Thursday, 4 October 2012

DIY - Mendebungakan Labu (Bergambar)

Assalamualaikum & peace be upon you,

Akhirnya labu yang ditanam pada 9/7/12, kini setelah berusian hampir 3 bulan telah mula berbunga dan bersedia untuk berbuah bila-bila masa sahaja, inshaalllah. Namun untuk mempercepatkan proses pembuahan, eloknya buatlah sendiri proses pendebungaan, manalah tahu serangga tiba-tiba busy pulak, banyak bunga lain yang nak kena visit, tak sempat melawat bunga-bunga labu kita. Kalau tak didebungakan nanti berakhir dengan kekeringan jerlah bunga betina itu nanti.

Dua pagi yang lepas Mr. Abuaidan telahpun menjalankan operasi mendebungakan sendiri labu manis yang ditanam. Beliau biasa dalam proses mendebungakan ini kerena selalu menanam labu. Dikongsikan sedikit cara mendebunga yang kami lakukan, mudah jer rupa-rupanya.

Mari kita belajar sedikit matapelajaran Biology hari ini yang bertajuk 'Pendebungan Labu', sila catat nota ya kelas..(heheh, banyaklah)
  • Alat yang diperlukan,

 1 Paint Brush yang halus
  • Kita pergi kebunga jantan dahulu,

 Bunga jantan

 Bahagian dalam bunga jantan - Debunga pada bhgian yg dikenali sebagai 'anther' 

  • Menggunakan paint brush, debunga disapu dengan lembut pada bahagian 'anther' untuk mengambil debunga.



 Debunga yang telah melekat pada brush
  • Kemudian beralih pula kebunga betina,

Bunga betina adalah bunga yang kelihatan seperti ada buah pada bawahnya

Inilah bahagian dalam bunga, dikenali sebagai stigma

 Sapukan paint brush yang telah melekat dengan debunga tadi pada bahagian stigma, pastikan debunga melekat (tiada pada brush lagi)

Bunga betina selepas 2 hari,

Kelihatan bahagian bunga telah menguncup dan tertutup sendiri.

Inhsaallah semoga melekatlah buahnya..

18 comments:

  1. Terima kasih atas info yang sangat berguna ni. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama awak...ilmu utk dikongsi

      Delete
  2. oooo senang jer caranya ya...thanks for sharing...

    baru saya tahu jg perbezaan bunga betina dan jantan nya....hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu saya pun tak tahu, tp bila tulis dlm blog barulah peka ..hehe

      Delete
  3. As salam ummu,
    Ada satu lagi cara yg agak brutal utk pendebungaan secara manual ni. Potong bhgn anther bunga jantan dan letak dlm bunga betina, pastikan anther menyentuh stigma bunga betina, ikat kelopak bunga betina. Cara yg ummu tunjukkan ni lbh sopan dn lemah lembut...sesuai utk jiwa wanita..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti la en.adry,tukang kebun wanita kan lebih lemah lembut dengan tanaman mereka...tu yang keluar hasil semuanya manis2 belaka. hehe.

      Delete
    2. Ini bukan tukang kebun wanita yg buat tp suami tukang kebun wanita yg buat dgn lemah lembutnya...tukang kebun wanita tak tahu buat, amek gambar jerr...hehehe

      Delete
    3. btw en. adry, bila ckp ngan suami ttg cara yg en. adry cakap, katanya both also good, yg pentingnya mendktkan yg jantan + betina.. ptong pun takper, bukan blh idup lama pun bunga jantan tuh

      Delete
  4. mao nangis tengok post ni. Sis, i pun ada tanam dua pumpkin plant...BUT before the male flower ada peluang bloom, dah diserang ulat!!! kasihan female flower tak dpt dipolinatekan...i try to put in cucumber male flower..manatao la crossbreed kah..ahahha..but tak jadilah..yish yish! 1st time pumpkin male flower diserang ulat b4 it bloom!! geramnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. ayyooo..i pun nak nangis baca cerita u moii,ishk..iskhh..hehehe who teach u to put in male flower, very creative..hehe. jantan boleh pregnant ker? ..heheh nanti ade new flower try again,ehhh..

      Delete
  5. bagusnyer , tq share ye, suka wat koci labu !

    ReplyDelete
  6. Kaedah ini sama untuk tembikai juga. Mengikut pembacaan saya, pendebungaan berbantu ini dapat meningkat kadar saiz buah.

    Saya gunakan sahaja teknik mencabut bunga jantan seperti Adry katakan itu. Saya juga dapati bunga jantan dan betina berkembang mekar dari 7 pagi sehingga 10 pagi. Kemudian ia akan menguncup. Nampaknya seperti pesan nabi, pada waktu pagilah rezeki terbentang luas.

    p/s: cantik gambar-gambar yang puan postkan ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ..meningkat kadar saiz rupanya, tak tahu pulak..

      sy rasa cara Adry tuh bagus jgk, sbb apa bunga jantan tu sgt banyak drp betina, & akhirnya tiada guna jgk..kalau potong jer pun bagus..

      thanks..

      Delete
  7. Tvm..dapat lagi ilmu..insyaallah akan dipraktikkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti kak mar cuba tanam kat seremban yer..

      Delete
  8. ada jugak...hrap bersenyawalah nnt.dapat benih lg..hihihi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala yut ..bersenyawa jd buah, buat makanlah dulu ..buat benih penatlah..heeh

      Delete

Harap maaf sekiranya jejak anda tidak mendapat kunjungan balik yea,..mana2 komen yang berbentuk pertanyaan inshaallah akan cuba dijawab sebaiknya..

Nuffnang Ads