Tuesday, 2 October 2012

Berkebun, Berkongsi...

Assalamualaikum & peace be upon you all.....

Dalam seminggu dua ini setelah kacang panjang dari kebun mula mengeluarkan hasil, alhamdulillah hasil yang banyak dengan 3 tempat yang berbeza kacang ditanam. Boleh dikatakan setiap hari kena harvest kacang panjang.

Makan untuk berdua sahaja, pun bukanlah hari-hari masak kacang panjang, sekali dua dalam seminggu oklah, kalau tak nanti naik bosan makan kacang panjang selalu. Daripada yang kami tidak memerlukan, dikongsikan dengan kawan-kawan yang berdekatan. 

Hasil tuaian kacang panjang yang berlebihan

Yang seronoknya bila berkebun adalah bertukar-tukar hasil kebun, kadang-kadang boleh mendapat yang tidak ada dikebun kita. Seperti kata AbuAidan, kalaulah diantara kawan-kawan semuanya rajin berkebun dan menanam sayuran,  alangkah baiknya jika setiap orang menanam sayuran berbeza dan setiap minggu boleh dijadikan tukaran dan tidak payah bersusah-susah menanam pelbagai jenis. Namun tidak semua ada masa untuk berkebun, kan. 

Hasil tuaian dari kebun lain yang dibalas balik - tomato dan kacang merah 

Dengan penukaran hasil tanaman juga boleh menambah kekurangan kita dari segi ilmu bertanam bila kita lihat orang lain mendapat hasil yang lebih bagus lagi. Lihatlah tomato diatas yang diluar musimnnya, yang diberi oleh family friend kami - cantik, subur dan besar- katanya benih daripada pokok yang kami berikan dahulu. Hampir tidak percaya kerana hasil kami memang tidak memuaskan - buah yang merekah-rekah, pokok cepat mati dan tidak subur.

Barulah kami tahu rupanya mereka menggunakan sejenis baja yang lain untuk mendapat hasil sebaik itu diluar musimnya. Mereka juga membiarkan pokok tomato merangkak diatas tanah begitu sahaja tanpa support dengan kayu atau tali, pokok berbuah diatas tanah dan tidak mudah patah dahannya berbanding dengan yang diikat pada kayu.


'Hai orang-orang yang beriman, nafkahkanlah (di jalan allah) sebagian dari hasil usahamu yang baik-baik dan sebagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu memilih yang buruk-buruk lalu kamu menafkahkan daripadanya, padahal kamu sendiri tidak mau mengambilnya melainkan dengan memincingkan mata terhadapnya. Dan ketahuilah, bahwa Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji'. (2:267)

14 comments:

  1. btul..berkongsi tu byk faedah ye selain drpda dapat eratkan silaturrahim dan elak pembaziran :) seronok tu....

    akak..ayut tag akak tau.saje...kat sini
    http://akuayut.blogspot.com/2012/10/jom-follow-aku-cuma-seorang-kulikutif.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ayut dekat2 blh gak kongsi2 kan...hehe

      Ok yut thanks, nanti akak kena join yer..inshaallah esok pg akak buat entry.. nak kena pahamkan dulu kan ...

      Delete
  2. banyaknya long bean.....malunya saya..i only have one plant but stil post it in my blog...ahahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh... olive this one is not much only 4 plants tapi subur berbuah... maybe u have more than me but hide it for surprise meh..hehe

      Delete
  3. Puan, di sana tiada komuniti berkebunkah? Selalu saya lihat dalam drama Orang Puteh, rajin mereka berkebun bersama komuniti mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak der komuniti yg betul2..mungkin komuniti dlm kampung2 kot mrk berkebun bersama-sama...

      Delete
  4. mmg tak rugi berbudi pada tanahkan

    ReplyDelete
  5. kacang tu nampaknya banyak biji, kalau tempat kita, kalau dah matang macam tu dibiarkan saja utk.buat benih.Utk.sayur biasanya yg masih belum ketara biji benihnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini kacang merah kak, bukan kacang panjang..orang sini makan kcang yg bahagian dlm tuh, buat benih pun boleh...kulit diorang tak makan..

      Delete
  6. wah...seronok nye berkebun...ct minat..,tapi bila menanam...asyik mati...sedih...mak ct dulu sgt rajin berkebun...dia buat 2 batas aje...tanam sawi...sampau boleh jual...gemuk2... hahaha....

    btw...salam berkenalan...ini first time lah ct ada kenalan cyber dari fiji...salah satu tempat dlm list nk melawat...mana tahu...kami sampai sana..boleh jumpa...nk melawat kebun...ct suka!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam perkenalan ct, wah nak melawat sini yerr..bagus..bagus.. bila nak dtg? dtg umah yer..nanti kita msk malay food..nak dtg bg tau awal2 heheh..kan kan kena cuci kebun lak kan...heheh

      mungkin ct tak jaga tul2 kot sebab tu mati kot..heheh...kena bajar ngan mak awak tuh ilmu menanam...:)

      Delete
  7. ahaha. dapat lagi kacang merah tu. suka la abuaidan, merana la ummuaidan. kih kih
    tapi seronok juga kan bila dapat bertukar-tukar hasil tuaian dengan jiran tetangga, erat silaturrahim. boleh kongsi kaedah yang paling sesuai, macam tomato tu. rupanya boleh juga ditanam menjalar dan berbuah luar musim. best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe..tuhla..nie lain variety lak..hmmm terpaksa terima jgk kan ada yg suka.

      Mmg seronok bertukar2 nie.. at least kalau bg kawan tuh mcm mengeratkan hubungan kan..tuhla wani saya sbnrnya mcm tak percaya tomato yg dibiar begitu lebih bik hidupnya...this time nak kena cuba jgk nie..

      Delete

Harap maaf sekiranya jejak anda tidak mendapat kunjungan balik yea,..mana2 komen yang berbentuk pertanyaan inshaallah akan cuba dijawab sebaiknya..kalau tak sempat tuh mintak maaf banyak2lah yer..:)

Nuffnang Ads