Showing posts with label Paratha Kentang. Show all posts
Showing posts with label Paratha Kentang. Show all posts

Sunday, 7 April 2013

Indian Style Breakfast - Paratha Kentang

Hari minggu begini seronokkan bawa anak2 sekali sekala breakfast kat luar..kat kedai mamak ker pekena roti canai & teh tarik barang sebiji dua...hmmm.itu hanyalah dlm angan2 dan kenangan..dalam realiti hidup ditempat yang berlainan.cara hidup pun berbeza.. suaikan diri dan redha sahajalah apa yang ada...:)

Alhamdulillah E. Abuaidan bukan jenis cerewet mahupun  mengada2 dari segi makanan..tiap kali bila tanya apa nak makan jawapan yang biasa adalah 'whatever that is easy for you ...." yg easy adalah takyah buat apa2 kan...hehehe

Anyway back to our breakfast..sekali kala hujung minggu ade jugak merajinkan diri buat something different selain makan bread & jem sahaja..kadang masak nasi lemak..kadang pancake...kadang biskut jer..hehehe.. jika terlebih rajin sket masak thosai ataupun paratha special....

Seperti pagi ini masak paratha kentang, cicah ngan kuah dhal....

 
Actually masa kat Malaysia tak pernah makan paratha kentang nie.. kat sini pun bukannya regular breakfast orang2 sini..cuma dolo2 kala masa awal2 kawen terajin try resepi baru (nak impress cik asben kunun2 lah)..Actually resepi nie pun bukan di amek dari indian original recipe namun..daripada myresepi, resepi olahan orang2 Melayu kita gak...Alhamdulillah big boss memang sangat2 suka ..begitu jgk boss kecik yang akan makan banyak sikit kalau buat nie.....so kalau ade sedara mara bermalam kat sini..nak impress dorang kunun2..selalu jgklah buat nie..:)

So ..mari belajar buat roti paratha kentang kat umah tanpa perlu gie kedai mamak....

Resepi roti paratha kentang :

Filing/ Isi kentang
  • Sebiji kentang sederhana besar direbus sehingga empuk
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam, lada putih, jintan manis, garam
  • 1 sudu kecil hot masala
  • beberapa tangkai daun ketumbar yang dihiris kecil
  • sesuku bawang besar yang dihirs halus..
- Lenyek kentang dan gaul semua bahan2 sehingga rata, bulatkan dan membentuk bebola kecil...ketepikan kejap..

Paratha kosong

  • 1 cawan gandum
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sb minyak
Gaulkan kesemuanya..kemudian masukkan air panas yang telah direbus 5 minit lepas..mix sehingga membentuk doh yang lembut...

Bahagikan kepada beberapa bahagian yang lebih besar daripada bebola inti kentang..

Letakkan inti kentang didalam doh kecil paratha kosong yang telah dileperkan..

Tutup dengan kemas...pastikan paratha yang membaluti kentang itu tidak terlalu nipis..

Leperkan seperti diddalam gambar

Leperkan menggunakan penggelek sehingga nipis..tetapi pastikan agar inti kentang tidak terkeluar..tebal sikit tak mengapa...(gunakan lebih tepung gandum agar mudah digelek dan tidak melekat)

Goreng diatas kuali leper yang tebal menggunakan minyak sapi atau butter dengan air yang kecil..balik2kan sehingga garing..rupa & bentuk tak perlulah sempurna sangatkan .janji sedap utk dimakan ahli keluarga..:)

Roti paratha yang telah siap dimasak...

Sesiapa yang minat indian food tuh bolehlah mencuba yer...:)

Nuffnang Ads