Wednesday, 31 October 2012

Tentang Masjid dan Minoriti Muslim Di Fiji Islands

Assalamualaikum,

Sempena hari raya haji yang telah kita sambut selama 4 hari yang lepas, marilah dikongsikan sedikit info, cerita dan foto2 berkaitan dengan masjid dan komuniti muslim tempat kami tinggal. Semoga dapat memberikan sedikit gambaran akan kehidupan muslim disini, inshaallah.

Masjid yang dibina dibawah kawalan Muslim League yang menguruskan semua hal ehwal muslim samada dari tarikh menentukan puasa, hari raya mahupun pengesahan halal haram sesuatu produk mahpun kutipan zakat dan distribution. Muslim organisations disini semuanya di uruskan secara sukarela oleh Executive Committee Members cuma tenaga kerja di bawah league sahaja yang dibayar. RISEAP mahupun WAMY dan lain2 muslim organisations diseluruh dunia banyak juga berkoordinasi disini.
Masjid yang dibina denga kos yang rendah (estimated around FJD 1 million), tiada kubah2 yang mahal2 dan besar untuk mencantikkan masjid,kebanyakkannya basic sahaja. Berbanding dengan masjid2 ditanahair yang mana kos pembinaannya adalah lebih tinggi, malah untuk decoration masjid, kubah dan panel pun boleh mencecah berjuta ringgit.

Tiada kolah untuk menyimpan air namun tempat mengambil wudhuk disediakan 
dibahagian luar masjid.

Tangga untuk menuju bahagian atas masjid. Biasanya digunakan hanyalah pada hari raya dimana jemaahnya lebih ramai. Pintu pada bahagian tepi kanan adalah ruang solat untuk wanita. Namun wanita tidak berpeluang solat berjemaah bersama lelaki. Ruang solat hanyalah untuk musafir wanita sahaja.

Pemandangan didalam masjid, ruang solat. Namun bahagian ini juga jarang digunakan pada waktu-waktu biasa memandangkan jemaah adalah amat sedikit. 


 Burung yang bersarang didalam masjid

 Ruang menuju ke mihrab/ prayer hall

Dibahagian inilah selalunya jemaah memenuhi untuk solat. Karpet yang rosak akibat banjir namun masih tiada gantinya. 

Ruang untuk imam. Masalah utama masjid ini tiada resident imam atau imam yang menguruskan masjid secara full time. Banyak yang telah berhenti kerana konflik dsbnya. Oleh kerana itu juga jumlah jemaah semakin berkurangan. Imam2 yang dipilih pun tidaklah begitu berkelulusan tinggi dalam islamic studies banyaknya kelulusan sekolah pondok2 dari india. Yang berkelulusan dari timur tengah banyaknya telah berhijrah kenegara2 lain.


 Pemandangan masjid pada waktu masuknya maghrib. Tidak sampai 10 jemaah biasanya datang bersembahyang dimasjid yang sebesar ini.

Pemandangan sebahgian masjid diluar pada waktu malam.

Islam adalah minoriti disini yang kebanyakkan dibawa oleh pendatang dari india lebih 5 generasi yang lalu. Kebanyakkan mufti atau imam disini berpahaman islam yang lebih cenderung kepada fatwa2 dari India. Juga terdapat 'sect' atau kumpulan juga disini seperti Tabligh, Milad-un Nabi dan golongan Shafie. Milad-un nabi banyak menjadi ikutan dimana mereka sangat mementingkan maulud/ selawat keatas Nabi berlebih-lebihan. Malah daripada sedikit bacaan saya tentang group ini mereka banyak menokok tambah tentang sejarah kelahiran Nabi dan jalan cerita diperhebatkan lebih dari sejarah asal. Malah banyak juga reference sejarah mereka tentang nabi2 yang lain juga berdasarkan bible yang tidak sahih akan faktanya dan banyak yang telah diubah. Yang betul-betul mengikuti ahlul sunnah wal jamaah biasanya terdiri daripada golongan yang lebih terpelajar dan mereka yang medapat didikan agama dari timur tengah.

