Showing posts with label Taugeh. Show all posts
Showing posts with label Taugeh. Show all posts

Sunday, 10 November 2013

Teko Ajaib Lagi

Bila teringin nak menghasilkan sayur yang tidak memerlukan tanah, makan teko inilah selalunya menjadi mangsa..


Selesa dengan bertanam cara Olive untuk kuantiti yang sedikit, dimana senang untuk menyiram..isi didalamnya pun tak mudah keluar. Siram 2 kali sehari pagi petang, lepas 3 hari dapatlah hasilnya..


Inilah tanaman segar yang membiak dalam teko nie..mudah sangat caranya untuk dapatkan hasil dalam kuantiti yang sedikit. Ade jugak time terlupa nak siram..sib baik menjadi..alhamdulillah.


Hasil tuaian ada yang panjang ade yang pendek..somehow tetap fresh dan memadai tuk kegunaan yang tidak berlebihan.


Selepas tuaian untuk disimpan lebih tahan lama dan fresh gunakan bekas yang menpunyai lubang udara..inshaallah lepas seminggu masih lagi tidak lemau.


Actually nak letak dalam meehon sup nie..sedap bersama-sama ngan fish ball dan sayur sawi. Ala2 chinese lah kan sup yang tidak ditumis tetapi menggunakan pati ayam atau lembu atau ikan. Tetap sedap dan mengenyangkan...menu diet rendah kalori, semangkuk dalam 300 kalori lebih kurang..better than nasi.

Saturday, 18 May 2013

Kerana Terlupa...

Proses membuat taugeh adalah pada hari jumaat yang lepas..alhamdulillah telah ready pada hari Isnin..actually buat taugeh kerana teringin nak makan laksa..hehehe.. dalam kurang dari secawan kacang hijau yang diproses tuh, banyak jugak yang terhasil...namun kurang puas hati sebab banyaknya pendek2...

So simpan lagi untuk sehari berikutnya ..mengikut perkiraan. Namun demikian dek kesibukan ngan persiapan baby lately..terlupa akan akan taugeh yang didalam teko yang diletakkan didalam kabinet dapur....


Maka setelah smalam baru teringat, dan dibuka tengok...inilah jadinya...



Rupa-rupanya taugeh tidak  buruk setelah seminggu dibiarkan..tetap hidup ngan saki baki air yang ade..namun kelihatannya sangatlah kurus dan panjang...tercapailah kan hasrat nak taugeh panjang kan..heheh .Tak dapeklah nak nolong dari jadi kompos..sori yer che taugeh kerana lupa....

Thursday, 27 September 2012

Sempurnalah Homemade Taugeh dan Laksam

Taugeh yang diproses secara homemade pada jumaat lepas nampaknya sudah sedia untuk digunakan. Dalam lebih kurang 5 hari jugak. Yang malas nak buat taugeh ni kena committed, pagi petang kena check dan lembapkan dengan air sebelum disimpan balik. Kadang-kadang jika terlupa, taugeh boleh jadi kekeringan dan tidak sehat. Hasil yang diperolehi adalah hampir 5 kali ganda daripada kacang hijau yang digunakan. Namun tidak begitu panjang seperti yang diingini mungkin kerana bekas digunakan tak cukup besar (kurang ruang untuk taugeh membesar).


Setelah berhempas pulas hampir dua jam menyediakan bahan-bahan laksam maka siaplah  laksam homemade dengan ulam-ulaman dari kebun sendiri tapi tiada pucuk serai kayu seperti yang dinyatakan oleh En. Adry@Daun.  Penat menyediakan semuanya sendiri untuk dimakan berdua sahaja namun berbaloilah bersusah sekali sekali waktu teringin. 

Monday, 24 September 2012

Updates - Homemade Taugeh

Daripada entri lepas, hari ini dah masuk hari ketiga 'penyediaan' kacang taugeh, mari kita tengok perkembangannya.

 Hari kedua (sabtu 22/9/12 - 5.00pm) - cambahan dalam 1cm

Pagi ini (isnin 24/9/12 - 9.00am) - taugeh sudah memanjang lebih 2cm.

Masih belum sedia untuk digunakan, inshaallah esok atau hari berikutnya akan ready (bergantung kepada kepanjangan yang sesuai yang dikehendaki).

Oh ya, untuk makluman kawan2 Ayut dah ada kebun sekarang nie, jom kita pergi tengok kebunnya yang comel, kat kebun dia juga ade tanam sesuatu yang 'luar biasa', nak tahu silalah berkunjung ke kebun Ayut, kebun kecil & secomel pemiliknya..heheh.. 

Friday, 21 September 2012

Homemade Taugeh

Rasa teringin nak makan laksam. Hmmm.. apa yang perlu ada untuk buat laksam? Laksam tuh sendiri yang dibuat dengan tepung beras, isi ikan, kelapa dan ulam-ulaman. Part laksam tuh boleh buat sendiri, isi ikan walaupun takder ikan kecik mcm ikan kembung atau selayang (ikan besar pacific banyak disini) tetapi boleh buat dengan ikan tuna dalam tin, tak beza sangat rasanya lagipun tak payah rebus, buang tulang - jimat dah sikit masa. 
Ulaman basic yang mesti ada - kacang panjang, timun batang, kobis - beres, taugeh? Takder taugeh memang tak perfect rasa laksam. Malangnya takder dijual dimana-mana disini. 

Hari ini angin rajin nak buat taugeh sendiri kerana laksam. Mulakan proses hari ini, inshaallah isnin dapatlah tengok hasilnya.

Barang2 yang digunakan,

Kacang hijau (moong) dalam setengah cawan

 Balang besar & panjang (kaca atau plastik pun boleh)

 Kain net (jarang& nipis) untuk menutup muka botol agar udara boleh mengalir

Senang jer sebenarnya nak buat taugeh nie, rendamkan sekejap kacang hijau dalam air (sejam atau dua), kemudian buang air, masukkan dalam botol kemudian tutup muka botol dengan kain,
 Pastuh,
 Letaklah ditempat yang gelap, yg udara boleh mengalir. Mesti dikeluarkan 2 kali sehari pagi petang, siram dengan air bagi dia lembap sikit. Buang air, kemudian letak balik ditempat gelap.


Inshaallah kita akan lihat lagi perkembangan taughe ini seterusnya... 

 p/s - Kak Mar nanti ajarlah HS yer cara nak buat nie, kesian dia.

Nuffnang Ads