Gulgula adalah salah satu kuih muih tempatan yang selalu dihadangkan untuk minum pagi atau petang dan juga sebagai hidangan yang wajib pada sesuatu majlis. Kalau ditanahair macam kuih serimuka ataupun karipap yang selalu dijadikan hidangan bersama teh. Rasanya lebih kurang jemput-jemput manis yang selalu dijual digerai2 pada waktu pagi.
Seperti cekodok-cekodok gandum yang biasa kita makan, namum saiznya
lebih kecil, sebesar ibu jari kaki.
Bahagian didalamnya. Kelihatan agak gebu kerana dibuat menggunakan self rasing flour.
Cara membuat gulgula atau jemput-jemput manis ini adalah mudah namun jika salah teknik tidak akan mendapat rasa yang enak samada dari segi luaran atau dalaman. Bahan yang digunakan adalah self raising flour, susu tepung, gula, secubit garam, sedikit kismis sebagai penambah rasa. Namun kebiasaan bagi orang-orang disini meletakkan serbuk buah pelaga untuk aroma dan rasa. Kalau tak suka tak perlu letak. Paling utama bila menggunakan self raising flour adalah merehatkan adunan sekurang-kurangnya setengah jam, supaya adunan bila dioreng nanti isi dalamnya naik dan lebih gebu. Gereng dengan api sederhana, jika api kecil kulit boleh menjadi terlalu garing, jika api besar, bahagian luar nak hangit, bahagian dalam masih lagi belum masak.
Dihidangkan bersama teh susu atau CHAI yang menjadi kegemaran masyarakat tempatan.
sekali pandang memang rupa cekodok tepung kat sini... ;)
ReplyDeletemmg mcm cekodok tepung yg manis..lama2 makan akan rasa sedap jugak..akan suka jgk..
Deletetengah nak cari sth to eat. okay! courier to me
ReplyDeleteok..nanti i cepat2 bungkus..tunggu taww..
Deletenampak sedapnya gulgula. Pertama kali pekena chai di New Delhi beberapa tahun dulu, diletak halia dan pelaga. Tehnya direbus dgn rempah sekali dgn susu - memang piping hot! Sedap pula tu. Kat KL teh masala lebih kurang itulah tapi yg sana punya lg umph!
ReplyDeleteada diorng buat jugak chai halia & pelaga mak aji tp saya kurang gemarlah..dgn rmepah ratus bermasala dlm teh, nak pening..rindu teh tarik...hmmmmteh tarik + nasi lomak..
Deletenampak menarik gulgula tu.....
ReplyDeletesimple aje nak buatnya...
simple & mudah remy kalau kena caranya..kalo silap cara, mmg tak laku..
Deleteada iras2 cekodok tepung ^^
ReplyDeletebtul2..tp ini versi orngg sini..
Deletelame tak buat jemput2 ni....nnt nk bt la :)
ReplyDeletebuat jgn tk buat tauu
Delete