Banyak juga kahwin campur antar muslim dengan hindu mahupun kristian seperti diIndia sebagai contoh Shah Rukh Khan, Saif Ali Khan dsbnya. Mereka tidak menukar agama bila berkahwin dan menjadi konflik pula bagi anak2 untuk memilih agama masing2. 

Yang muslim miskin juga senang ditarik ke agama kristian dengan desakan keadaan mereka. Kristian menjanjikan pertolongan hidup yang lebih baik, tiada lagi menagih simpati meminta sedekah dan sebagainya. Nipisnya agama menyebabkan banyak yang terjerumus. 

Bila kita berbicara tentang muslim, apa yang kita pikirkan adalah mereka2 adalah saudara seagama dengan kita. Bila muslim adalah majoriti dan mempunyai kawalan terhadap sesetengah undang-undang seperti di Malaysia gelaja murtad dan kahwin campur yang berdosa itu dapat dibendung sedikit sebanyak. Namun di negara yang undang-undangnya adalah tidak berlandaskan islam, mereka mendapat kebebasan dalam hidup yang mana menjadi penjara bagi mereka diakhirat nanti. Kita doakanlah agar saudara2 muslim kita disini bersatu dan bertambah pemahaman mereka tentang agama dan tidak mudah terpedaya. Ameen.

34 comments:

  1. Salam. Mendengar cerita Ummuaidan tentang masyarakat minoriti Islam di sana membuat kita berasa betapa bersyukurnya di negara kita agama masih terpelihara. Namun, gejala murtad dek desakan hidup terdapat di mana-mana, tidak terkecuali di Malaysia. Sayang sekali masjid sebesar itu tidak dimanfaatkan sepenuhnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sslam Mak Aji..btul yg masyarakat kita masih terpelihara namun ade jga dari sst segi terutamanya dari segi percampuran lelaki wanita mrk plk lebih bagus kerana kalau kenduri atau majlis mrk ttp adakan pengasingan..
      masjid jd begitu kerana pihak yg bttjwb tidak memegang amanah sepenuhnya untuk menghidupkan masjid...

      Delete
  2. Ummuaidan,

    bakpo oghe pue situ takdok pelue nok berjemaah ngn laki?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dini,
      ikut mazhab hanafi orng tino dilarang kemasjid takut menjadi fitnah dgn pakaian mrk ,wangian2 mrk..wallahua'lam..kurang2 utk solat raya bglah peluang kpd wanita utk mendengar kutbah raya spt sunnah Rasul

      Delete
  3. aminnnnn.. insyaALLAH.. kita doakan semua saudara muslim kita yang terbaik.. :)
    >>> thanks for the info.. sekurang2nya tahu gak perkembangan dan ilmu di tanah FIJI..
    >>> petang ni hujan lebat.. skrg gelap gelita walaupun blom kul 4ptg pun... tapi dah mcam 7.30ptg dah.. mesti jem kat luar tu.. :)
    >>> dulu dok puchong? tahun bila tu? nani dah dok sini 10 tahun.. mmmmm agak2 penah selisih bahu tak? :-? :P hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hujan yer kat sana..leh la dok diam2 tido dlm ofis hehehe..
      dok 5 thn yg lepas dekat ngan bkt puchong...mungkin lah kot

      Delete
  4. ummu..masjid ni berapa jauh dgn umah ummu..
    betul..bila baca pengalaman insan2 yang berada di luar negara...rasa bersyukur sgt dilahirkan dibumi malaysia ni...bab nak solat beribadat, nak makan, nak tido n etc..semua senang..Allah permudahkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. masjid nie dlm 2km nadia..
      mmg malaysia lebih senang kerana muslim majoriti, kebajikan muslim lebih terjaga..bersyukurlah dgn apa yg ade yer

      Delete
  5. Assalammualaikum dik.
    Ada peluang sedikit membaca catatan mu saat ini.
    Dah lah penganut Islam minoriti, berpecahbelah lagi..
    Inilah punca kemiskinan tu, miskin ilmu Allah, miskinlah harta. Kalau dah keadaan begini, rancanglah sungguh sungguh utk.Aidan menguasai Alquraan dan pendidikan menyeluruh tentang Islam, semoga dia akan menjadi Imam besar dibumi Fiji suatu hari nanti.Amin, Insyallah .

