Wednesday, 24 October 2012

Tebu - Dua Menjadi Satu, Satu Menjadi Beberapa

Asalnya pokok tebu ini adalah 2 pokok sahaja yang hidup daripada tunas yang keluar dari batang induk.  Seminggu yang lepas pokok yang lebih kecil kelihatan patah serta mati mengering. Itu gara2 Aidan 'cut grass' dengan penyapunya, pokok2 pun hampir terpotong. Lama juga tunggu pokoknya besar, tanam dari bulan May tahun ini, namun masih belum menampakkan batang beruas lagi..lambat jgak rupanya.


Kemudian beberapa hari yang lepas didapati pokok ini telah tumbuh tunas baru pulak. Bukan satu malah beberapa. Wah, ini sudah bagus, alhamdulillah. Namun tak tahu berapa lama kena tunggu lagi pokok-pokok ini sebelum dapat di rasa hasilnya. Kalau ikutkan yang ditanam komersial 9 bulan bolehlah dituai...yang ini pulak, kena tunggu sampai hujung tahun nak tengok progress nampaknya...

14 comments:

  1. best gak tu.. lama tak makan tebu.. dulu2 kat kampung, time kecik2 la.. arwah tok potong2 tebu tu sekatan sekatan.. lepas tu bagi sorang 1 kat cucu2nya.. pakai2 gigit ngan gigi.. dok makan.. hampas merata2.. hehehehe.. sambil makan tebu di tepi tangga.. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok kan mak yong..kenangan masa kecik2 dulu..hampir semua kita merasa..zaman skrang nie susah nak jumpa lagi. yer ta..hehe

      Delete
  2. betul2..gonggong tebu sana sini.sedap sgt,.skrg minum air tbu ja la.gigi dah x kuat.huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe...sini air tebu pun tak jumpa..pokok tebu tuh bkn main byk lagi...

      Delete
  3. pnat mkn tebu...hihihi.lame sbnr ye xmkn.kat kg nk jmpe tebu kat kdai jual air jer.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. itupn dptlah jgk ..akak nie pokok tebu keliling jln..air tebu..jgn harap

      Delete
  4. Masa kecik2 dulu, kupas tebu pn main gigit dan tarik dgn gigi je. Skrg ni kalau bagi tebu kat budak2, diorg pn tak mau sbb tak tau nk mkn lagumana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena ajarlah mereka en. adry...akan dpt diwarisi..kalo tak lenyaplah budaya makan tebu nie..hehe

      Delete
  5. assalamualaikum ummuaidan...sedap kalau dpt minum air tebukan...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wkusalam mama...btul tuh..lama dah tak merasa..

      Delete
  6. teringat kisah lucu makan tebu waktu kecil2 dulu !

    ReplyDelete
  7. akak kecik2 menangis makan tebu...ada org tolong potong...ingatkan dia nak tolong je budak kecik ni potong tebu..huh dia yang lebih2 nak belasah tebu kita..tolong ada makna...melalak la budak kecik tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..klakar cite akak nie..ms kecik dulu gigi selalu sakit..ssah gak nak koyak kulit tebu nie..hehe

      Delete

Harap maaf sekiranya jejak anda tidak mendapat kunjungan balik yea,..mana2 komen yang berbentuk pertanyaan inshaallah akan cuba dijawab sebaiknya..kalau tak sempat tuh mintak maaf banyak2lah yer..:)

Nuffnang Ads