Thursday, 1 November 2012

Malang Nasib Si Kentang

Tiga minggu yang lepas rasa seronok sangat melihat pokok kentang membesar dengan cantiknya dan suburnya. Maklumlah baru pertama kali tanam kentang.


Namun hari ini rasa sedih melihat keadaan pokok2 kentang yang ditanam. Gara-gara hujan yang lebat seminggu dua yang lepas, lihatlah 

Pokok dah mengering dan hampir mati. Kesilapannya bila pokok dah menjadi besar dengan batangnya yang lembut, seeloknya membuat sokongan dengan memacakkan kayu dikeliling dan mengikat batang pokok pada kayu. Namun kerana tukang kebun mengambil tidak mengambil berat tentang pokok2 ini pada ketika itu dan membiarkan mereka survive sendiri, nampaknya mereka tak dapat survived. 

 Batang kebanyakkan patah2 kerana ditimpa hjan dan bila patah terus mengering
 dan tidak dapat kekal lama 

Ini pula adalah kentang yang disemai 3 minggu lepas pada batas yang lain. Baru keluar ke permukaan bumi. Ada 5 biji kentang yang disemai, alhamdulillah nampaknya dah bertunas dan semuanya mula keluar. 

Nampaknya kalau nak merasa harvest kentang dari kebun sendiri kena menjaga pokok2 ini betul2, tambah pula hujan yang tak menentu. Masa hujan lebih elok mereka duduk dalam tanah lagi,  bila keluar banyak pulak risiko.

24 comments:

  1. salam. baru mak aji tahu yg kentang pun kena pakai sokong ya. keledek gitu juga ke? x pernah tanamnya itu pasal x tau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam...ini sy guna logik mak aji sebab apa ms dia tinggi saya biarkan begitu batangnya patahlah,..mcm tomato jugk mudah patah..tp tomato tak cepat mati..keldek tak sure tak pernah tanam..

      Delete
    2. keledek merayap macam pokok labu... jadi tak perlu sokong...

      Delete
    3. Betul kata ejaMaria, keledek jenis tumbuhan menjalar atau merayap. Ia tak perlukan sokongan tp kena buat batas. Saya biasa tanam keledek. Pucuk keledek pn sedap dimasak lemak dan celur sbg ulaman.

      Delete
    4. haa keledek mmg menjalar..batas atau trellis pun boleh jgk rsnyer.. sy tak pernah tanam keledek, bos tak bagi tanam...masa kecik2 dulu adalah makan pucuk keldek jgk..sedap..

      Delete
  2. Wah new info to me too. Saya pun baru berjinak tanam potato ni. Keledek saya dalam styrofoam box, saya biarkan dia menjalar sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. keledek menjalar kan...potato lebih kurang tomato jugak..btg lag lembut, mudah patah..

      Delete
  3. aitt...kentang pun malang...ish..ish

    ReplyDelete
    Replies
    1. mngkin sbb kentang terkena tempias kot..heheh

      Delete
  4. Replies
    1. a'a...ada tak usha2 dia punya isi dalam...mana tau sihat ke. heee. :)

      Delete
    2. blom lagi..blom turun kebun pun..nanti ade masak intai2..mungkin takder kot

      Delete
  5. sy punya nak share pun segan...tapi share kan juga lah...1st experience dgn kentang..hahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. awak kurang2 dpt jgk tgk isinya..dah ok lah tu first trial kan...

      Delete
  6. Assalamualaikum mam yong fiji.. :) sihat hari ni.. ? sure tengah membuto kan.. :P hahahaha..x per.. take ur time.. mmg masa tengah2 hari ni mata berat kan.. nani baru masuk ofis 1 jam je.. sibok cari mak labu fiji.. nak tengok story..
    hehehe..
    sedeyyy plak tajuk tu.. malang nasib si kentang.. x de rezeki kali ni.. boleh cuba lagi.. sedap makan sup letak kentang.. hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. wkuumsalam mayong puchong.hari ini tak sehat saya...sakit kepala sesangta..tuh psl lambat jgk mak yong sana..
      goreng kentang mcm fries pun sedap jgk..kan makyong

      Delete
  7. kebun ayut tak jdik..nnt esk ayut update...wuhaaa...tp bunga tak bt lg sbb tanah abis..huhuhu..nk kentanggggg!hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak jadik ker...waaa sedihnyer ..naper? ayut kena rajin sikit kot siram air jaga...bunga dah tanam lom...

      Delete
  8. Adoi..selama ni duk ingatkan pokok ubi kentang ni jenis merayap,mnjalar ummuaidan....huhu..rupa2nya cmni pokoknya..kt dapuq ada 2 ketui ubi kntang yg ada tunas.bleh tnam nnti..cuba2 :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheheh..mana ader..merangkak pun idak..heheh.. aa lps nie pi tanam kentang2 tu cepat2 ...

      Delete
  9. As salam ummu,
    Nk kongsi sedikit info mengenai kentang. Terdapat lebh 4000 spesies kentang di seluruh dunia. Ada yg ubi kaler biru. Pokok kentang blh naik sehingga 60 cm(2 kaki). Kentang blh dituai selepas 10 minggu ditanam. Lebih drp itu, ubinya akan mengecil. Kentang juga akan berbunga samada bunga kaler merah, pink, putih dgn bhgn tengah kaler kuning. Bila kentang dah berbunga, ia tak sesuai utk dituai dah. Bunga kentang akan menghasilkan buah yg bertoksik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkumsalam en. adry..
      thanks info berguna nie..byk betul spesiesnyer kan..naik sampai 2 kaki? wah yg kurang 1 kaki tuh pun dah patah2..oooo...tuai sblm berbunga rupanya...thank en. adry, br sy tau

      Delete
  10. Cenggini pokok kentang. 1st time tgk. Tapi tak dapat diselamatkan ke? Sygnya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmmm...tak dapeklah nampaknyer ...dah kering mengering dah tu..

      Delete

Harap maaf sekiranya jejak anda tidak mendapat kunjungan balik yea,..mana2 komen yang berbentuk pertanyaan inshaallah akan cuba dijawab sebaiknya..kalau tak sempat tuh mintak maaf banyak2lah yer..:)

Nuffnang Ads