Monday, 8 October 2012

Yang Bersarang Rendah - Part 3 (Khabar Gembira)

Assalamualaikum & Peace be upon you,

Nampaknya kisah yang bersarang rendah ini menjadi bersiri pula. Eager nak tengok perkembangan yang didalam sarang ini.

Semalam ketika duduk-duduk dipintu berhampiran dengan balcony rumah bersama-masa Aidan menemaninya bermain-main disamping membuat sedikit bacaan. Kemudian bertanyakan Aidan 'what mummy's bird is doing?", jawabnya "there..there mummy's bird is sitting.. menjenguk tengok keluar,

Masih belum habis mengeram lagi ker burung nie, asyik duduk jer..?

Lepas beberapa ketika tanya lagi Aidan tentang burung, jawabnya "mummy's bird is standing there..", kemudian bangkit tengok..nampaknya burung telah berdiri dan macam seolah-seolah satu pergerakan mematuk-matuk, dalam pikiran burung ini patuk telurnya sendiri kot boring tunggu tak menetas-netas jugak. 


So out of curiosity, keluarlah rumah menuju garaj nak tengok apa kerja si bulbul nie. Walapun sarangnya rendah (tinggi sikit dari pagar rumah, lebih tinggi dari ummuaidan), namun tak dapat dilihat dalam sarang begitu sahaja kerana masih tinggi, terpaksa juga guna sesuatu untuk tengok apa yang didalam sarangnya.

Anak panah menunjukkan sarang

Pun begitu tak dapat lihat direct masih tinggi, cuma mampu lihat dengan lensa kamera sahaja. Mashaallah, besarnya kuasa Allah, baru kali pertama melihat baby birds, terpegun dan insaf sekejap akan kekuasaanNya. Alhamdulillah Allah telah makbulkan hasrat Ayut nak tengok baby bird dan perkenankan doa-doa Kak Purnama, IbuQis dan rakan -rakan lain untuk keselamatan telur2 itu. 

Alhamdulillah pada 7/10/12 lahirlah 2 ekor bulbul setelah seminggu dari telurnya discovered

 Bayangkan telur yang sebesar ini boleh menjadi baby burung sebesar didalam gambar, Allahuakbar!



Baby birds kelihatan mengangakan mulut kepada lensa kamera, kesiannya. Mungkin kelaparan. Dah la diganggu oleh ummuaidan untuk buat story..hurmmm. Dalam masa menghalakan kamera didalam sarang, salah seekor daripada pasangan mengawal dari atas bumbung garaj kereta dan berbunyi bising..

Kelihatan agak marah. Terasa kemungkinan burung ini akan datang mamatuk kepalaku kerana mengganggu sarangnya..nasib baik mereka tak seberani itu...

Setelah itu turun dari mengintai sarang dan cuba mengambil gambar aktiviti mereka dari dekat pula..kali ini mereka tidak lari dengan pantas, mungkin kerana the babies is there, kena jaga. Betullah kata En. Adry burung ini bergerak dan menjaga anak2 mereka bersama-sama. Entah ibu atau bapa yang tengah menyuapkan sesuatu kepada babies. 




Makanan yang disuap kelihatan seperti makanan yang lembut sebagai makanan permulaan bagi babies. Namun mereka masih lagi mengambil langkah berjaga-jaga ketika diganggu,

 Yang memberi makanan tadi keluar dari sarang untuk memerhati dan memberi warning mungkin.
Sama tak dengan yang dibawah ini? Burung yang berbeza actually...

Manakala didalam garaj pasangannya berada tidak juga tidak jauh (diatas tali ampaian didalam garaj) , memerhatikan orang yang memegang kamera ini. Mulut mereka bising berbunyi...

Petangnya kelihatan seolah-olah hujan akan tiba, kesian juga memikirkan nasib baby burung tu kan nanti. Abuaidan  kata "maybe we should put an umbrella on top of the nest"... then jawab "why not we put a zinc on top of the roof and put some bricks on top of the zinc (to stop from flying) and you can use the ladder to climb"..apa lagi cepat-cepat suruh dia amik ladder..namun jawabnya kemudian.."no..no need, they have their own natural way to protect".. so tak letak apa-apa walaupun risau jugak, namun alhamdulillah hujan tidak turun.

Ketika menikmati hidangan petang, kelihatan seekor falcon berada diatas pokok limau dihalaman dan burung-burung lain berkeliaran lari ketakutan.  Mungkin mencari mangsa.. kata Abuaidan kalau falcon nampak the babies finish lah...nasib baik falcon tidak menuju kesarang. 

