Benih dah tersedia dari hari isnin hari tu lagi..namun kerana dengan 'penyakit' baru yang ada pada ummuaidan ni, memang buat masa nie tak larat nak turun buat kerja2 kebun. Turun siram air pun dah termengah2, nasib baik sehari dua nie hujan pulak.
Namun mengingatkan niat suci dan susah payah Kak Purnama menyimpan dan menghantar benih dari cawangannya ke cawangan baru di Fiji Islands ini, terpaksa digagahkan jugak to do something about it. Lagipun abuaidan sangatlah busy lately bila sekolah menghampiri penamat. Sabtu Ahad pun belum tentu free.
Jadi sebagai seorang wanita malaysia (yang kebanyakkannya adalah independent) akan membuat kerja-kerja sendiri tanpa menyusahkan suami selagi termampu. Tidak seperti wanita disini dan lelaki disini yang sangatlah bergantung pada each other. Takder suami, isteri tak boleh kemana, takde isteri laparlah sisuami jwbnya..:) Kata Abuaidan lelaki suka bila isteri bergantung sepenuhnya kepada suami seperti sukanya ibu bila anak kecil bergantung kepada mereka sepenuhnya..entahlerr.... mungkin begitu kot fitrah yang asal..hurrmm..
Berbalik kepada Dalam Lingkaran Ini, inilah kerja-kerja yang dibereskan hari ini.
Tapak lingkaran sebelum dibersihkan, dah reserved dari awal actually..luas nie kawasan ini
Selepas kerja-kerja memecah dan meratakan tanah.
Benih2 terpilih dari lingkaran sabah, maaf kak ku tak tahu namanya, semuanya..
(ummaidan nie buta bunga)
A. Nie benih sayur kan Kak? Tlg explain further..kang tersilap kutertanam sayur2
didalam lingkaran bunga pulak
didalam lingkaran bunga pulak
B. Yang nie bunga ker kak? atau sayur, please help...
Operasi menabur benih oleh tukang kebun kecil yang setia menolong, tak puas menabur asyik mintak
lagi benih untuk ditaburnya.
Berjenis benih yang selamat di tabur bercampur-campur,.... bismillahi tawakkal alallah
Alhamdulillah selesailah kerja2 membangunkan Dalam Lingkaran Ini cawangan Fiji Islands. Another 3 months, mmg akan mengubah segala, tunggulah..heheh
Selamat, ada beberap benih lagi tinggal manalah tau simpan untuk kegunaan kemudian pulak. Setelah siap terasa hilang segala kepenatan dan dapat bernafas dengan lega. Namun dek kerana no appetite pulak lately, letihlah jugak somehow sebab tak cukup makan..:)
P/s : Kak Purnama tolong explain yang part A & B tuh yer..thanks....
tudiaaaaaaaaaaaa.. banyak nye benih... dah planning nak bercucuk tanam ni.. tapi blom cari benih.. nak tanam apa yg simple2 je.. cam cili dan terpenting skali.. bunga matahari.. tingin nak bela sampai dia kembang.. tapi esok atau lusa baru cari benih.. kot jadi...
ReplyDeletekalau nak benih extra, let me know.. lynn boleh bagi sbb dah mula kumpul benih sendiri
Deletehaaiii mak buyunng nak bercuck tanam disaat akhir nie..heheh..takper mr mama blh jagakan yerr....selamat mencari benihlah mak buyung.
Deletethere ..murah rezeki, lynn dah offer pun benih free tuh..hehe
wah, ada assistant cilik rupanya... kalau dah sikecil menabur, memang akan menjadi lah nanti, berkat tuh
ReplyDeleteoowwhh..betul ker...nanti kita tgk...sikecil kalau srh dia mmg cepat...
DeleteSalam ummuaidan...bestnya kalo rumah ada tanah luas mcm ni.....umah saya simen jer keliling..terpaksa la tanam dlm pasu....;)
ReplyDeletesalam hangkebun..alaa..kat sini tanah mmg murah..biasanya orng akan ade ruang utk kebun..kat mesia kan standard ruang laman sempit..hangkebun mungkin kena tanam dlm container atau pasa pun blh..ada jgk hasil
Deletecomel je aidan tolong.hihi.. :)
ReplyDeletehati2x ye kak..take care...
aidan mmg rajin kalau ajak dia involve yut..
Deletethanks yut..haaaiii mmg letih tak terkata...:)
emmm... mesti kehidupan org kat sana sangat harmoni sebab saling memerlukan... suami perlu isteri... isteri perlu suami...
ReplyDeletekadang-kadang sifat terlalu 'berdikari' org kat sini pun jadi punca masalah - ego... :(
hehehe..harmoni tuh biasalah mcm kat mesia jugak.namun kebykkan kita lihat mmg adam & hawa lah..bak kata..
Deletekalau lelaki mati isteri mmg susah hidup sorang kalau tak sini sbb tak independent, alih2 gantung kat mak lak..
sy rs terlalu berdikari pun blh menyebabkan suami kdg2 amek mudah..kalau isteri blh buat sendiri..kalau kita bergantung pd dia, mcm menjg ego & kehormatannya sg suami, kan..heheh
benih yg dah aidan tabur tu, siat siat dulu..nampak atas tanah tu masih sekuntum2..satu rerambut tu, satu pokok.makna nya kalau tabur terus satu kuntum..terutama kuntum permata cincin dan marygold dan yg macam diasy tu..buraikannya aidan..hehehe..tak reti nak explain.
ReplyDeleteaalaaa kak baru cakap..hmmm takper lah.nanti dia reput sendiri kan...nanti banyak sgt pokok yg tumbuh berserabut yer ..heheh takper cantek sikit mcm akak nye kan..
Delete