Friday, 19 October 2012

Friday Harvest dan Kemusykilan Tentang Bayam

Assalamualaikum & Peace be upon you,

Hari yang ditunggu2 telah tiba kan, hari jumaat. Esok sudah hari minggu. Dapatlah berehat dan bersama-sama keluarga bagi yang bekerja. Yang tak bekerja pun dapat bersama pasangannya yang bekerja pada hari biasa. 
Sedikit tuaian pagi tadi. Yang mesti tuai actually, kalau tak tuai nak matang dipokok dah jadi tak sedap dan membazir. Kalau diikutkan malas nak tuai lagi sebab belum ada keperluan....

Petola Ayut, sedikit tomato, sebiji capsicum, bendi, kacang merah dan terung. Petola ayut ini sejak tuaian pertamanya dulu tiada tuaian. Ini kerana dengan hujan dan panas silih berganti, buah tidak menjadi - tidak membesar dengan sempurna. Hanya diakhir2 ini sahaja nampaknya sudah mula berbuah kembali, alhamdulillah.


Ok, kemudian sedikit kemusykilan tentang tumbuhan dibawah ini,

Kelihatan seperti bayam

 Bunga

Pokok2 yang tumbuh dengan sendiri

Sebenarnya agak kurang arif tentang rupa pokok bayam sebab dimalaysia mana pernah tanam dan tak pernah beli bayam dipasar pun ! hehe. Cuma masa tengok entri tentang bayam dalam blog Olive baru2 ini baru perasan yang pokok bayam nampaknya serupa dengan pokok yang biasa terdapat disini. Pokok seperti dalam gambar diatas hidup secara liar tanpa perlu ditanam, mudah tumbuh dimana2 terutama bila hujan senang sangat membiak. 

Namun kat sini diorang tidak mengatakan yang ini adalah spinach. Bila tanya abuaidan katanya tak tahu nama english tapi orang tempatan panggil 'Curiya' ..ada juga dijual dipasar2. Namun yang dimakan adalah pokok yang sederhana besar dan belum berbunga. Pernah makan bila abuaidan harvest yang tumbuh liar dalam kebun dan juga yang dibawa dari pasar sekali sekala. Rasanya ada macam bayam..lembut dan tidak perlu dimasak lama..sedaplah jugak....

Jika kengkawan arif tentang tanaman, kongsikan sedikit maklumat ya samada betul atau tidak yang pokok ini adalah pokok bayam atau sefamili dengannya. Thanks a lot.

p/s: Olive don't worry, i'm still prefer your otw bayam to plant in my garden., not this one....  :)

13 comments:

  1. kalau tak silap kami panggil bayam ni bayam pasir..tak pernah dimakan pun..macam spesis liar kut..

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh yer ke kak mar..satu kelurga nampaknya...kat m'sia pun ada gak yerr..

      Delete
  2. As salam ummu,
    Yg dlm foto ni namanya Bayam Pasir atau Amaranthus Viridis L. Blh juga dimkn sbg sayuran tp rasanya sedikit pahit dan ianya mempunyai khasiat dlm perubatan tradisional. Satu lagi jenis bayam yg tumbuh liar adalah bayam duri (Amranthus spinosus).

    ReplyDelete
    Replies
    1. wkumsalam en. adry ...ooo patutlah rasa mcm bayam... rasa pahit tu tak perasan sgt... nanti next time try msk lagi..

      Delete
  3. Assalamualaikum............
    memang betul.. esok hari cuti.. YEAAHHHH!!!!!!!!!
    best sangat.. :) bley dok umah..
    wahhh banyak nye hasil.. so apa planning nak masak apa tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wakumsalam mak buyung...
      dok umah elok2 yerr...
      nak msk apa pun tak taww lagi....cimpan dlm fridge dl jap..heh

      Delete
  4. itu bayam pasir..dia ada 2 kaler, hijau & merah. Teksturnya kasar, tak pernah tau ada org mkn

    ReplyDelete
  5. petola tu msih mengeluarkan hasil yer..alhamdulillah.dpt lg merasa petola :) ayut lg tak tahu klu nk cite pasal bayam -_-"

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekali harvest yg entry dulu ..lama brenti yut..ni baru ada buah balik...alhamdulillah...ayut sama species ngan akak..hehe

      Delete
  6. Hey sis, this one really bayam la. But is another type. both bayam pasir & bayam duri can be eaten... ...They grow liar..both can be eaten...people said is good.My kg got a lot. i uses to eat aso...u can take some of the leaves to eat & left the seeds to grow :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yaaa... jungle type kan..takper lah since i dah ada seeds yg u bg..i takkan pandang bayam nie lg olilve...i tunggu yg import ready utk dimakan..heheh

      Delete

Harap maaf sekiranya jejak anda tidak mendapat kunjungan balik yea,..mana2 komen yang berbentuk pertanyaan inshaallah akan cuba dijawab sebaiknya..kalau tak sempat tuh mintak maaf banyak2lah yer..:)

Nuffnang Ads