Hari ini hujan renyai-renyai namum sang bersarang rendah tetap juga meneruskan pengeraman disamping keluar sekali sekala mencari makan.
Susah nak snap walaupun zoom dah habis had, dia sentiasa alert pandang kehulu hilir
walaupun mengintai-gintai berselindung pun dia dapat tahu jugak.
Terganggu consentration, terus jer terbang blah.
Tukang bagi warning yang monitoring dari atap rumah jiran
(direct ditempatnya boleh tengok sarang)
Singgah diturus pagar untuk mencari peluang kembali kesarang
Wajah 'bakal ibu' close-up sikit
Selalu bergerak berpasangan
2 biji telur yang masih belum menetas, sarang pun sudah kebasahan hujan sebahagiannya. Dah masuk 6 hari daripada discovery (hari bertelur tak dapat dipastikan), lama jugakkan tempohnya..
Kesian jugak telur dia mengeram berhujanan, nak bagi payung kann.....
hehehe......tb2 pulak awak yang touching ke-ibuan siap nak bagi payung pula....hehehe..... Itu la,bila dah jadi ibu atau mak2 ni bila tengok haiwan lain mengeram atau menjaga anak dia,kita pun sama jugak merasa perasaan keibuan burung tu.
ReplyDeleteKalo nak payung sarang tu,payung kan je la cuma takut nanti burung tu tak kenal rumah dan terus tak terbang balik utk mengeram. huhu.
Betul tu wak, memahami perasaan keibuan burung tu..saya tengok rasa kesian, sebab bila telur basah habislah peluang dia...
Deleteadehhh..bg payung?akak ni biar btul.hihihi..xpe.lumrah alam.kang klu di kacau tkut tak mnjadi pulak..tak sbar gak nk tgk baby bird nnt :)
ReplyDeleteakak pun tak tahu yut baby tuh selamat ker tak nanti..dahlah akak kerap kacau sibuyung nie..heeh
DeleteAs salam ummu,
ReplyDeleteNi baru nmpk wajah sebenar bulbul di Fiji. Ada persamaan dgn merbah jambul di Malaysia. Yg ummu kata bakal ibu tu sebenarnya bapa. Spesis bulbul adalah burung yg berpasangan dgn pasangan sama sepanjang hidupnya. Mereka akan bersama2 menjaga anak sehingga mereka blh berdikari. Biasanya telur yg terkena hujan atau air mempunyai harapan yg agak tipis utk menetas. Dek kerana itu pasangan ini memilih bhgn pokok yg agak terlindung dgn dedaunan. Rumah tempat mereka bersarang dah tak beratap dgn dedaunan...
Salam en.adry..ooo jantan ker ..mcm mana blh tentukan jantan betina tu yer..sebab tgk yg ni selalu kesarang ini betina kot...sarang yang ini memang terbuka sebab baru jer potong dahan pokok tuh..mungkin rosak kot telur kerana hujan kerap2 kan..malam diorang mengeram lagi ker?
DeleteSaya sekdar agak melalui foto yg ummu papar kat sini. Kalau ada foto kedua2 burung ini, InsyaAllah ia blh dicam antara jantan dan betina. Secara asasnya, burung jantan lbh cantik, kemas dan berwarna warni berbanding burung betina yg bulunya agak kurang menyerlah. Kalau telur yg dierma tidak relalu sejuk, ia masih ada harapan utk menetas. Sbb itulah burung tak akan meninggalkan srg semasa hujan. Ia melindungi telurnya drp kesejukan. Waktu mlm pn burung2 akan terus mengeram. Ada beberapa spesis burung, yg jantan mengambil alih tugas mengeram dan ada yg langsung tidak meninggalkan sarang. Makannya dicari oleh pasangan jantan, siibu akan mengeram sehingga menetas dan anak2 membesar.
Deletebetul-betul abuaidan pun cakap mcm tu jgk..jantan pun mengeram.. tp yg nie sy tgk kosong jugak sarang kadang2 tuh..dua2 pegi outing...hehe...esoklah kita tgk cite burung lg..
Deletealahai kasihan itu burung..kalau benar begitu Adry, penatlah siibu memanaskan telurnya, rupanya telur dah kena hujan. kita doalah telur ini tidak menghampakan ibu burung tu.
ReplyDeleteitulah kan kak..tapi siibu tetap juga mengeram nie mcm mana..mungkin dia berharap kan kot...first babies..heeh
Deleteeh2 burung apa tu?
ReplyDeletedia buat sarang dekat rumah sis?
ini diorang panggil bulbul atau merbah..haaa sarang dekat garaj umah akak..
Deleteburung ada jambul :)
ReplyDelete