Saturday, 6 October 2012

Tertanamlah Pokok Buah-Buahan Idaman..

Alhamdulillah hari ini sempurnalah usaha Abuaidan menanam sedikit pokok buah-buahan dilaman hadapan. Sebenarnya laman hadapan rumah adalah bertentangan dengan jalanraya dan diseberang jalan pula bus shelter, jadi kalau bas berhenti sekiranya kami berada dilaman hadapan orang-orang yang berada didalam bas dapat melihat laman. Jadi sebagai cover up sikit dan juga untuk teduhan daripada panas cahaya matahari sewaktu lepas zohor, elok juga dengan adanya pokok yang agak besar. Juga untuk mendapatkan sedikit privasi sewaktu berada dilaman hadapan.

 Barisan untuk pokok-pokok yang baru ditanam.

 Pokok pisang dari jenis yang agak rendah, orang -orang tempatan memanggilnya 'chinese banana'

2 Pokok betik dari jenis 'Hawaiaan Pawpaw' yang telah lama kami cuba untuk menanamnya.

Semuanya pokok diambil dari rumah jiran, sudah agak besar setelah cubaan menanam daripada benih tidak berjaya.  Semoga dapatlah kami merasa pisang renek dan Hawaiaan Pawpaw yang sedap dan terkenal ini, inshaallah.

2 comments:

  1. Setuju..privasi sikit utk aktiviti menanamkan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Privasi bila nak menanam, nak duduk2 kat depan..spy bila bas dtg taklah kitorang terkejar2 bersembunyi kan, malulah org ramai2 dlm bas, dahtu pulak satu skolah tahu umah cikgu dia nie..heheh.

      Delete

Harap maaf sekiranya jejak anda tidak mendapat kunjungan balik yea,..mana2 komen yang berbentuk pertanyaan inshaallah akan cuba dijawab sebaiknya..kalau tak sempat tuh mintak maaf banyak2lah yer..:)

Nuffnang Ads