    Selalu berhubung dgn,penaja biasiswa bahgian agama Islam, cari maklumat banyak2, guna kawan2 yg.ada diMalaysia.Sentiasalah berhati hati ya. Terimakasih kongsikan maklumat begini, ia menyentuh hati, kerana Islam itu patutnya meriah dan kuat ikatan persaudaraannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'kumsalam kak.. orng2 india secara semulajadinya sgt berpegang kpd cara/ kepercayaan mrk..sbb tuh susah nak ubah mentaliti mrk2 ini..kalau orng kita fakir blh menjadi kafir..itu betul sbb imam tak kuat menahan dugaan
      Inshaallah kami ada plan utk aidan drp dia belum lahir lg utk jd mcm Sh.Yahya Ibrahim, berkhidmat pd msyrkt namun dgn penguasaan kumpulan miladun nie susah bg mrk yg btul2 learned scholars nak menguasai..
      Abuaidan sendiri nakkan aidan sekolah agama kat mesia, inshaallah.

      Delete
  6. Salam. Info yang sangat menarik untuk saya. Baru saya tau pasla kumpulan Milad un Nabi ni. Tak pernah dgr sebelum ni seriously. Kawen berlainan agama pun dah jadi perkara biasa bagi org India kot. Mcm Saif kawen dgn Kareena kapoor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Sy pun baru tahu ttg group nie disini..imam2 mrk kalau berpakaian mmg ikut sunnah namun ilmu mrk kalau kita dgr dari ceramah2 mrk masih cetek dan tidak berasas..kalau dkt india kan mrk senang karang buku apa shj ttg agama dan tidak akan di banned...

      Delete
  7. Terima kasih puan berkongsikan perkara ini. Apabila baca entri ini terus terucap Alhamdulillah. Syukur saya Malaysia masih lagi bertahan daripada serangan-serangan agama lain. Indonesia pun diasak kuat terutamanya oleh golongan liberal yang cuba meliberalkan agama Islam. Mengatakan semua agama adalah sama.

    Malaysia mereka mula masuk dan menjadi tanggungjawab umat Islam di Malaysia untuk menghalang dari perkara seperti itu terjadi.

    Dan juga, saya doakan agar muslim di sana terjaga iman mereka. Ameen.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wong..itulah adalah orang yg nak selewengkan pikiran umat islam dan tidak paham erti ketuhanan yg sebenar.
      pernah dengar ahmmadiah? indoneisa byk golongan ini..disini pun ada..malah ade masjid lagi..ahmmadiah ni kira sesat sbb mengaku dirinya nabi..tahu bila dia mati orng jumpa mayatnya dgn kepala dlm lubang jamban..

      Kalau pihak berkuasa islam tidak bendung ajaran terpesong byk yg akan tersesat aqidah.

      Kalau komuniti islam tidak kukuh susah kan jadinya..berpecahlah ummmat...nauzubillah

      Delete
  8. Info tentang Fiji yg saya ternanti2...

    Tak menghairankan sangat jika cuma 10 jemaah yg ikut solat fardhu di masjid Fiji krn masyarakat Islam cuma minoriti di Fiji. Yg menghairankan ialah di Malaysia, nama saja Islam agama rasmi dan masyarakat Islam majoriti tapi masjidnya selalu sepi...solat fardhu cuma satu saf adalah perkara biasa di dalam masjid2 yg indah dan berharga berjuta2 ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. JR...dimalaysia sy perhatikan dgn masjid yg mahal dan hebat, tp ummat islam pula tidak hebat dr segi islamnnya.. tak berbaloi kan.cuba tgk zaman rasulullah mcm mana masjidnya..& mrk2 yg bersembahyang diatas tanah begitu sahaja.. bykkan umat islam take for granted dari segi solat berjemaah..lebih leka dgn urusan dunia...

