Monday, 1 October 2012

Yang Bersarang Rendah

Ketika sedang sibuk menguruskan halaman tiba-tiba ternampak sesuatu yang bergerak-gerak dari atas pokok bunga ditepi pagar rumah,

Suspicious, macam ada sesuatu menghuni sarang yang dari tahun lepas 
telah berada disini (sebelumnya kosong)

Datang dekat dan zoom lagi, nampaklah sedikit rupa penghuninya

 Kemudian datang dekat lagi, dia pun tersedar ada pengintip rupanya

 Terbang keluar menjauhi sarang

 Kemudian dia hinggap diatas turus pagar tidak jauh dari sarang.

 Tuan rumah dah keluar, teringin nak tengok apa yang ada didalam rumah ini
 Wah rupanya 2 biji telur sudah, nampaknya tuan rumah sedang cuba mengeramkannya.

Burung yang dikenali dengan nama BulBul disini, penghuni tetapi kebun kami yang selalu menolong menghabiskan bunga-bunga kacang. tomato dah sayuran yang lain. Membiak pada musim panas. Tahun lepas juga melahirkan beberapa ekor disarang yang sama. Inshaallah kita akan lihat perkembangan telur yang dua ini (kalau mak dia tak marah)

16 comments:

  1. Kena pasang cctv patutnya... jadi dia x perasan ada org rekod perkembangan dia :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus juga idea baguznet nie...tp tinggi pulak cost untk mengintai burung nie kan..hehe..

      Delete
  2. dah macam national geographic la pulak nanti ye. hehe. cute burung tu. mesti dua juga ada tolong sikit sebanyak makan perosak macam ulat dan belalang :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe...nanti kalau berjaya blh minta kerja ngan national geographic nie kan..hehe...dia nie slalu tgk makan bunga sayur2 & tebuk tomato kerjanya..

      Delete
  3. As salam ummu,
    Burung bulbul ni kalau di Malaysia dikenali dgn nama merbah. Byk spesis merbah atau bulbul di dunia dan yg plg mudah dilihat ialah Yellow Vented Bulbul. Spesis ini memakan buahan dan serangga kecil. Suka bersarang rendah jika ia rasa selamat. Bila sarang diganggu biasanya ia akan merajuk dan tidak akan bersarang di tempat yg sama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkumsalam.. oohh merbah namanya... , gitu tak suka diganggu err...smalam usha jugak, hari ini tgk masih setia kat sarang lagi..tak tahulah kot nanti gulung tikar sbb marah kan...

      Delete
  4. salam kenal, wah nice N3. Tq follow KA ye and dah follow u back 48 ok

    ReplyDelete
  5. Nampaknya kebun puan memang hidup dengan pelbagai jenis hidupan selain tumbuhan. Tak sabar juga saya ingin mengetahui perkembangan burung ini di kebun puan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebun mesra alam wong,Inshaaallah sedikit masa lagi kita tengok..

      Delete
  6. hehehe... best nya ada kamera yg baik untuk gambar close up... kamera saya tak mampu... seronok juga tengok burung-burung yg 'menyibuk' di laman... tapi tak bole nak ambil gambar... :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eja, zoom jer lah yg mampu dgn camera saya nie, pun kadang2 tak mudah kena byk kali amek & tunggu bbrp ketika..kena dtg agak dekat jgk takut blurry kan..nasib baik burung sporting..heheh

      Delete
  7. Wah kalau ada burung menghuni di kawasan rumah, tuan rumah murah rezekinya. Amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul ker?mudah-mudahan, ameenn...

      Delete
  8. rendah je pokok tu..berani gak mak dia bt sarang yerk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. rendah rendah senang nak ajar anak terbang nanti, kalau jatuh pun tak sakit sangat kan..hehe

      Delete

Harap maaf sekiranya jejak anda tidak mendapat kunjungan balik yea,..mana2 komen yang berbentuk pertanyaan inshaallah akan cuba dijawab sebaiknya..kalau tak sempat tuh mintak maaf banyak2lah yer..:)

Nuffnang Ads