  • Kemudian letakkan palang2 diatas tiang2 yang telah didirikan, ini sebagai sokongan kepada dawai yang akan diletakkan diatasnya. Tak payah paku atau ikat sebab temporary jer lagipun jika tiang dah cukup kuat untuk menyokong ia takkan runtuh begitu mudah.
  • Kemudian dawai diletakkan diatas palang2 tadi..2 keping cukup cukup. nasib baik sebab saya main agak jer tanpa mengukur terlebih dahulu..
  •  Kemudian letakkan the greenshade atas dawai tadi, dawai terlebih tak apa asal greenshade dapat tutup area yang kita nak cover tadi.
  •  Jika takutkan  greenshade kena terbang dek angin letakkan beberapa kayu diatasnya.
Pandangan pokok2 yang berada dibawah greenhouse- just nice and enough for them to grow, inshallah.

So siaplah temporary simple greenhouse yang boleh dibuka tutup anytime. Masa yang diambil dalam 1 jam. Alhamdulillah. moga Allah protect the plants..
.
For those who take gardening seriously sebagai sumber sayuran dirumah tidakkah rugi untuk invest membeli greenshade ini kerana ia memang bermanfaat dan tahan lama sampailah lebih dari balik modal yang dilaburkan.

Small gardener in actions


 Now it's my turn to do works..


Looks like he knows how to use hammer....

Capsicum-updates#2

There are 2 batches of capsicum:
  • Batch no.1- first batch planted on 12/6/12 (5 plants)
  • Batch no.2 - planted on 10/7/12 (7 plants)

Batch no.1 :  now 7 weeks old - all of 5 still survive





 Batch no.2 : 3 weeks old (5 look healthy, 2 of them under treatment - weak because of the heat)

weak plant covered with tin (top side is open) to avoid from too much heat
 note : chilies when they are small they look almost same size eventhough ages different slightyly.

Nuffnang Ads