Thursday, 24 April 2014

Parti Kanak-Kanak Riang

Masa Nenek siNahish (yang dulu aku panggilnya Neha, dia tak mau cakap ngan aku, muka masam jer, konpius kejap aku..rupanya salah nama..heheh sori yer Nahish) hantar Aidan dalam pagar lepas sekolah..katanya "bring some snacks for tomorrow, they'll have party.."

Dan aku belek buku homeworknya pun ade gak mesej..


Party akhir penggal pertama yang mana cuti sekolah akan bermula esok tuk budak2 tadika..selama dua minggu lah.

Mulalah aku berkira-kira berpikir2 nak buat apa yer bagi dia bawak esok? Kek? Cookies? Keropok udang goreng? Donut? karipap?..tah haper2 idea..

Eksaited lah jugakkan sebagai ibu, kalau dulu eksaited sebagai kanak2 riang nak berparti...hehe..seriously memang seronok kalau dapat buat sesuatu tuk anak2 kita dan bagi rakan2nya makan kan..:)

So aku call En.AAA cakap ngan dier, tanya idea dier..dia kata not sure..srh aku pikirkan dulu dan call later tuk order barang2 tuk  buat 'something' tuh..

Akhirnya aku tetap jugak ngan idea nak buat cupcakes..so from Maghrib to Isyak semalam berbakinglah aku kununnya...hehe

Inilah hasil yang masih tak seberapa..

Tapi aku hepi jer sebab apa aku terjumpa liners dalam simpanan lama yang dah bertahun aku tak usik..Actually aku ingat nak bake biasa jer cam muffin tp En.AAA bagi idea guna liners yg aku guna tuk Almonds London dulo2 hampeh keciknya tuk letak kek..ms tuhlah aku teringat yg aku ade liners yg slightly bigger than that. Alhamdulillah carik punya carik, masih ade dan menepati requirements..psst yang hias ngan hundred thousand (ker namanya) tuh pun En.AAA bg idea jgk..heheh

Belum siap membaking semuanya, asyik jer yg nak makan tuh tak putus2 mintak..so inilah yang tinggal tuk dibawak kesekolah.. 

Tak cukup ngan cupcakes aku kirimkan camera aku kat En.AAA sruh bagi cikgu amek gambar kanak2 riang berparti..yer lah mana aku dapat tengok kan apa yg mereka buat disekolah..setidak2nya gambar2 tuh boleh dijadikan kenangan buat Aidan suatu hari nanti..inshaallah..

Gambar kelas bersama his teachers..Nahish yg comel tuh takder dalam gambar sebab sakit..

Nie gambar zoom dekat sikit..tergezut aku tengok anak bujang pegang tangan fijian gal bermata biru sebelah dia tuh..tak menahan..barulah aku sedar yang dorang nie kan budak2 biasalah..:). tengok gambar tadika nie teringat lak kesah Lydsunshine yang satu tadika ngan asbennya dulu..dan akhirnya dah besau2 bertemu jodoh..heheh

Kanak2 riang makan aiskrim kat luar kelas...seronok nampaknya mereka..

Gambar bersama2 ngan semua budak2 tadika..aku nak sangat simpan gambar gini supaya one day dia boleh tengok balik.. tak tahulah nanti ade sessi bergambar yang kindergarten buat kan.ceria muka anak2 yg innocent nie kan...:)

Acara makan2...korang tengok siAidan nie kenapa makan sorang2 atas meja tuh..aku pun pelik bila tengok gambar nie...tanyalah dia..katanya sebab dia takder plate, so makan atas tissue jerlah takder pinggan extra...Ohhh rupanya aku lupa bagi pinggan lurus bendulnyer mak dan bapaknya, cikgu tak tulis maka tak dibekalkannya..dia kata tak kesah pun, still very hepi..last2 byk yg dia tapau buat balik makan umah...hmmm

Wednesday, 23 April 2014

[WW] Menunggu Masaknya Buah Sulung

Oct'13 mula berbunga

Jan'14 makin berbuah

Mar'14 mula masak

Last week

 20th April petik

 Hari nie

Sedang eloknya masak manis bersari

Overall dekat setahun jugak dari tempoh menanam hingga mengecap hasil..tapi bergantung jugak kepada jenis betik itu sendiri ade yg cepat berbuah ade yg lambat. Once masak, semua akan masak beransur2 ikut turutan..enough stok betik sebagai fresh fruit kami for sometimes...

