Sejenis tanaman yang tidak memerlukan penjagaan, boleh ditanam dan ditinggal begitu sahaja untuk tempoh yang lama, tidak perlu risau akan masalah-masalah tanaman. Juga tanaman yang paling sesuai dimusim hujan, cepat sahaja tumbuh.
Keratan-keratan dari batang pokok yang telah matang, pacakkan sahaja kedalam tanah
yang telah dicangkul dan dilonggarkan. Mana yang sudi akan tumbuh sendiri inshaallah.
Bila tanaman lain 'susah hati' dengan kelembapan yang lebih, ianya sangat menyukai
tanah yang lembap untuk awal pertumbuhan. Baru semiggu lebih dipacak,
kerana hujan yang kerap sekejap sahaja tumbuh.
Yang sama dengannya, kini 4 bulan lebih usia. Mampu hidup walaupun berada ditepi rumah
dan dihadang oleh pokok-pokok pagar daripada mendapat cahaya matahari sepenuhnya.
Tidak hairanlah dinegara ini tanaman ini ditanam dimerata-rata tempat dan merupakan makanan asas penduduk native (asli). Jika malas bekerja pun mereka masih boleh hidup dengan gembira walaupun hanya cassava yang mampu dijadikan suapan harian.
Cassava atau ubi kayu yang ditanam besar-besaran diseberang jalan oleh penghuni
pusat pemulihan penjara sebagai makanan utama mereka.
Bukanlah hendak mengatakan penduduk negara ini malas, tetapi tanaman ini memang senang hidup dan tidak sesusah dan berisiko seperti menanam padi. Iika kita malas hendak bertanam sekurang-kurangnya kita boleh mencuba dengan menanam ubi kayu dahulu. Setidak-tidaknya ada juga tanaman yang kita pernah tanam. Dalam musim hujan dan banjir pun seronok juga makan ubi kayu dengan kelapa parut.
Saya setuju. Orang Asli di Malaysia pun begitu puan. Mereka guna teknik tebang dan bakar hutan untuk hanya menanam ubi kayu. Senang kata mereka.
ReplyDeleteTeringat pula zaman semasa penjajahan Jepun di Tanah Melayu dahulu.
Selalu biasa sebut makan ubi kayu teringat yg kita selalu pikir makanan orang asli.. pun begitu orng kita lebih kreatif dlm membuat kuih muih guna ubi kayu
DeleteBbetul tu, senang tumbuh..pucuk pon seda cicah budu p
ReplyDeletepucuk yg kat sini pahit sikit la dinie..cuba skali dah takleh daa...rindu buduu...
DeleteGulai pucuk ubi (daun yg halus panjang) dgn telur ayam. .lauk emergency kata arwah MIL..yg k mar makan.. tersangatlah sedapnya..and that was her last dish yg kak mar & famili rasa
ReplyDeleteOoo..ngan telur ayam yer...? yg pernah makan gulai kuning pucuk ubi kayu jerr..alaa buat getuklah sedap kak..takpun tepung boko
DeleteErr tepung boko camne yek..getuk ubi akak tau la..ni kena buat entry jugak ni..
DeleteHEHEHE...tepung boko tuh ubi kayu parut, taruk santan & gula melaka..pastuh kena stim laa...sedappp..
DeleteJauh ubi kayu ni merantau ya, asalnya dikatakan dr South America terkenal juga di Afrika. Nenek saya dulu kasi makan ubi kayu untuk ayam-ayam. Tanam sendiri itu yang termampu, nak beli jagung mahal. Tanam di Sungai Buloh sekarang pula itik angsa gali makan, tuan-tuan rumah yang tanam tak merasa :(.
ReplyDeletehmmm....ayam makan ubi kayu ker, biasa dengar ayam makan nasi..hehehe..best jugak ayam itik tukangg kebun dapat makan variety..tuan-tuan rumah makan sayur yg best...:)
DeleteLama x dengar nama kuih tepung boko! Pun dah lama x makan! Ummuaidan org pantai timur ke??
ReplyDeleteSedap kan...bungkus ngan daun pisang..kat sini panggil bakololo..yer mak aji saya orng kelantan
Delete