Saturday, 13 October 2012

Sarifa Yang Dinanti, Nona Pulak Yang Datang...

Sarifa atau noni serikaya masih lagi belum masak dipokok, masih mengambil masa sebelum boleh dinikmati buahnya. Namun hari ini nampaknya buah nona pula berada dirumah. Kami telah berbual2 tentang kedua-dua buah ini termasuk durian belanda, hari ini Abuaidan telah membawanya pulang dari pasar untuk dicuba.

 Inilah buah nona, rupa luaran memang jauh berbeza dengan nona serikaya. Kulit luarnya juga agak keras kalau belum betul2 masak

 Masak apablila ditekan  buahnya terasa lembut, buka untuk melihat isi didalam

 Rupa isi didalam seperti isi nona serikaya namun agaknya belum betul2 ranum 
(betul2 ranum jika isi lebih lembik dan berair)

Close-up isi didalam, rasa seperti in between durian belanda dan nona serikaya, namum nona serikaya lebih manis dan sedap lagi walaupun dimakan sebelum betul2 ranum.

Beginilah bijinya - sama seperti biji nona serikaya

Memandangkan Aidan telah menghabiskan sebiji buah ini walaupun pertama kali makan, jadi kesimpulannya buah ini sedaplah jugak. Sebenarnya cakap kat dia yang ini buah sarifa, hehehe....


Nak tengok macam mana rupa buah sarifa atau nona serikaya klik disini.

12 comments:

  1. assalamualaikum ummuaidan....tengok luar nyer lain bila dah buka isinya mcm isi durian belanda plak...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkumsalam maszull..mmg btul...yang paling nak supa ngan nona sekaya dlmnya..

      Delete
  2. assalamualaikum.. selamat pagi org fiji...
    pepagi dah nampak buah nona.. tapi mmg nampak isi nya sebijik mcm buah durian belanda ye.. sure sedap... dah lama tak makan durian belanda ni.. hehehehe

    Note: bukan anak saya ye yg hilang.. saya cuma copy paste maklumat sahih tu dari blog kawan untuk di panjangkan.. moga anaknya cepat di temui.. kereta tu tak per la... aset dunia.. ni aset akhirat yg hilang kan.. sure sedey gile.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam mak buyung..heheh..pagi..

      Lebih kuranglah rasa cam durian belanda..jgn mengidam lak..hehe

      yg note tuh tahu bukan anak jass dan nampak yg jass ltk copy paste..so no worry ok...kita doakan moga2 jumpa cepat anaknya itu..

      Delete
  3. Durian belanda dikatakan orang menpunyai banyak khasiat iaitu anti-oxidant properties, jadi anti-cancer juga. Oleh sebab ini ramai orang skarang menanam pokoknya di kebun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. OO yer ker..elok juga kan memasang angan2 utk menanamnya juga.

      Delete
  4. i though is buahjambu from outside. but inside memang macam nona yg biasa tu kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. i pun baru first tengok dan makan..heheh

      Delete
  5. Salam Ummuaidan, arwah mak Mak Aji memang gemar buah nona seri kaya, teringat pula kat dia. Kami memang tanam pokok durian belanda di laman, Pak Aji buat air rebusan buat minum sekali sekala.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mak Aji.. ooo..mmg sedap nona serikaya nie.blh buat air rebusan yer...nanti mak aji tanam pokok nona serikaya lak yer..mmg berbaloi..pokok pun bukan besar mana...

      Delete
  6. As salam ummu,
    Yg dlm, foto ni baru buah nona yang betul. Nama botaninya, annona reticulata L. Nona serikaya spt dlm posting sblm ni dikenali dgn nama annona squamosa dan durian belanda pulak annona muricata L. Nama depan mereka sama bermakna dlm spesis dan famili yg sama. Pokok durian belanda dan nona ada kat rumah saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wkumsalam en. adry..thanks for the infos..baru sy tahu.. nanti en adry kena tanam nona serikaya..rasanya lagi sedap berbanding ngan yg dua nie

      Delete

Harap maaf sekiranya jejak anda tidak mendapat kunjungan balik yea,..mana2 komen yang berbentuk pertanyaan inshaallah akan cuba dijawab sebaiknya..kalau tak sempat tuh mintak maaf banyak2lah yer..:)

Nuffnang Ads