Small flower Patch pula adalah satu tapak yang baru dibangunkan untuk menanam sedikit bunga2 memandangkan ada beberapa benih yang terbiar agak lama dah, daripada membazir. Beberapa benih telah disemai pada 5/9/12, alhamdulillah nampaknya telah pun bercambah dengan sempurnanya.
Tapak untuk bunga-bungaan
Benih2 yang disemai di 'small flower patch', setakat ini cuma 4 benih jer yg ada.
Sunflower
Rainbow Mixture
Dahlia
Benih2 disemai secara bercampur-campur, tidak dapat gambaran jelas lagi bagaimana agaknya nanti bila pokok2 bunga ini dah membesar, wallahua'lam. Inshaallah kita tunggu dan lihat kalau panjang umur.
luas sungguh tempat tanam bunga...meriahlah nanti ya macam bunga puteri purnama ...
ReplyDeletekecik jer nie kak..mcm seluas beranda jer..benih yg takdpt byk..nasib baik abu aidan sanggap tlg buat tpt nie, wpun dia tak menggalakkan tanam bunga..
DeleteAssalammualaikum dik,
ReplyDeletewah pandai mu jampi dok seru2 namo kito. naponyo,rindu ko.hahaha first time aku tulis dalam loghat ni..maaf ya ummi kalau ada silap slang ni.
'dalam lingkaran ini'.nak pakai rangkai kata tu, pakailah..berbesar hati mengizinkannya.
ahh akhirnya kamu bertanam bunga, bunga2 itu tentunya cantik..tak sabar nak tunggu hasilnya.selamat berkebun bunga dik.
w'kumsalam kak rindulah jgk kan..akan kan sumber inspirasi, orng yg pertama sy berkawan sejak mula berblog..
Deleteakak eksportlah sikit benih lingkaran kat sabah tuh ke cawangan lingkaran kat fiji nie, hehe
oh aduhai..dan ummuaidan juga orang pertama membawa saya melihat bumi fiji..saya tak terfikir ada anak bangsa saya di kepulauan kecil itu sedang melalui hidupnya sebagai anak rantau.Terimakasih untuk perkongsian maklumat dan gambar2 itu.Ada waktu kita jumpa ya.salam mesra persaudaraan.
ReplyDelete