Namun selain falcon ada lagi ancaman2 lain terhadap baby birds ini, antaranya,
  • Hujan
  • Meowww (rendah, senang panjat)
  • Mawkucing (a.k.a Aidan la tuh.. silap-silap haribulan dengan penyapunya gie 'poke' kat pokok sarang burung, budak-budak bukan tau apa-apa, kan)
Pagi ini menjenguh kesarang ketika the parents keluar mencari makanan,

Masih lemah, namun kelihatan lebih gelap mungkin kerana bulu-bulu semakin 
byk tumbuh/ muncul pada badan mereka.

Inilah video live, our baby birds...

video
Ada dua part dalam 1 video nie, yg semalam dan hari ini digabung. Sorry gambar agak bergoncang sikit, berangin dan guna sebelah tangan. 


16 comments:

  1. subhanallah, dalam pada hujan kene telur...menetas jugak anak2 burung ni ya...hehe. best pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kuasa tuhan dan ketabahan mak dia kan

      Delete
  2. As salam ummu,
    Alhamdulillah...menetas juga telur yg dieram oleh burung ni. Hrp2 mereka berdua dpt survive utk 2 mggu lagi. Slps 2 minggu mereka dh blh terbang. Burung ni namanya Red-vented bulbul. Ia berasal dr India dan di bawa masuk ke Fiji pd thn yg saya tak berapa pasti. Spesis bulbul agk pyh utk dipastikan jantina kecuali diperhatikan dgn teliti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inshaallah ..mrk nih cepat jugak pembesarannya... dibawa masuk yer..ingatkan yg semula jadi ada kat sini hehe.... agaknya tgk saiz badan kot nak tahu jantan betina yerr

      Delete
  3. terjerit kejap akak..eee tengok anak dia macam anak tikus yang kemerahan...anyway this a valuable sharing & memorable moments in our life...kuasa Allah dipertunjukkan dalam pelbagai bentuk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kita pun terkejut..abuaidan tak nak tgk mulanya ..dia kata wekk geli..dia just tgk dlm gambar...hmmm tak sangka dpt tgk life kan kak

      Delete
  4. Subhanallah...besar gak baby burung tu..telur xla besar mane.bgus btul dijg yer...bkn snang nak tgk proses ni..hihihi:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tuhlah ... baby bird tuh masih lagi mata tertutup..pembentukan belum sempurna lagi..inshaallah takder aral dpt kita tgk kan yut

      Delete
  5. wah alhamdulillah, selamat dah menetas.bertambahlah bilangan burung bulbul dibumi fiji.

    Hemm apa pun khabar barang yg dihantar ke bumi fiji belum ada beritanya Ummi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak..belum lagi semalam abunya tgk pos box takder apapun..check dkt tracking pun statusnya 'Departure from outward OE'..biasanya kalau dari mesia kesini lambat sikit berbanding dr sini kesana..nanti kita inform kalau sampai yer kekandanyer...:)

      Delete
  6. Wah masha Allah walhamdulillah indahnya ciptaan Allah!
    Macam documentary pulak, boleh menyaingi NatGeo :-)
    BTW, dah selamat sampai benihnya, nanti saya post di blog. Terima kasih barak Allahu feekum.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmmm ...bila kita menulis, kita menjadi peka akan sekitar..dan dapat melihat kekuasanNya dengan dihadapn mata sendiri..
      Dulu saya pernah berangan nak keja ngan national geog tau..jd crew pub cukupla..hehe

      Alhamdulillah, semoga tidak dibuka sampul sblm sampai ketangan..Tak payahlah post dalam blog. kecik jer...

      Delete
  7. hebat ah u mama aidan! amazing kan! i dunno got pasangan burung will take care their babies together one! kesian kan if hujan...yish

    ReplyDelete
    Replies
    1. Olive.. mmg amazing tgk depan mata sendiri..last year ada beranak jg but tak blh buat apa sbb takder camera takder blog heheh..like abuaidan said they'll have thier natural way to protect kan...

      Delete
  8. bersiri upenye baby birds ni ye

    ReplyDelete

Harap maaf sekiranya jejak anda tidak mendapat kunjungan balik yea,..mana2 komen yang berbentuk pertanyaan inshaallah akan cuba dijawab sebaiknya..kalau tak sempat tuh mintak maaf banyak2lah yer..:)

Nuffnang Ads