Tomato ini merupakan pokok yang ditanam pada penghujung musim sejuk yang lepas, bulan 8 kalau tak silap. Banyak yang sesusia dengannya telah rosak dan tidak bertahan dan tidak dapat mengutip hasil yang sepatutunya. Namun tomato ini alhamdulillah walaupun hanya sepokok yang tinggal namun tetap hidup subur. Walaupun kelihatan seperti kekeringan namun pokok masih hidup sebenarnya. Dengan baja untuk buah diletakkan sebanyak 2 atau tiga kali nampaknya buah yang dihasilkan tertanya lebih baik kualitinya (sesuai dengan musim yang panas) dan banyak pula buahnya. Rasanya lebih 20 biji, alhamdulillah.
Tuaian dari tanaman yang terbaik - kacang panjang dari jenis yang terpanjang masih lagi memberikan hasil yang mencukupi untuk kegunaan kami sekeluarga walaupun kacang panjang hijau yang sebaya dengannya telahpun mengering pokoknya. Begiti juga bendi yang menjadi tuaian berterusan setelah sebulan berbuah. Kacang merah juga sudah lama usianya dan berterusan tuaiannya. Terung pula tetap memberikan buah yang berlimpah ruah selagi berada pada musim panas dan musim hujan juga banyak membantu. Capsicum dan Ketumbar pun sudah lebih dari yang diharapkan. Alhamdulillah.
Nak tomato sekilo bley.. ?
ReplyDeletewaalaikumsalam... nani sihat.. ummu sihat? dah bekfes ke? masak apa pagi ni... wahhh.. menjadi betul tomato tu ye.. sampai bape kali musim buah dia... ni kira last musim ler ni ek? daun pun dah kerinting abis... lepas ni leh semai baru.. kan.. :)
2 kilo pun berer...
DeleteOrng dah lunch.nak masuk tea time dah nie nani.., pagi nie makan lebihan jer heheh+ ikan goreng...
musim th kira sekali jer..tapi tahan lama pokoknyer..buahnyer pun elok2 ... yg dah tanam dah ada daa....tnggu besar lak..heheh
Menjadi tomato dgn bendi ummuaidan.. :)
ReplyDeletemenjadi berbanding ngan yg dulu2 ...hehe
Deletewow, pokok tomato tuh nampak dah kering tapi masih gagah produce buah yg cantik..gream nengok sayur2 tu..
ReplyDeletealaa..buah awak lg cantek..mal lak menayang buah hodoh nie kat sini..:(
Deletealhamdulilah, rezeki berbudi pada tanah kan!
ReplyDeletebtul tuh KA..mmg rezeki
Deletepagi tadi dah almost habis..dikerjakan lalat buah
Deleteooohhh..alamak kesiannya..:(
Deletebyk tu buah ye kak wlupun sepokok je idup...alhamdulillah..dptlah mkn hasil penat2x :)
ReplyDeletedapatlah yut akhirnya krn yg sblm nie asyik tak menjadi...
Deletewah...geramnye tngok tomato bergayut gayut..seronoknya mkn hasil tanam sendri kan
ReplyDeletememang puas hati makan hasil usaha sendiri
Deleteceria sungguh tomato bergantungan...
ReplyDeletedah nak abis dah tu kak..
Deletevery good harvest!
ReplyDelete