Inshaallah buah dari pokok2 lain jugak turut menyusul..:)

Tuesday, 22 April 2014

Baru Selamat Untuk Dituai

Kalau minggu lepas aku menuai sawi putih yang baru diracun pada sebelah malamnya (seperti dalam entri nie)..namun kerana Allah masih lagi memberikan penangguhan, alhamdulillah...kalau tidak dijemput maut pun kesan sampingan dari racun yang masih baru disembur pada tanaman amatlah bahaya..wallahua'lam..

Bila bercerita pasal termakan racun nie selalu aku teringat akan cerpen sedih 'Nasinya Tumpah'..dimana anak yang nasinya tumpah itu sorang sahaja yang terselamat dari memakan masakan kulat, dimana kulat tuh yang baru diracun oleh bapaknya..(betulkan kalau salah yer sbb dah lama dah cerpen nie). Selingan pulak..

Temph yang selamat untuk menuai tanaman yang telah diracun adalah seminggu sekurang2nya..namun sayuran hijau terutamanya amatlah senang diserang perosak seperti ulat..sebab itulah kalau tanaman komersial mereka selalunya menggunakan racun..kami pun gunakan racun jugak bila dah kronik sangat serangan..

Dan tanam yang komersial jugak tak dapat kita pastikan adalah mereka betul2 tunggu sehingga cukup seminggu baru tuai dan jual...kebanyakkan yang kami dengar (kat Fiji ni lah), lepas 3 hari disembur racun , tak tunggu seminggu, mereka dah tuai dan jual dipasar..

Seperti prinsip En.AAA nak lebih selamat tanamlah sendiri sayur hijau dan tunggulah sampai boleh tuai..seboleh bolehnya elakkan daripada membeli dari pasar.

Jadi aku pun sebagai isteri yang taat kan tunggu dan bersabar hinggalah dapat mengecap hasil dari ladang sendiri..alhamdulillah..

Nampak tak sayur kelihatan lebih segar setelah dihapuskan perosaknya...daun2 yg berlubang pun tak ketara sangat.


 Bahagian tengah yg berdaun muda selalu menjadi mangsa serangan..nampaknya telah pulih..

Tumis air dengan suhun dan direncahkan dengan sedikit kiub ikan bilis..lada besar sebijik-sebijik bertangkai lagi tuh gara2 anak bujang takleh makan pedas..dia tak makan sayur tapi supnya sahajalah buat kuah.. Menjadi hidangan ringkas lunch aku ari nie...Alhamdulillah makan bertambah, perut kenyang,..I'm the happiest person in the world..:)

Monday, 21 April 2014

Resepi Lima Bintang Penkek Gebu dan Sedap

Oklah menunaikan janji tuk korang, aku letakkan resepi penkek nie..malas nak simpan lelama dalam draft..

Actually tuk dapat resepi yang paling best not easy..nak cipta sendiri memang dasar yg tak pandai lah kan..so kenalah rajin mencuba tuk tahu yg mana paling best kan..

Tapi banyak sangat tuh kalau nak cuba semua yg dalam internet nie...huhuhu..

Kalau aku lepas google carik, tengoklah yang komen2 daripada mereka yang pernah mencubanya..kalau fr website omputih  biasanya dorang letak rating lagi..so dapatlah kita buat perbandingan kan..


Anyway antara website resepi omputih yg agak boleh dipercayai setelah aku mencuba pelbagai resepi adalah dari Allrecipes.com, mudah pun mudah resepi yg dorang share kan kat situ..

So inilah resepi penkek yang the best aku pernah cuba so far: (resepi asal sini)

Bahan-bahan :
- 1 cawan tepung gandum
- 3/4 cawan susu segar
- 2 sudu besar cuka (white vinegar) 
- 2 sudu besar gula
- 1/2 sk garam
- 1 sk baking powder
-1/2 sk baking soda
- 1 biji telur
- 2 sb butter
(tak sangka aku boleh ingat bhn2 nie tanpa rujukan lak..heheh)

Kekdahnya
- Campurkan cuka kedalam susu segar, kacau dan biarkan sekurang2nya 5 minit (sambil prepare adunan lain)
- Campurkan bahan2 kering - gandum, soda bikarbonat, baking powder, gula, garam..gaul rata
- Pecahkan telur, masukkan butter yg dicairkan..kacau rata kemudian masukkan kedalam susu yg bercampur cuka tadi.
- Masukkan campuran bahan2 kering, kacau & gaul rata.
- Rehatkan sekejap..kurang2 10minit..
- Panaskan non stick frying pan & sapukan dengan sedikit minyak atau butter..kemudian masaklah..

