Friday, 26 October 2012

Bisikan Cekodok Ikan Bilis ..Pada Petang Sebelum Raya

Salam aidil adha,

Waktu tengahari tadi rasa mengantuk sangat. Baring2 untuk cuba tidur, hampir melelapkan mata tiba-tiba terdengar seolah-olah seperti bisikan yang membisik "naper ko tak buat cekodok ikan bilis, kan ikan bilis tuh banyak, buatlah"..dan terpikir betul jugak lagipun cekodok favourite tu, dah lama tak makan dan tak buat sebab takder ikan bilis yang best. So bila bangun dari tidur dalam pukul 2tghari masih teringat lagi akan bisikan itu, maka cepat-cepatlah buat.

Dulu masa kat tanahair selalu goreng cekodok ready made dari Adabi, cuma tambah lebih ikan bilis lagi kalau nak. Kali ini buat sendiri dengan tepng self raising flour, ikan bilis tumbuh dan hirisan bawang besar.

 Berwarna keemasan, garing diluar lembut didalam

 Ikan bilis bila ditumbuk kasar tidak ketara sangat dalam cekpdok namun cebisan2nya masih boleh dirasa lagi. Satu kemestian untuk letakkan cili potong, takder cili memang tak best.
  
Mesti cicah ngan sos baru sedap. Samada sos cili atau sos tomato, pun jalanlah.

Akhirnya dapat jugak merasa dan terasa seperti mesti buat lagi..tambah lagi banyak cili lagi baru best. Yang berdua lelaki dalam rumah ini tak tahan pedas, so untuk mereka takderlah cili...:)

Esok baru berayer kurban, namun tidak seperti ditanahair sepanjang disini tak pernah mendengar takbir raya berkumandag dari masjid (wpun azan boleh kdengaran waktu subuh)..kalau teringin sangat nak dengar takbir, cuma pasang takbir mp3. Hari Raya Puasa lagilah tiada takbir..hmmm mazhab berbeza-beza...lain pulak caranya....

14 comments:

  1. Sedapnya cekodok ni ummuaidan..nak buat tepung ja ada.ikan bilis xdak..huhu..mintak cekodok kat ummuaidan pulak la.hehe. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. meh sini hitomi..ummaidan bagi ikan bilis ngan tepung sekali,,,hehehe..takpun leh wat cekodok bawang ker takder ikan bilis..hhuhu

      Delete
  2. Assalamuakum ummuaidan...
    mgkn mazhab yg diorang sana ikut tak sama ngan org malaysia.. ape pun, esok raya kan.. petang ni mahgrib dah bley dengarkan takbir raya lah.. :D
    >> ape pun namppak sedap sangat cucur ikan bilis tu.. asben nani selalu gak wat.. sbb dia mmg penggemar tegar cucur.. ehehehe.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkumsalam nani...
      kat sini byk ikut mazhabnyadr pakistan india..takbir pun susah jugak nak dengar...mungkin sbb dok negara kaffir kan...

      nilah merasa ccur setelah sekian lama...:)

      Delete
  3. sodap ikan cekodok ikan bilis tu...fav k mar & En Din gak..ummuaidan search la radio malayssia..sinarfm kklfm ke.ut.sure dptdengar takbir raya..ok..nak kuar g raya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sodap kak...rs susah sket kak sebab masa berbeza lgpn tak tahum masa mana diorang nak play takbir tuh kan..

      Delete
  4. Owh my gosh! u buat sebelum raya, Lynn br petang tadi buat cekodok ikan bilis! Campur sikit bwg besar & lemon basil..habis sepinggan. Lynn dan anak2 x balik kg sbb yg sulung tu nak exam this Monday. Rizal jer yg balik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah...macam berjanji lak yerr...takper lah lynn dok jer ngan anak2 kan..sekejap jer ms berlalu..lusa dah isnin balik..janji anak dpt consentrate study..good luck to her

      Delete
  5. Wishing you "Selamat Hari Raya Haji"

    ReplyDelete
  6. Salam. Selamat hari raya aidiladha. masak apa utk hari ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam raya mak aji..masak biasa jer lah....:)

      Delete

Harap maaf sekiranya jejak anda tidak mendapat kunjungan balik yea,..mana2 komen yang berbentuk pertanyaan inshaallah akan cuba dijawab sebaiknya..kalau tak sempat tuh mintak maaf banyak2lah yer..:)

Nuffnang Ads