Semalam merupakan hari terakhir En.AAA bercuti panjang sempena cuti sekolah..so hari ini offically balik bekerja lah..budak2 mula bersekolah sessi 2014 esok..inshaallah.
Hampir 2 bulan bercuti panjang nampaknya tidak banyak projek2 besar terutamanya yang berkaitan dengan kebun dapat dilaksanakan..banyak komitmen lain yang perlu dilunaskan dahulu nampaknya..:)
So semalam sedikit kesempatan digunakan untuk menyelenggarakan laman seadanya..tukang kebun simpanan (tuan tanahlah) pun turut turun padang sementara mem kecik tengah lena tidur..setelkan kerja2 yang asyik doh tertangguh2 nak buatnya..
Limau purut nie dah dibersihkan dah rumahnya..bilalah nak besar nie..dok nunggu nak buat tomyam nie..hehe
Selamat menebas pokok lengkuas nie..too much covering pokok2 cili serta limau purut..sian mereka tak dapat cukup cahaya..
Tinggal lagi suku jer lagi..tapi cepat jer mereka nie berkembang..kalau semak sangat risau jugak kang bersarang lagi tebuan kat sini.
Lepas tuh kerja2 menuai mana yang patut lak,
Jagung yang ditanam pada penghujung tahun lepas alhamdullillah dah dapat merasa hasilnya..bendi pun dituai lagi walaupun semalam dah tuai..
Bendi yang dituai pada hari sebelumnya..memang murah rezki betul..Alhamdulillah.
Dan jagungnya selamat dibakar..banyak yang rongak tuh..agaknya masa tabur benih tuh En.AAA tersenyum kot..heheh
Peminat jagung yang tegar..separuh dalam perut dia sahaja..huhuhu
Membersihkan kebun kacang bendi batch yang baru serta buat junjung kacang panjang yang kelihatan tuh..
Tukang kebun kecik..buat2 bizi raking sampah2 lah kunun...heheh
Peminat jagung yang tegar..separuh dalam perut dia sahaja..huhuhu
Aktiviti the garderner lak,
Tukang kebun kecik..buat2 bizi raking sampah2 lah kunun...heheh
Bila dah bermula penggal sekolah nie tak tahulah En.AAA ade masa ker tak nak uruskan kebun setelah pulang dari kerja..hmmm...tukang kebun simpanan lak tak boleh tinggal mem kecik tuh..tambah makin aktif skarang nie....
p/s: excited pulak nak tunggu event esok...esok2 jerlah citer yer...inshaallah..:)