      Delete
  9. Aminnn...
    less is more... saya suka konsep masjid tersebut... cantik... ringkas dan tak berlebih-lebih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul eja.. kala berlebih2 tp tidak dimanfaatkan sepenuhnya tiada guna jgk..sema masjid kat sini ringkas jer designnyer..

      Delete
  10. Trima kasih kongsi info ni ummuaidan.dpt jgk tau pasal masyarakat islam kat sana.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama hitomi..moga2 dpt membuka mata kita ttg dunia islam diluar negara kita jugak kan..

      Delete
  11. Terima kasih Ummu Aidan, best entry ni. Saya suka melihat binaan masjid di Fiji ni, rasanya praktikal & tidak membazir. Tapi sayang lengang ye. Saya berdoa, nanti mereka dapat imam fulltime yang bertauliah, insha Allah amiin. Tapi betullah, bila di negeri Islam minoriti baru kita tahu nikmatnya kita dah belajar Akidah dan Fardu Ain di sekolah, dah tahu sedikit sebanyak Sirah Nabi, senang pula hendak beribadat di tempat kerja/belajar.

    Sedih juga yang wanita dihalang berjemaah di masjid. Kadangkala itu adalah culture mereka, bukanlah bersandarkan ajaran Islam. Saya sendiri di UK dahulu pernah dihalang tumpang solat di belakang kawasan jemaah lelaki (kerana tempat wanita sedang direnovate). Nasib baik ketika itu suami saya ada, maka dialah yang bertanya kepada lelaki tersebut: "habis tu kalau isteri saya tak solat Asar, kamulah yang hendak menanggung dosanya?" Kalau saya berdua dengan kawan perempuan saya, kami memang buat degil sahaja, solat di tepi pintu ke kawasan jemaah lelaki. Namun begitu ini satu isolated incident di sebuah masjid kecil di luar London. Kalau di masjid lain di UK, tiada yang dihalang masuk ke dalam masjid. Hatta ada sekali tu saya pernah tersilap, solat di masjid Shiah. :-) Semua orang di situ buat selamba sahaja, agaknya diorang dah biasa dengan 'orang asing' di masjid mereka. Saya hanya sedar itu masjid Shiah apabila orang lain solat dengan meletakkan batu kecil di tempat sujud mereka. :-)

    Tapi apapun solat Raya di UK memang the BEST. Rasa bersatu hati sungguh walau berbilang bangsa. Pakaian Raya masing-masing pun seronok kita melihatnya. Biasanya selepas solat Raya, akan diadakan games dan memberi hadiah untuk anak-anak di masjid. Meriah sungguh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mama ponkey..thanks kerana share ngan bersama-sama experience dan thoughts. really appreciate it. Seronok sharing experience kan.
      Saya sebenarnya paham kalau wanita tak dibenarkan kemasjid kerana takut fitnah, namun yg saya tak boleh terima dimana pd waktu eid pun tak boleh pergi sedangkan sunnah kan wanita keluar bersolat hari raya. Pd awal sy tinggal disini dimana2 kami pergi setiap bandar mmg ada masjid tp tiada menjadi kebiasaan wanita menumpang solat musafir, orng pandang mcm sinis. namun kemudiaanya barulah ruang utk wanita ditambah dibelakang...dptlah solat ms musfair kan..
      itu belum lg kat sekolah atau tpt kerja,sesetengah tpt tak benar solat..maka terpaksa qada solat zohor mahupun jmaat. mcm abuaidan kena transfer kat kuffar school next year tak tahulah boleh solat ker tak..dia selalu hendak bekerja utk muslim community namun bila dah ketpt kuffar mcm takder purpose lg kan..


