Sebetulnya tadi pergi ke pejabat pos di Lautoka Town, 40 min drive daripada umah kami. Hari sabtu lepas dapat notis daripada pos yang ada bungkusan sampai. Namun pejabat pos dibandar kami tiada tempat semakan kastam, jadi terpaksalah bergerak jauh sikit.
Inilah bahagian tempat untuk mengambil parcel dimana didalamnya ada pegawai kastam yang membuat pemeriksaan sebelum melepaskan parcel & barang2 kepada kita.
Alhamdulillah nasib baik pegawai kastam yang bertugas itu lelaki dan tidak banyak cerewet (macam pemalas pun ada), bukak separuh jer tanpa mendedahkan kesumua isi kotak (takut kena tahan), cakap kat dia dry food..then dia tengok gitu gitu jer..suruh sign borang..lepas (kalau pegawai pompuan nasiblah)..Alhamdulillah. Inilah yang ditunggu-tunggu,
Ole-ole dari Sabah, hantaran sahabat tersayang Kak Puteri Purnama. Yang dihantar beliau adalah pelbagai benih2 pokok bunga dan limau dari Dalam Lingkaran Ini yang di'preserve' oleh beliau sendiri. Juga yang mengharukan jiawa adalah berkilo fresh ikan bilis yang istimewa dan mashaallah, juga ikan2 kering yang besar dan menyebabkan tertelan air liur bila menengoknya, Bayangkan berapa lama tak jumpa ikan kering yang sebegitu sedap dan ikan2 bilis pula, terpaksa menunggu musim ikan kecil yang dari laut untuk membuat sendiri ikan bilis.
Sungguh terharu ummuiadan sekeluarga yang beliau sanggup mengabiskan masa, wang ringgit dan bersusah payah menghantar kepada kami yang hanya dikenali melalui alam cyber ini sahaja..Hanya Allah sahaja dapat membalas budi baikmu Kak, didunia dan akhirat.
Doa kami semua kejayaan untuk adik yang telah menghadiri interview baru-baru ini dan juga rahmat & barkah dari Allah untuk akak sekeluarga.
Terima Kasih tak terhingga, Kak Puteri Purnama,
Beliaulah rakan blogger saya yang pertama daripada saya mula berblog. Daripada kebingungan tak tahu hala mana nak tuju blog ini, beliau datang menghulurkan sebuah prsahabatan yang murni..
Tanpa akak, blog ini mungkin masih lagi berhantu..beliau lah orang yang saya akan ingat dan inshaallah tidak akan lupakan selamanya dan sebagai sentimental value kepada daya dalam mengenal alam maya ini...
Moga Allah melindungi dan merahmati akak sekeluarga dunia dan akhirat.
wah bestnyer .. rezki sungguh tu!
ReplyDeletemmg rezki yg melimpah KA.
DeleteIkan masin ke ummuaidan?memang best tu..
ReplyDeletea'a ikan masin...kalau tgk sure terliur nyer
Deletewow.. best dapat ole2...
ReplyDeletekotak tu dah terbuka sape yg buka? kastam ek? diorang cek sampai abis kotak2 tu ek?
bestkan..kotak tuh kena bukak depan depan..tp nasib baik tunjuk sikit jer bhg dlm tuh office tuh lps..
DeleteBest la!!! Bahagia la u Sis!! So glad for u. Seronok got hadiah fr own country while kat outside kan. Tapi jauhnya post ofis tu. Sis, kalau dia org nampak ikan bilis & ikan masih they will not take rite?
ReplyDeleteMmg best olive...hmmm tambah2 pulak susah nak dpt....kalau kat sstgh negara mcm australia or new zealand mmg strict..pasti tak lepas..kat sini pun belum tentu lepas unless yg dah packed secara komersial. kak purnama bungkus dlm plastik jer tuh, namun alhamdulillah officer tuh tak byk songeh...kalau nak amek kat sini boleh namum diorang akan buka tgk dulu brg apa yg didalm
DeleteAssalammualaikum dik,
ReplyDeleteAlhamdulillah syukur kepada Allah.Baru rasa lega. terukkan bila kita dalam penantian.Apa pun. semua tu ikhlas, sedekah kepada para aruah ayah ibu, kaum keluarga dan kaum muslimin dan muslimat.yg.telah kembali kesisi Allah.Alfatiha.
selamat masak2 hehehe.
Wkumsalam kak..syukurlah...tp cepat jugak tu sampai kan...niat akak Allah yg lebih tahu dan akan membalasnya... bukan ramai orang yg sanggup bersusah begini utk ornag yg tak pernah bersua muka.
DeleteSyoknya dapat ikan bilis dari Sabah...rindunya nak makan ikan kering tamban dan ikan bilis sana. belacan fresh sana pun termimpi-mimpi...
ReplyDeletenie first time saya nak try makan ikan bilis + ikan kering dr sabah...rindu sambal belacan tukang kebun kena import tu..
Deletelepas ni lepas rindu dgn nasi lemak...
ReplyDeletebetul ..lps nie buat nasi lemak tiap2 minggu
DeleteBestnye dapat ole2 dari sabah. Ikan bilis,belacan,makanan2 seafood sabah mmg sedap dan suka sangat...fresh2 semuanya. :)
ReplyDeletemmmg best ibuqis...melimpah ruah rezeki yg dikongsi oleh kak purnama....
Deletebestnye,,,
ReplyDeletenak jugak ikan kering tuuuuuu...ummuaidan kongsi meh.hihihi :)
ReplyDeleteikan bilis boleh kongsi..ikan kering akak nak makan sorang ..heheh
Delete