Labu tidak memerlukan penjagaan yang lebih, mereka boleh hidup sendiri walaupun tidak diberikan perhatian. Mengikut pemerhatian labu boleh ditanam bersama-sama dengan tanaman seperti jagung atau bendi yang mengambil masa agak dalam 3 bulan untk dituai hasilnya. Sementara menunggu pokok jagung atau bendi berhasil bolehlah labu menggunakan ruang disekitarnya. Tambahan pokok2 seperti jagung atau bendi adalah lebih besar.
Salah satu alternatif lagi untuk menanam labu adalah membiarkan mereka menjalar keatas, seperti yang dicadangkan oleh Wong dari Blog Travelog Hortikultur. Kaedah ini banyak dijalankan dinegara-negara barat.
Trellis yang kukuh dibina agar labu dapat menjalar secara vertical, dan jaring boleh diletakkan dibawahnya atau pada buah untuk memberikan sokongan.
Namun begitu, kebanyakkan kita hanyalah menanam labu secara menjalar diatas tanah dan inilah yang berlaku pada kebun kami juga dengan ruang yang agak limited.
Terlalu bersemak dan susah untuk dibersihkan.
Memandangkan harga labu juga adalah amat murah jika dibeli dipasar (boleh dapat $2 sebiji) dan boleh dibeli bila-bila masa tanpa menunggu buah ready, jadi kami telah mengambil keputusan untuk membuang pokok-pokok labu dibahagian ini tambahan pula bunga betina pun masih lagi belum keluar dengan kerap.
Lebih bersih dan tidak semak lagi
Hanya pokok yang mempunyai buah sahaja dibiarkan hidup sehingga buah sedia untuk dituai,
Nasib baik di Fiji terutamanya bahagian yang kami tinggal tidak terdapat reptilia seperti ular mahupun kala jengking dan sebagainya. Malah pacat juga tidak datang waktu hujan. Kalau tidak memang menakutkan untuk berkebun jika malas menjaganya.
Manakala yang bertandang dari rumah jiran yang kosong sudah crossed the border. Nampaknya mungkin terpaksa pikirkan alternatif buat mereka ini untuk menjalar vertical kerana tidak putus-putus harapan nak masuk jugak sebelah kami walaupun setengah telah dicantas.
wah... berlawan nampak... yang satu berusaha nak masuk... yang sorang berusaha menghalang... aduiii...
ReplyDeleteitulah..tah sapa yg akan menang kan...labu tuh pulak ttp berkeras nak masuk..heheh
Deletewahh rajinnyer bercucuk tanam mak tu jugakk.. ehhEee
ReplyDeleterajin cikit2 jer wak...eeee
Deletesalam ummu...utk sy..sy rasa tak berbaloi..sbb area umah sy sempit dan masa pulak limited utk maintain kebun..labu plak makan sekali sekala..tapi syok tgk kawan2 tanam labu...:D
ReplyDeleteni tgh berfikir berbaloikah tanam bunga kantan..sebab raya baru ni beli bunga kantan rm1 sebatang..mahal betul!!
salam nadia...mmg sebenanya tak berbaloi sgt..tp cuma terasa nak menanam jgk kan..hehe
Deletekalau bunga kantan tuh tak makan space why not..kalau selalu guna jgk..elok jer..leh wat laksa penang selalu..hehe
itu lah kena balik kelate umah nenek amik benih dulu..suka buh dlm asam pedas, laksa penang, n wat kerabu..wangiiiiii
Deleterebus cicah budu pun sedap gak rsnyer..hari ni mkn nasi ngan petola rebus cicah sambal belacan..mest besttt
DeleteAssalamualaikum...
ReplyDeletewahhh besar dah labu tu.. smlm gi umah mak sedara.. dia jamu pengat labu.. sedap sangat dapat makan pengat labu.. :) nani mmg suka labu.. :) boleh kata segala jenis ubi2 nani suka.. termasuk labu.. :)
>>> masak per hari ni.. mesti menu daging korban kan.. :) nyum nyum.. :)
waalaikumsalam nani..pengat labu kita pun suka..makan ngan pulut kan..hehe sedap..
Deletehari ini masak sardin jer..takmo makan daging daaa buat sementara waktu...hehehe muakkkk..takut naik darah tinggi kot kerr..hehhee
Buah labu cntik..tp laman rmah ni pun x ckup tuk tnam labu jgk kut..huhu :D
ReplyDeleteaalaa hitomi tanam labu air kat pagar laaa..hehehe
Deleteteruja kan bila tgk hasil tanaman kita sendiri !
ReplyDeletepernah jugak saya tanam labu kat rumah...naik gemuks..tapi proses penjalarannya sangat menyakitkan mata..hinggakan orang rumah saya takut ular bersarang.bunga pulak lambat nak keluar biarpun dah sebualan...jadinya kami buat keputusan mencabut dan pucuk buat masak lemak...YUM
ReplyDelete@Mohd Hazayri
ReplyDeleteMemang labu nie bila menjalar semak mata..dah tu nak potong rumout pun susah..senag beli jer kat kodai..:)
Assalamualaikum..sy ni bkn la pengemar labu sgt mulanya..just buat mknan utk anak kecik sy dan paling best buat kek labu sampai ketagih..huhu..baru2 ni sy bli labu then biji nya sy try semai n menjadi seronok tgok...bila sy baca info pasal labu ni kena ruang besar dn luas sy dh mati akal...sbb kwsn umh sy ni kecil je tanah pun x berapa ada..ada tip tak cmne nk bagi labu ni tumbuh x menjalar hingga merosakkan tanaman org lain...boleh ke kita tanam pakai pasu je..atau ada cara yg bih efisen lagi...
ReplyDeleteAssalamualaikum..sy ni bkn la pengemar labu sgt mulanya..just buat mknan utk anak kecik sy dan paling best buat kek labu sampai ketagih..huhu..baru2 ni sy bli labu then biji nya sy try semai n menjadi seronok tgok...bila sy baca info pasal labu ni kena ruang besar dn luas sy dh mati akal...sbb kwsn umh sy ni kecil je tanah pun x berapa ada..ada tip tak cmne nk bagi labu ni tumbuh x menjalar hingga merosakkan tanaman org lain...boleh ke kita tanam pakai pasu je..atau ada cara yg bih efisen lagi...
ReplyDelete