      Delete
    2. Betul sunnah tu masa Eid semua orang ke masjid. Hairan juga kalau masa musafir tu tak ada kemudahan wanita solat? Yang saya suka di UK dulu wanita pun pergi solat Jumaat. Saya pernah join sekali dua je kot, itupun masa cuti sebab space di masjid kecil tempat belajar saya dulu sempit untuk jemaah lelaki berJumaat, apatah lagi wanita. Yang saya join tu semasa hari cuti di masjid lain yang lapang.

      Aduhai, kesian AbuAidan. Inilah ranjau perjuangan! Saya doakan adalah kemudahan solat tu nanti, atau kekallah di sekolah sekarang. Semoga dipermudahkan Allah...

      Delete
    3. Thanks mama atas doa itu...namun dengan beralih ke sekolah kuffar rsnya bakti ditabur tidak menjadi seindah spt menolong anak2 muslim kan...apapun semoga dipermudahkan..inshaallah..

      Delete
  12. Berkenaan grup Islam, pengalaman saya bila Islam minoriti memang ada bermacam jenis grup. Kita harus menggunakan ilmu yang ada untuk menilai sendiri. Saya sendiri senang bersama grup local (keturunan Caucasian, Pakistan, Bangladesh, Afghan, Africa, Melayu pun ada) Milad Nabi/Tasawwuf ketika di UK dahulu. Mungkin saya bernasib baik bertemu golongan yang berpegang kepada Ahlus Sunnah wal Jamaah & mereka mempunyai ramai guru/pelajar yang terlatih di Timur Tengah, & sentimen perkauman/culture negeri sendiri ditolak ke tepi. Jadi semua yang dilakukan adalah berdasarkan Quran & Sunnah. Yang saya seronok, kami berlainan mazhab (majoriti mazhab Hanafi) tetapi dapat beribadat bersama-sama tanpa memperlekehkan mazhab lain. Bahkan saya sendiri sempat mendengar beberapa kuliah berkenaan wudu di dalam mazhab Maliki. Baru saya alami sendiri, betapa besarnya rahmat Allah, kita berbeza sedikit sahaja dalam mazhab (perkara cabang) tetapi sebenarnya kita sama sahaja. Saya sangat enjoy kuliah kitab Syamail Tirmidhi, berkenaan peribadi Rasulullah sallallahu alaihi wa alihi wa sallam yang disampaikan oleh guru mereka yang bertauliah, yang ijazahnya sampai kepada pengarang kitab tersebut, iaitu Imam at-Tirmidhi sendiri. Bila sampai ke bab di mana menceritakan kemangkatan Baginda, begitu tersentuh hati Ustaz tersebut sehingga tidak dapat meneruskan kuliahnya kerana menangis. Saya pun terfikir, ya Allah, betullah iman aku ini masih belum sempurna, kerana masih tidak cinta kepada Baginda lebih dari cinta kepada diri saya sendiri. Ramai di kalangan mereka, menggunakan rasa cinta itu untuk memacu diri mereka untuk lebih rajin beribadat. Mereka ini, suka solat malam, suka baca Quran, berzikir dan menghadiri kuliah ilmu. Respect kat diorang ni.

    Tapi saya tidak mengasingkan diri daripada grup lain. Yang mana saya rasa boleh masuk, dan tidak melanggar hukum, saya join sahaja, Sebab seronok berkawan dengan saudara sesama Islam bangsa lain ni. Geng non-local Saudi pun turut saya join, saya sayang mereka ini kerana mereka ikhlas menegakkan agama di negeri kafir. Kalau solat Tarawih saya memang join mereka ini, sebab dekat dengan rumah saya, plus they are very welcoming, maka ukhuwah itu sungguh terasa. Berbuka puasa bersama-sama, solat pun bersama. Pun saya rasa saya bernasib baik, syukur bertemu grup yang warm dan baik macam ni, sebab ada dengar cerita ada grup yang lebih harsh sikit cara mereka. Kalau ada birthday party anak, mereka akan selitkan dengan ceramah oleh Ustazah jemputan, jadi majlis itu menjadi majlis ilmu juga. Diorang ni juga, siap buat kelas agama hujung minggu percuma untuk wanita dan kanak-kanak. Ni pun 100% voluntary juga. Sedih melihat ramai anak-anak Islam di sana amat jahil hal agama. Wuduk pun ada yang tak lepas. :-(

