Saturday, 13 October 2012

Yang Bersarang Rendah - Baby Birds Berhujan

Sedikit catatan tentang sibaby birds untuk hari ini (untuk rujukan dimasa depan):

Dah semakin besar, tengok mata mereka berdua dah terbuka. Bulu pada ekor pun dah mula tumbuh.

Gambar diambil masa hujan mula turun, nak cepat (agak kurang sharp sikit)

Dalam hujan-hujan mereka mengangakan mulut, meminta makanan.

Lepas tangkap gambar, hujan semakin lebat. 

Kesian pulak tengok sibaby birds ini kebasahan. Parents nya pun tidak kelihatan. Bagaimana nanti jika hujan semakin lebat, basah kunyuplah jawabnya...


Last-last kami letakkan payung diatas sarang. Hujan lebat hampir setengah jam.


Ibubapa mereka datang dan memandang dari atas bumbung, agak suspicious. Namun tidak mendekati sarang. Kedua-duanya cuma bertenggek diatas pokok dengan makanan yang dibawa sang ibu masih lagi dimulut untuk disuapkan kepada babies.


Lama jugak mereka berada diatas pokok nona serikaya ini. Daripada kami mula minum teh hingga habis. Bila hujan berhenti hampir maghrib, Abuaidan mengalihkan payung. Intai2 tengok mereka kembali mendekati sarang, alhamdulillah.


8 comments:

  1. Salam. Kesian anak burung kebasahan. yg syoknya mak bapa dia yg curious dengan payung tu! macam dalam Drama Minggu Ini pula, he he!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mak Aji.. heheh ini jadi cerita burung hari ini.. biasanya mcm tuhlah kalau kita cover sket, nampak pelik .mmg diorang tak berani, takut ada perangkap ker apa kan..elok jugak

      Delete
  2. salam dik,
    eee semakin menarik cerita bul bul dibumi fiji ni.siap ada campurtangan situan rumah, siap ibubapa sang burung, dalam hujan sabar dgn makanan yg masih tak terberi pd.anak2 yg sdng lapar..
    tahniah utk. ummuaidan sekeluarga 'hanya Allah yang mengetahui segala isi hati'.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kak..kalau tgk btul2 mmg ade makanan masih lekat kat mulut dia..tuh kitorang kesian..tapi nak bukak payung lagi kesian tgk anak burung kesejukkan...nak baik dah besar sekt... aidan siap kena marah lagi dok sibuk nak payung jugak..heheh

      Delete
  3. huhuhu... touching...
    bestnya anak burung bul-bul tu dapat family angkat yg penyayang... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaaa...kalau korang pun woul do the same kan..ada hati tak nak tengok gitu jer....:)

      Delete
  4. ala...sweetnya.... berpayung anak burung tu....tak ler sejuk kebasahan........

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe...dah basah sket sblm tu..namun takut burung demam kan kena hujan..hehe

      Delete

Harap maaf sekiranya jejak anda tidak mendapat kunjungan balik yea,..mana2 komen yang berbentuk pertanyaan inshaallah akan cuba dijawab sebaiknya..kalau tak sempat tuh mintak maaf banyak2lah yer..:)

Nuffnang Ads