Makan dengan butter atau peanut butter pun sodap..

Selamat mencuba yer nanti bolehlah aku gie jamu selera kat umah korang lak ..:)

Easter Holiday Kami

Cuti agak panjang bermula Jumaat hinggalah hari ini kerana penduduk yang beragama Kristian meraikan Hari Easter. Kat sini biasalah kalau holiday semuanya tutup..supermarket tutup, kedai2 tutup..janganlah nak bercita2 pergi shopping...

Tutuplah sebab dorang kena pergi Church kan tuk menyambutnya besar2an selama 2 hari..

So dok umah menghabiskan masa dengan family pun tiada tolak bandingannya jugak kan nikmatnya...

Sesambil melayan anak..masak yang best2 sikit..dan layan kebun sikit..jadilah kan...:)

Masak tuh takderlah special sangat pun..hehe..cuma kalau bekfes asyik makan roti hari2 pun bosan jugak..sehari dua bolehlah..lagi 2 hari kena jugak rajinkan diri masak benda lain kan..

Cam semalam bekfesnya buat dosa lagi..hehe

Puas ati kan makan dosa atau thosai buatan sendiri..boleh makan sepuas2nya sampai dua kali makan beberapa bijik dengan kos yang sangatlah minimal berbanding makan kat luar yang mana sebijiknya dah dekat RM10.00 kalau 3 beranak makan kalu..? huhuhu

Pagi nie lak makan ala2 penkek gitu..

Rajinkan aku masak sampai 2 jenis lagi tuh..heheh nak puaskan hati semua orang termasuk diri sendiri..

 Penkek yang paling sedap, gebu dan tinggi so far (ade ms aku share resepinya) ..En.AAA suka sangat nie sampai penkek version kelantan aku tak laku..huhuh

My tepung apam kelantan..adunan siap semalam..pagi nie cuma bakar atas non stick pan jer..aku sorang jer menghabiskan nie sebanyak 3 bijik..tak kesahlah janji best kan..:)

Ade sorang lagi yang tak dipuaskan ati masa bekfes so aku kena buat lain yang feberetnya masa tea break pagi nak baginya hepi sket..

Ahhh..wedges yang mom always know best kan selera anak bujang..tapi anak bujang nie hantu sos tomato betullah..sos abes lebih cepat dari wedges..huhuh..


Kenapa mereka sambut Easter kat sini beriya-riya?

Easter disambut oleh penganut agama Kristian sebagai memperingati atau merayakan Nabi Isa telah  dibangkitkan kembali selepas 3 hari disalib..seperti dalam New Testament..

Sedangkan hujah2 dalam Quran lebih kukuh tentang kejadian itu seperti didalam surah Annisa' ayat 157 :

"Dan juga (disebabkan) dakwaan mereka dengan mengatakan: "Sesungguhnya kami telah membunuh Al-Masih Isa Ibni Maryam, Rasul Allah". Padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak memalangnya (di kayu palang - salib), tetapi diserupakan bagi mereka (orang yang mereka bunuh itu seperti Nabi Isa). Dan Sesungguhnya orang-orang yang telah berselisih faham, mengenai Nabi Isa, sebenarnya mereka berada dalam keadaan syak (ragu-ragu) tentang menentukan (pembunuhannya). Tiada sesuatu pengetahuan pun bagi mereka mengenainya selain daripada mengikut sangkaan semata-mata; dan mereka tidak membunuhnya dengan yakin."

Dan juga dalam Sura Al Imran ayat 55,

(Ingatlah) ketika Allah berfirman: "Wahai Isa! Sesungguhnya Aku akan mengambilmu dengan sempurna, dan akan mengangkatmu ke sisiKu, dan akan membersihkanmu dari orang-orang kafir, dan juga akan menjadikan orang-orang yang mengikutmu mengatasi orang-orang kafir (yang tidak beriman kepadamu), hingga ke hari kiamat. Kemudian kepada Akulah tempat kembalinya kamu, lalu Aku menghukum (memberi keputusan) tentang apa yang kamu perselisihkan".

Kadang2 sungguh tidak tak paham kenapa mereka lebih cenderung untuk mempercayai sesuatu yang tidak benar mahupun mempunyai asas yang kukuh..Adakah mereka itu orang2 yang buta, bisu serta pekak yang tidak dapat kembali?

Nuffnang Ads