    Halamak panjanglah pulak. Sorry ye Ummu Aidan macam kita tulis blogpost di sini pulak. Sebab topik ni memang best. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takper mama ponkey kita seronok baca sebab itulah kongsi ngan awak semua info ini.
      Saya alhamdulillah kira abuaidan nie mmg yang tahu membezakan diantara yg sects dalam islam nie & mengikut sunnahwaljamaah. dia pn mcm mama juga bergaul dgn semua golongan disini mahpun tabligh atau miladun & jika ketiadaan imam biasanya dia jika dtg jemaah yg ad menyuruhnya jd imaam..sebab kita ketara dia dimana2 group jd boleh diterima oleh semua group. ada jgk hafiz school yg tak sempat sy cerita diatas, namun alirannya lebih kepada sekolah2 pondok diindia (that's why kami taknak hantar aidan kesini)..dari segi tilawah quran masih lg menyedihkan..bahkan jika kita dengar p'tdgingan tilawah disekolah2 coraknya sama shj..tajweed masih byk yg salah. dlu ade niat nak mengajar tajweed (wpun tak cukup ilmu), namun susah nak ubah tradisi orng disini, sssh mrk nak terima pembaharuan.
      Dulu banyak ulama' lulusan timur tengah ditaja oleh kerajaan saudi utk dakwah disini namun byk sangat ttngan dr sects disini..hari ini takder sorang pun..
      mubaligh kristian mmg aktif disini..kdg2 pagar umah saya pun byk diketuk..ade sekali sy tengah ddk2 ngan aidan pakai telekung semayang ngan quran ditangan mrk masih lagi mintak izin nak masuk..nak beri dakwah..kalau abuaidan ada dia benarkan msk, bukan apa nak confusekan mrk itu lg dgn apa yg mrk dakwahkan.. sy tak bg masuk sbb kena mintak izin suami dulu kan..
      mmg betul juga cinta kita pd rasul tebal.bila kita baca sirah dan sampai bab wafatnya Rasl mmg hidup kita pun rs kelam dan sgt sedih..tp kalau tak rs sgt tuh maknanya masih cetek lg la tuh..
      apapun thanks for sharing..btw buat islamic studies kat UK ker?

      Delete
    2. Alahai reply panjang lebar kita lenyap ditelan Blogger. Ok saya cuba tulis sedikit:

      Saya rasa teruskan niat UmmuAidan tu, tambahkan ilmu, kalau tiada guru tajweed tengok kat Youtube buat sementara, banyak video bermanfaat. Sebab kawan saya seperti UmmuAidan juga. Last sekali dia mengajar tajweed dan Quran di kedutaan Malaysia di luar negara untuk anak dan staf kedutaan. Sekarang di Malaysia, saya sendiri berguru dengannya. Yakin boleh, sesungguhnya insha Allah akan tiba masanya khidmat UmmuAidan dicari oleh mereka yang dahagakan ilmu tajweed. Memang betul, orang kita tajweednya alhamdulillah, cuma mungkin orang tak konfiden sebab kita bukan Arab. Tapi saya lihat ramai orang Arab yang impressed dengan tajweed orang Malaysia ni. Termasuklah guru tajweed mereka :-) Alhamdulillah.

      Kita doakan semua orang Islam tetap di Sirat al Mustaqim, dan tidak semata-mata berpegang pada tradisi lapuk. Alhamdulillah keluarga UmmuAidan dapat diterima semua pihak. Insha Allah mereka akan berubah sedikit demi sedikit, mana tahu, bergaul dengan famili UmmuAidan mampu membuat mereka berubah suatu hari nanti.

      Hehehe bagus betul AbuAidan ni. Saya kalau disapa 'Jesus loves you' dah perkara biasa. Lagi kita pakai tudung lagi dia nak goyahkan kita. Kita senyum je, kalau tengah mood nakal jawab Allahu akbar atau Allah loves you too! Tapi kalau sekarang disapa begitu saya akan jawab, "I know he loves me. I love him too. But you should know and love Muhammad too.'

