Cepat masa berlalu, belum pun puas rasanya menikmati kacang panjang segar dari kebun kini telah pun menghampiri penghujung.
Yang ditepi pagar ditanam pada 25/6/12 didalam greenhouse, pembungaan dan pembuahan mengambil masa agak lama kerana berada dimusim agak agak kurang sesuai, iaitu musim yang lebih sejuk. Hanya selepas dua bulan (15/9/12) lebih barulah berhasil. Setelah belum pun cukup sebulan mengutip hasil telah mengering dan hampir kepada pengakhiran.
Begitu juga dengan yang ditanam pada 9/7/12, hampir berakhir. Kacang yang terakhir ditinggalkan sebagai benih pada pokok.
Dan yang menghasilkan kacang terpanjang ini juga walaupun pokok masih kelihatan elok namum kacang yang dihasilkan juga semakin berkurang dan lebih kecil. Tiada lagi kacang-kacang yang panjang-panjang.
Sebab itulah bila kacang berusia sebulan, persediaan untuk menanam yang seterusnya patut dibuat, supaya supply tidak putus.
Walaubagaimanapun alhamdulillah hasil yang dikutip setakat ini agak banyak dan kalau dikira dari segi nilai mengikut harga pasar mungkin dalam FJD10.00 (RM16.50).
saya pula memang suka sampai pokok habis + tua (dah takde hasil baru semai) sebab kalau lama sangat makan sayur yg sama rasa jemu (kononnya)... jadi biar sekejap sementara nak semai benih baru... makan sayur lain dulu... bila semaian baru tak jadi... baru rasa rindu nak makan sayur yg sama... hahaha... masa tu baru rasa best kalau dapat sayur yg sama... ;)
ReplyDeletesaya takleh buat camtuh eja, che abg saya makan menu sayur tiap2 hari mesti bertukar2...jd stok sayuran mesti berkekalan..kalo takder pun kena bwk dari pasar jg...kalau saya takper yg penting..daging mesti ader..hehe
Deletekacang panjang tak tahan sejuk ya?
ReplyDeletekalau hujan atau cuaca sejuk mmg tak sesuai...
Deletedh kena get ready utk tanam baru:)
ReplyDeletedah tanam daaa....tp kena tanam lagi
Delete