Wednesday, 24 October 2012

Labu dan Tempat Mereka Bermanja

Assalamualaikum,

Pagi nie masuk turun kekebun awal sikit, maklumlah bila daylight saving nie kalau keluar kul 7.30am pun masih lagi waktu sebenarnya 6.30am..oklah masih awal taklah panas sangat. Bila  nengok2 sekitar ternampak penghuni baru 4 beranak nie seronok jer tidur dan bermanja disini,


Tak sedar lagi tu orang dah datang.. lepas tu kemudian baru beransur mereka ini. Ingatkan asalnya cuma 2 ekor anak, rupa-rupanya 3, ada yang putih tuh baru dibawa masuk. Tapi yang putih tuh selalu menghilang, jarang kelihatan macam yang kelabu berdua, hari ini baru dapat tangkap gambarnya, 

Inilah yang baru kelihatan, lain warna dgn maknya serta adik beradik

Hujan yang kerap sebelah petang kebelakangan ini, banyak sangat yang perlu dibersihkan didalam kebun. Kalau dibiarkan nescaya akan jadi kebun hutanlah jawabnya. Setidak-tidaknya gagahkan diri juga buat kerja sikit-sikit...sakit mata tengok kebun jadi hutan terutamanya area bahagian menjalar ini. No wonderlah 3 beranak ini suka releks2 kat sini..:) 

Jalaran labu2 kuning nie dah banyak dah yang di 'divert'kan drp keluar ke halaman padang. Pokok labu boleh menjadi menyusahkan untuk pembersihan dari rumput rumpai, sebab itulah kena tutup area ini dengan kayu agar tidak menjalar lebih jauh, cukuplah dikawasan ini sahaja.


19 comments:

  1. tmpt yer redup kot kak...tu suke jer lepak situ...kenalah bersihkan kang mmg blh jd hutan gaya yer tu... :) bt cikit2 je kak nor..

    ReplyDelete
    Replies
    1. redup dan sejuk kan...awal2 pagi takder budak kecik yg dtg kacau mereka..btul tuh yut...waahh penat bila nengok...tak suka hutan serabut..

      Delete
  2. wak pon dh malas nk jaga bersihkan kebun sekangkang kera wak jugakk.. uuuhhuUU

    ReplyDelete
    Replies
    1. penyakit berjangkit nih wak.hehe

      Delete
  3. XSABAR nk tngk buah labu..dulu sy selalu mkn pucuk labu buat ulam..rebus dan cicah dgn air asam..sedapnye

    ReplyDelete
    Replies
    1. buah nak besau dah...pucuk buat ulam yerr...? tak pernah makan..

      Delete
  4. Kalau puan buat labu bergayut pun ok. Saya pernah lihat dalam satu video orang Puteh membuat pokok labu menjalar naik ke atas. Perkebunan melintang katanya. Menarik. Apabila buah labu mula membesar, ditahan buah labu itu dari jatuh dengan jaring.

    p/s: jarang melawat blog puan. Tup tup dah berubah rupa. Ia lebih kemas dari yang dahulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wong..kalau nak buat yg bergayut pad trellis, trellis mesti btul2 kuat kan...sy sll takut labu akan jatuh klau tergantung diatas..dah tu kena buat jaring lagi yerr...
      hmm... tiba2 rs mcm blog lama serabut berkaler2...

      Delete
    2. Guna kayu biasa pun sudah ok puan. Saya lihat orang Puteh guna jaring dawai petak besar. Mereka condongkan membentuk seperti khemah. /\ lebih kurang begitu. Jadi apabila buah mula membesar, ia secara langsung menapak atas jaring dawai itu. Lagipun boleh jimat tempat dan senang untuk kendali. Hanya cadangan sahaja berdasarkan video yang saya tonton.

      Delete
    3. Thanks wong atas cadangan yang menarik ini..sy really apprecaite it..kalau ada ms inshaallah blh cuba

      Delete
  5. Assalamualaikum...
    cakkk aaaa.. )))) hihihi.. :) sihat ke mak buyong?
    amboiiii comel2 nye kucing tu... kat rumah nani pun ada 2 ekor.. bela dari kecik gak.. :) hehehe.. tapi mak/pak kucing tu tak tau mana.. anak yatim piatu kot.. hik hik..
    pusingkan balik pucuk labu tu.. kalau dia menjalor, dia patah balik... U turn.. hehehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkumsalam ..sihat makyong sana...hehe
      kucing yg datang tiba2 tuh takder orng nyer lah kot..yg maknyer buang...hehehe..
      labu tuh dah puas pusing..tak taw tak hala kemana lagi..hehehe

      Delete
  6. subur betul tanaman kt sana yer ummu..kt umh sy walaupun hari2 hujan...pokok yg mendatangkan hasil takde la subur..lalang yg tak hendak tu berlumba2 meninggi..huhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak semua nadia..ada gak yg fail heheh...
      hujan tuh blh menyuburkan tp yg tak thnnya byk sgt rumput lalang blalang tumbuh..hehe

      Delete
  7. Anak kucing yg ketiga tu ikut abah dia sbb tu lain sikit dgn mak dan adik beradik yg lain. Dia selalu hilang sbb ikut abah dia la tu.. Anak abah la katakan..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..mungkin betul kata en. adry nie..abah kulit putih kan... heheh..tp abah pun jrg kelihatan...

      Delete
  8. labu memang mudah merebak...jaga - jaga le kalau kat tempat yg semak tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang tul kak..nasib baik semak kat sini tak sebahaya mana..takder che u dsbnya..alhamdulillah..

      Delete

Harap maaf sekiranya jejak anda tidak mendapat kunjungan balik yea,..mana2 komen yang berbentuk pertanyaan inshaallah akan cuba dijawab sebaiknya..

Nuffnang Ads