      Oh, saya belajar sains, bukan Islamic studies. Tapi bila di luar negara dulu, rasa ceteknya ilmu di dada. Di Malaysia kita perasan kita ok je. Syukur Allah pertemukan dengan kawan-kawan di luar negara yang cintakan Islam dan ilmu, sanggup menerima saya sebagai sahabat dan bersama-sama kita hadiri majlis ilmu. Banyak lagi yang saya jahil ni. Amal pun tak cukup.

      Delete
  13. bila minoriti ni klu tak bersatu mmg senang akan terpengaruh..harap dgn ada perkongsian macam ni adalah pihak yang terpandang akan permasalahan di Fiji ye kak.... :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmmm..betul tuh yut..patutnya akak buat dalam english so byk sikit exposurenya..agar phk2 luar mungkin dpt nolong kan...

      Delete
  14. salam mama.. dulu ms ustaz fr indon yg married to m'sian dok sini mrk dpt jgk belajar agama better, tajweed dsbnya..dia dah pindah m'sia dah skrang nie..byk yg berkelulusan agama yg tinggi migrated sbb itulah mrk yg kat sini masih lg ketinggalan.
    niyat tu masih tersimpan.cuma iniative yg takder lg..hmmm.abuaidan kata mulakan dgn aidan dulu mana tau mrk buka mata ..rsnya inshaallah blh ajar tajweed krn dulu pernah belajar ng ustaz r uzbek dan alhamdulillah jgk dipermudahkan hifz.. nabi pun bersabda"the best of u who learns quran and teach it"..(betultak..lebih kuranglah yer..)..
    thanks for encouraging ..bilalah nak mula ngan nak dtg yg the 2nd lak nie..hmmmm...
    biasanya ramai student yg belajar kat west akan jd lebih alim kan especially gals kala kena the right group..itu yg sy notice..
    (btw kalau type pjg2 takut ilang ..copy dulu semua words sbm publish)..hehe .
    Somehow it's good to know and share with someone who loves deen like you.. bukan senang nak jumpa..kebykkannya tahu ckp berdegung2 jer..hehehe

    ReplyDelete
  15. As-salam
    Entri ummuaidan mengenai masjid dan Islam di Fiji itu informatif sekali. Terima kasih berkongsi. Ia menjadikan saya lebih teringat akan hakikat kehidupan manusia, yang Allah sebut, bahawa Dia jadikan kita berpuak-puak (hatta di kalangan sesama Islam pun ada "puak-puak") supaya kita saling berkenal-kenalan dan berbaik-baik.

    Acapkali, malang dan walangnya, berpuak-puak itu langsung kita kaitkan dengan konflik dan perpecahan.....

    Di mana-mana pun, termasuklah di Fiji, semoga sesiapa saja yang berilmu dan berkemampuan (dari segi sumber dan seumpamanya) dibuka hati mereka oleh Allah untuk membantu mengembang dan menyempurnakan Islam. Masing-masing tentulah dengan cara tersendiri. Paling kurang, sama-samalah kita selalu berdoa semoga Islam terus berkembang di sana sini, dan para muslim sentiasa di dalam peliharaan Allah, di dunia dan akhirat.

    ReplyDelete
  16. assalamualaikum,
    Read about the Muslims in Fiji. Our Imam (Masjid Jamaah Ahlussunnah Bahamas) is a graduate from Medina University in Saudi. If you are interested I can email the khutbahs and study sessions Insha'Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wkumsalam..
      kalau sudi bolehlah email khutbah kat oursimplegarden@gmail.com..thanks yer..

      Delete

Harap maaf sekiranya jejak anda tidak mendapat kunjungan balik yea,..mana2 komen yang berbentuk pertanyaan inshaallah akan cuba dijawab sebaiknya..kalau tak sempat tuh mintak maaf banyak2lah yer..:)

Nuffnang Ads